Semua orang selepas berkahwin nak duduk rumah sendiri, tapi rezeki belum menyebelahi anda lagi. Bila sudah tiba rezeki pula terpaksa berhadapan dengan pihak bank pula, pastinya banyak prosedur yang harus diikuti dan dipatuhi. Jadi untuk memastikan pembiayaan rumah anda tidak ditolak, penting untuk anda ketahui beberapa perkara sebagaimana yang dikongsikan Amir Syahir ini.
Pembiayaan Rumah Kali Pertama Ditolak? Jangan Bersedih. Jom Baca Ini
“Bang, pembiayaan perumahan saya bank baru tolak, apa yang saya patut buat?” Nak senang lulus pembiayaan perumahan kena ada ilmu gak tau. Kena belajar ilmu pembiayaan perumahan ni. Jadi, jika pembiayaan perumahan kau kena tolak, teliti perkara-perkara berikut :
1. Selidik Sebab
Jika pegawai bank kata kena tolak, tanya sebab kenapa kena tolak. Biasanya sebab kewangan tak kuat, komitmen pula banyak. Dokumen tak lengkap pun boleh jadi. Jadi, belajar sediakan dokumen yang lengkap.
2. Baiki Profil Kewangan
Ads
Jika kau tak mampu tambah pendapatan, kau kena kurangkan komitmen. Kurangkan komitmen dulu. Hapuskan hutang lapuk. Buatlah side income, pasif income dan pelaburan income. Gaji tu jangan tinggal berapa belas ringgit je dalam akaun bank tiap-tiap bulan dik oii.
3. Cari Rumah Bawah Kemampuan
Kira DSR baik-baik. Jika kau mampu membayar pembiayaan perumahan RM200K, cuba cari rumah bawah RM150K.
4. Baikilah CCRIS
Ads
Check CCRIS tu, kot ada terlepas bayar. Ada nombor 1 tu maksudnya ada yang pernah kau tersangkut bayar. CTOS pun kena periksa. Kot kau pernah jadi penjamin ke, pernah kasi pinjam no kad pengenalan ke pakwe kau orang untuk buat bayar bil telefon ke kan. Lepas tu pakwe kau tak bayar.
5. Cipta Rekod CCRIS
Jika tiada rekod CCRIS, ada banker suruh kau buat kad kredit dengan dia. Jadi, cipta dulu rekod pembayaran balik. Yang dah ada kad kredit, pembiayaan daripada bank, kena kepilkan Letter Offer daripada bank tu. Nanti takut bank salah kira kau punya DSR.
6. Individu Berisiko
Mungkin kau tergolong daripada individu berisiko. Contohnya kau umur 35 tahun tapi takde langsung simpanan, komitmen dengan bank. Ataupun kau baru bekerja dua bulan. Pekerja kontrak pun bank anggap kau individu berisiko. Apa kau boleh buat sediakan dokumentasi selengkapnya. Surat lantikan kerja jika kerja kurang enam bulan.
Ads
7. Tambahkan Simpanan
Tambahkan simpanan sebanyak mungkin. Jika ada simpanan yang banyak lagi bagus. Simpan sehingga ada 6 bulan ansuran. Nak sedap lagi setahun. Contohnya, ansuran rumah kau nak beli RM700 sebulan. Jadi, untuk bayar ansuran selama enam bulan, kau kena ada simpanan RM4200.
Semoga boleh dijadikan panduan untuk korang.
Kalau kena tolak, kau baiki dulu loan Profile. Jangan duk bersedih pulak. Selepas enam bulan cuba mohon lagi. Kau dah ada kesedaran tu bagus dah.
Jadi jika pembiayaan perumahan kali pertama kena tolak, jangan bersedih lah ye. Biasa la tu. Cinta kau pun kena tolak banyak kali, inikan pula pembiayaan perumahan. Kah!
