Bau hanyir ikan memang boleh menyebabkan selera makan terbantut. Sedap macam mana pun, kalau sudah ada bau hanyir, memang terpaksa tolak ke tepi! Terutama sekali ikan yang sangat popular di negeri Pahang iaitu ikan patin. Buat semua peminat ikan patin, sudah pastinya anda tahu membezakan sama ada ikan tersebut berbau hanyir ataupun tidak.
Sebab itu penting untuk mengetahui teknik yang betul bagaimana cara hilangkan bau hanyir pada ikan sebelum memasaknya.
1.Urat dekat hujung pisau tu. Tarik buang…
2.Senang je dia keluar…just tarik…
3.Hah ni dia urat yang buat ikan patin kita bau hanyir…
Selain untuk memanjakan mata bagi yang memelihara ikan ini, manfaat ikan patin untuk kesihatan sangatlah banyak. Rendahnya kadar kolesterol pada ikan patin menjadikan ikan ini sangatlah sihat untuk dimakan. Juga bagi anda yang diet dan mengurangi kadar kolesterol, anda dapat menggunakan ikan ini kerana rendahnya kandungan kolesterol.
Kandungan lemak tak tepu pada ikan ini sangatlah bagus untuk mencegah penyakit kardiovaskular. Lemak tak tepu juga sangat bermanfaat menekan/menurunkan kolesterol total dan kolesterol LDL pada darah. Hal ini dapat mencegah penyakit jantung koroner.
Sumber : Rosniza Husin