Siapa yang susah nak minum air kosong? Ramai kan. Kebanyakkan orang sukar untuk menghabiskan satu botol air kosong sungguhpun ia memberi banyak manfaat dalam diri, tambah-tambah lagi bila bulan Ramadan ni. Ada caranya yang boleh membuatkan anda ‘berselera’ menikmati air kosong yang sudah difusionkan.
Infused water atau air detoks memang tidak asing lagi. Semua orang pasti tahu akan kebaikan air detoks apatah lagi pada bakal-bakal pengantin. Minuman bergas, termasuk air soda diet sememangnya tidak baik untuk tubuh badan. Kalorinya yang tinggi bukan sekadar menjejaskan kesihatan, malah ia sarat dengan pengawet, pemanis dan pewarna tiruan.
Menggantikan minuman harian anda dengan infused water sememangnya satu pilihan yang tepat kerana tidak seperti jus, ia lebih rendah kalori dan gula untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan membuatkan bakal pengantin nampak lebih berseri!
Di antara kebaikannya:
Buah strawberi dan kiwi dapat menjaga kesihatan jantung, menguatkan sistem imun, menurunkan gula darah dan melancarkan pencernaan.
Teh hijau, daun pudina dan limau nipis bermanfaat untuk membakar lemak, melancarkan pencernaan, meredakan sakit kepala, mengatasi sembelit dan menyegarkan nafas.
Ads
Timun, limau nipis dan lemon dapat mengawal selera makan, melancarkan pencernaan dan mencegah kembung perut.
Lemon kaya dengan vitamin C dan antioksidan polifenol. Ia dapat menjaga keseimbangan pH tubuh, menguatkan sistem imun, menjaga kesihatan ginjal dan mencegah influenza.
Lemon dan halia dapat melicinkan tekstur kulit dan membersihkan organ hati.
BAHAN RENDAMAN
Untuk membuat infused water yang paling berkesan, fikirkan resipi yang paling menepati selera anda. Eksperimentasi dengan bahan-bahan berikut untuk memaksimumkan khasiatnya.
Ads
Buah sitrus: limau gedang, lemon, limau nipis atau limau bali.
Buah beri: strawberi, raspberi, beri biru, beri hitam atau ceri.
Buah melon: melon atau tembikai.
Buah tropika: pear, delima, mangga, nanas, pisang, kiwi, belimbing, epal, anggur, plum atau pic.
Sayuran: timun, lobak, seleri atau paprika.
Daun herba: pudina, sage, rosemary, basil, thyme, stevia atau lavender.
Ads
Rempah: halia, kayu manis atau lada.
TIP MINUMAN
Minum segelas besar infused water sebelum makan, TANPA ALASAN.
Minum air dalam masa 15 minit selepas bangun tidur.
Buat satu jag infused water dan simpan di dalam peti sejuk pada setiap masa.
Beli botol infused water khas untuk kembara dan bawa ia ke tempat kerja, sekolah, gimnasium atau ke mana sahaja.
Pesan teh tanpa kafein jika teringin minum di luar.
Variasikan resipi infused water sama ada untuk panas atau sejuk.
Bahan-bahan yang direndam dalam infused water hanya segar selama 2 hari sahaja. Buang sisanya jika ia tidak sempat dihabiskan.
Apabila anda mula meminum infused water, anda pasti menyedari betapa banyaknya kebaikan yang bakal dinikmati. Tubuh kita memerlukan air untuk kekal segar dan hidrat, malah kulit juga akan memancarkan tekstur yang lebih mulus, rambut dan kuku yang lebih kuat serta rasa minuman lazat tanpa kalori! Jadikan ini sebagai ‘tenaga’ supaya anda dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik!
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui, kerajaan telah memperuntukkan bantuan kredit e-Penjana buat rakyat yang bermula 31 Julai 2020 hingga 30 September 2020.
Bantuan kredit e-Penjana boleh ditebus menerusi aplikasi Grab, Touch n’ Go dan juga Boost. Namun begitu, masih ramai yang mengalami masalah permohonan tidak berjaya dan lambat diluluskan, berikut merupakan antara sebab-sebab permohonan anda tidak berjaya:
(a) Anda tidak menepati syarat-syarat kelayakan.