Sudah bertahun kahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat. Untuk sedapkan hati, pasangan selalu rasa ia belum lagi sampai rezeki. Namun, pasangan yang sudah berkahwin waima setahun sekalipun perlu dapatkan rawatan kesuburan.
Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovari wanita, yang mengandungi cecair sama ada cecair bercampur protein, darah beku, darah haid, minyak, lemak dan lendir.
Cyst bukan penyakit tetapi ia selalu dihidapi oleh golongan wanita muda. Selain itu, kehadiran cyst tidak memberikan sebarang simptom-simpton tertentu dah hanya diketahui apabila seseorang individu itu melakukan pemeriksaan ultrasound.
Meskipun cyst ini tidak berbahaya, tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan seperti sakit bawah abdomen, rasa kembung abdomen, sakit pada payu dara, rasa letih, masalah ketidaksuburan dan sakit kepala.
Baru-baru ini, Hariza Azmi berkongsi mengenai cyst dan menasihatkan golongan wanita tidak mengambil atau mengamalkan sebarang makanan tambahan yang dikhuatiri boleh menyebabkan ketumbuhan cyst.
TIGA tahun lepas, aku operate buang cyst. Selepas setahun, cyst tumbuh balik. So, buat checkup enam bulan sekali. Tupp aku stop pergi checkup, kononnya sihatlah.Okey, petang tadi buat checkup setelah sekian lama tak bertemu dengan ultrasound. Okey, ini hasilnya girls. Sembang punya sembang dengan doktor, macam kita sembang dengan kawan.Okey girls, dengar nasihat aku ini. Korang tak nak dengar, terpulanglah. Kalau sayangkan rahim tu, sila baca dan hadam.
Jangan makan apa-apa suppliment termasuk pil putih, pil kecut jerawat dan apa-apa jenis suppliment. Never girls! Dalam badan kita dah ada estrogen (rasanya macam aku dengar estrogen). Makan lagi suppliment akan menambahkan estrogen dan boleh mengaktifkan hormon. Ingat, cyst ini asalnya dari hormon.
Jangan minum soya, nasib baik aku bukan peminat soya.
Kurangkan makan ayam kerana kebanyakan ayam ada cucuk estrogen itu. Itu doktor yang beritahu, bukan aku.
Banyakkan makan ikan dan sayur, kecuali ikan parang.
Amalkan pemakanan yang sihat
Tolong buat checkup sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Jangan kau berani beri alasan, “Alaaa malu laa. Kelau kena dengan doktor lelaki macam mana?”. Aku jawab, “Abah kau! Malu konon.”.
Dah memang realiti doktor OnG ini banyak lelaki, terima sajalah. Aku dari dulu doktor lelaki yang periksa. kau ingat tak malu? Tapi nak buat macam mana? Saya redha sajalah. Nasib tadi doktor perempuan yang check.
Tak payah berangan nak makan ubat kurus, ubat cantik bagai hatta ada kelulusan KKM sekalipun. Mudah sungguh orang kita percaya dengan benda itu, entah betul ke tidak. Ingat girls. Jangan menyesal. Bye roger dulu.
Bukan pengantin perempuan sahaja yang akan menjadi perhatian di majlis kahwin. Pengantin lelaki pun turut sama dipandang dan dijeling tetamu sepanjang majlis berlangsung. Asyik dengan gaya rambut yang sama pun pasti membosankan.
Apatah lagi rambut menjadi aset penting bagi lelaki untuk tampak segak dan bergaya. Dandanan dan gaya rambut yang sesuai semestinya membuatkan anda tampak lebih segak dan sempurna di majlis perkahwinan.
Dengan potongan dan gaya yang tepat, penampilan pengantin lelaki akan lebih menyerlah dan kacak sekali gus membuatkan hati si dia bertambah terpaut. Segarkan diri anda dengan inspirasi daripada lima potongan rambut yang menawan ini untuk majlis meraikan cinta.