(b) Anda tidak mengemukakan maklumat yang lengkap.
(c) Mengambil kira trafik permohonan yang tinggi, kemungkinan terdapat kelewatan dalam mendapatkan kredit ePENJANA RM50 anda.
Justeru, sebarang pertanyaan / kemusykilan mengenai kredit ePENJANA melalui e-Dompet pilihan anda, sila hubungi:
Adakah terdapat proses rayuan atau pertikaian (‘dispute’)?
Ya. Sebarang rayuan dan pertikaian boleh dikemukakan selewat-lewatnya pada 24 September 2020 kepada penyedia perkhidmatan seperti maklumat pada di atas.
Insentif kerajaan dalam membantu rakyat dengan memberikan bantuan kredit e-Penjana yang bermula 31 Julai 2020 hingga 30 September 2020 dilihat begitu memberangsangkan. Buat pengetahuan anda, bantuan kredit e-Penjana boleh ditebus Menerusi aplikasi Grab, Touch n’ Go dan juga Boost.
Ganjaran RM300 Menerusi TNG
Bagi mereka yang menebus insentif kredit itu di platform Touch n Go, mereka berpeluang menikmati ganjaran tambahan #LebihBanyakEkstra dengan nilai lebih RM300 apabila ia ditawarkan rakan niaga terdiri daripada pelbagai jenama besar, industri kecil dan sederhana serta perusahaan mikro dalam industri dan lain-lain.
Selain itu, Touch n Go turut membenarkan rakyat Malaysia menggunakan penebusan kredit RM50 e-Penjana untuk membeli tag TNG RFID atau bayaran tol.
Muat turun aplikasi MySejahtera
Jangan lupa untuk muat turun aplikasi MySejahtera dan kemas kini akaun Touch ‘n Go eWallet. Anda boleh menebus tuntutan eKYC e-Penjana RM50 anda.
Muat turun aplikasi e-wallet Touch n Go anda
Daftar akaun dengan mengisi butiran lengkap
Selepas mendaftar, klik buang e-Tunai Rakyat
Isikan maklumat yang diperlukan (swafoto dan kad pengenalan)
Hantar permohonan untuk pengesahan (mengambil masa 5 hari waktu bekerja)
Dilaporkan lebih 11 juta pengguna dan 220,000 rakan niaga di platform berkenaan dan penebusan boleh dilakukan dan diguna pakai untuk pelbagai transaksi sepanjang tempoh sah ia boleh digunakan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang ada antara kita yang rasakan diri ni tak fotogenik untuk bergambar. Macamana nak pose dan kelihatan cantik di dalam gambar kahwin? Tengok gambar orang lain, terujanya mereka pandai bergambar tapi tak yakin untuk diri sendiri, Zenuz Photoworks kongsi tips gambar perkahwinan cantik.
5 Tips Untuk Gambar Perkahwinan Anda.
Mengupah jurugambar untuk majlis anda tentunya satu pelaburan yang berbaloi. Pastikan anda dan pasangan anda kelihatan wow dalam gambar dengan 5 tips ini.
#1: Pastikan anda rehat dengan cukup. Malam sebelum anda diijabkabulkan itu, pastikan anda rehat dengan cukup. Jika anda penat, walaupun ada make up yang boleh bantu anda nampak cantik, aura dan tenaga anda tidak akan berada pada paras optimum. Mula buat persediaan awal sedikit supaya anda tidak perlu stay up lama-lama.
#2: Pastikan anda ada masa yang cukup untuk bersiap. Big day? Anda akan memerlukan masa yang lebih lama untuk bersiap. Pastikan anda susun dan patuhi jadual persediaan anda dengan tepat. Tak mahulah nanti banyak perkara tergendala kerana anda lambat bersiap. Nanti rushing, sampai mahu ambil gambar sebelum majlis berlangsung pun tidak sempat.
#3: Hiaskan tempat anda bersiap dan pencahayaannya terang. Anda selalu lihat gambar pengantin sedang bersiap kan? Mesti anda tidak mahu gambar anda nanti penuh dengan barang bersepah. Handbag bridesmaids merata-rata, katil tak kemas dan sebagainya. Jadi, sebelum anda benarkan jurugambar masuk, pastikan tempat anda bersiap kemas. Hiaskan sedikit bilik anda. Pencahayaan juga penting. Kalau gelap nanti akan memberi efek yang kurang menarik kepada gambar anda.
#4: Jadualkan waktu bergambar dengan betul. Kalau anda ambil gambar waktu tengah hari, ketika matahari terpacak di atas kepala, agak susah bukan? Sudahlah panas, nanti dalam gambar, banyak gambar anda kecilkan mata saja kerana terpaksa menahan pancaran terik matahari. Jadi, pilih waktu yang sesuai.
#5: Selesa. Keselasaan adalah keutamaan anda. Jika anda tidak selesa untuk bergerak kerana baju anda, pastikan anda alter apa yang patut sebelum majlis berlangsung.
#zenuzphotoworks
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa untuk melipat gandakan ibadah. Di waktu ini juga kesempatan buat anda dan pasangan menambah keharmonian dalam rumah tangga. Andai jarang berkumpul bersama sebelumnya, Ramadan merapatkan hubungan anda untuk melakukan ibadah bersama. Berikut tip buat pasangan dalam menjaga keharmonian sepanjang bulan mulia ini.
Menyiapkan makan sahur dan buka bersama
Dalam tempoh bulan Ramadan ini anda dan pasangan boleh bantu membantu dalam menyiapkan makan sahur dan buka bersama dengan keluarga. Di waktu-waktu yang lain mungkin satu keluarga jarang untuk makan bersama.
Walaupun mungkin tidak dapat dilakukan setiap hari memadai jika dapat melaksanakannya di hari minggu atau waktu yang terluang.
Di hari-hari biasanya tentu sukar untuk bersama. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam mungkin berasingan, terutama bagi mereka yang bekerja. Tentu berbeza di bulan Ramadan, sering kali sahur menjadi momen berkumpul bersama dan saling berbual. Secara tidak langsung muncul rasa bahagia dan keharmonian dalam rumah tangga.
Solat Tarawih bersama
Walaupun sebagai amalan sunnah, tarawih di bulan Ramadan sebagai pengganti adalah sangat digalakkan. Untuk itu, setiap malam setelah berbuka puasa dan solat isyak, tarawih berjamaah di masjid juga sangat digalakkan. Selain untuk solat dan ibadah menghadap Allah, tarawih bersama juga membuat anda bersilatturahim dan bertemu dengan saudara-saudara semuslim lainnya, yang jarang bertemu di bulan selainnya.
Tarawih bersama boleh meningkatkan keharmonian dan kekeluargaan di dalamnya. Tentu saja, akan semakin baik jika dilakukan secara konsisten.
Saling berkongsi Ilmu Islam
Bulan Ramadan tentunya amalan ibadah adalah hal utama yang harus dilakukan. Bergosip, bercerita keburukan orang lain tentunya menjadi perkara yang harus dielakkan dan dikurangkan sebagai bentuk latihan diri kita menjadi lebih positif. Saling berkongsi ilmu contohnya mengenai Hikmah Bulan Ramadan dan Malam Terakhir Bulan Ramadan.
Sentiasa menjaga diri dari maksiat
Keharmonian di bulan Ramadan juga boleh dilakukan dengan cara saling menjaga dan mengingatkan agar tidak berbuat maksiat. Hal ini diperlukan dalam sebuah keluarga, kerana keluarga bahagia menurut Islam adalah mereka yang mampu menjaga masing-masing agar tidak berbuat dosa atau sesuatu yang melampaui batas
Berkumpul dan bersilahturahmi dengan keluarga
Salah satu cara menjaga keharmonisan rumah tangga ialah dengan berkumpul dan silatturahim bersama keluarga yang jarang bertemu. Ramadan adalah waktu yang sesuai untul mengeratkan silatturahim kerana hati dan ketenangan beribadah sedang dilakukan. Membuka diri dan menerima saudara adalah hal yang boleh dilakukan di masa bulan Ramadan.
Sumber :https://dalamislam.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!