1. FADE
Gaya rambut fade atau biasa disebut dengan fade haircut merupakan potongan rambut yang memotong hingga tipis bahagian tepi dan belakang rambut serta membiarkan rambut di bahagian atas tetap panjang. Trend gaya rambut fade ini merupakan salah satu trend terhangat pada tahun ini.
2. SHORT BACK & SIDES
Gaya rambut short back & sides memiliki potongan yang panjang pada bahagian atas. Gaya ini dibentuk dengan menyisir rambut bahagian atas ke belakang dengan bentuk meruncing di belakang. Gaya rambut ini merupakan pilihan ideal bagi pengantin lelaki yang ingin tampak unik dan menyerlah.
3. UNDERCUT
Gaya rambut ini mengingatkan kita pada filem ‘fury’ yang dilakonkan oleh pelakon Brad Pitt. Ia menginspirasikan jejaka di muka bumi ini untuk menunjukkan sebuah karisma seorang lelaki. Gaya rambut ini terdapat banyak variasi dan sesuai untuk rambut yang tipis, tebal, lurus ataupun ikal.
4. POMPADOUR
Pompadour umumnya dikenali dengan volum rambut yang banyak pada bahagian atasnya. Jenis rambut ini terdapat dalam beberapa jenis dan untuk membuat rambut jenis ini, sebaiknya anda menggunakan minyak rambut jenis pomade agar struktur rambut lebih terletak dan tahan lebih lama.
5. SIDE PART
Potongan rambut ini lebih dikenali dengan potongan rambut belah tepi atau belah pinggir. Potongan ini cukup sinonim buat penampilan lelaki, malah ia masih mendapat perhatian hingga ke hari ini. Di kalangan profesional umumnya memilih potongan ini kerana ia lebih mudah dilakukan dan kelihatan klasik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anda perlu menggunakan dua warna foundation yang berbeza pada wajah. Foundation digunakan sebagai asas solek untuk memberi kesan panjang pada bahagian wajah tertentu. Foundation berwarna gelap diaplikasikan pada wajah bahagian tulang pipi, hidung dan kawasan rahang agar wajah kelihatan bujur. Foundation berwarna terang pada bahagian bawah mata, agar lingkaran hitam bawah mata dapat tertutupi agar wajah anda kelihatan lebih segar.
Penggunaan Blush
Gunakan warna blush yang terang, seperti pink. Tapi penggunaan blush harus betul. Blush harus diaplikasikan tepat pada tulang pipi anda, agar wajah kelihatan tirus.
Eyeliner & Eyeshadow
Menggunakan eyeliner berwarna putih pada mata bahagian bawah akan membuat mata kelihatan lebih besar. Gunakan eyeshadow yang berwarna gelap, seperti coklat dan kelabu. Untuk bahagian hidung juga anda boleh aplikasikan eyeshadow agar hidung kelihatan mancung. Warna eyeshadow yang digunakan untuk melakukan shading adalah warna coklat. Tapi tentunya dengan teknik yang betul. Jika teknik shading salah, maka hidung anda akan kelihatan besar pada bahagian hujungnya. Hal ini tentu saja akan membuat wajah anda semakin bulat.
Lipstik
Gunakan warna lipstik yang natural dan berkilau. Warna natural disesuaikan dengan warna bibir anda. Untuk memberi kesan berkilat pada bibir, anda boleh menggunakan wonder shine. Untuk anda yang mempunyai wajah bulat, janganlah menggunakan warna merah menyala. Jika anda mempunyai bentuk bibir yang lebar, maka anda boleh membentuk garis bibir dengan menggunakan pensil warna berwarna coklat.
Bentuk Kening
Cuba bentukkan kening anda dengan melengkung menjauhi mata. Bentuk kening ini akan membuat bentuk wajah kelihatan bujur. Cara membuat kening melengkung boleh dengan cara dikikis menggunakan pencukur misai. Namun perlu hati-hati dalam melakukannya, agar hasilnya bagus. Jika kening yang anda miliki berbulu jarang, maka anda harus menebalkannya dengan pensil kening berwarna hitam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!