
Bila duduk rumah ni, tekak memang minta makan macam-macam. Pantang nampak iklan makanan, laju betul tangan nak pesan dari rumah. Buat pasangan yang baharu berkahwin, keterujaan untuk menghidangkan makanan yang enak buat suami tercinta.
Kali ni apakata anda cuba menu baharu. Kepada peminat Kpop atau peminat setia makanan Korea, anda boleh cuba buat Japchae ini sendiri di rumah. Yang ada anak-anak pun boleh makan juga sebab Japchae ni tak pedas dan sangat menyelerakan!
Perkongsian Puan Zurina Zulkefli ni memang dinanti-nantikan. Nampak macam kat kedai pula Japchae yang disediakan sendiri! Jom kita belek cara memasak Japchae ni.
=======================================================
Japchae Korea


1. Hijau – Sayur pak choi atau bayam, rebus dan toskan.
2. Kuning – Telur ayam dimasak dadar.
3. Jingga – Lobak merah, dihiris memanjang dan sangai di atas kuali dengan secubit garam.
4. Putih – Bawang Holland, dihiris dan disangai.
5. Hitam – Cendawan shitake /kulat hitam / daging perap kicap. Hiris memanjang masak.

✓ 3 sb kicap cair/masin
✓ 3 sb kicap pekat
✓ 2 sb sos tiram
✓ 2 sb minyak bijan
✓ 1 sb gula/gula perang
✓ 1 sk garam
Campurkan kesemua sekali dan masak di atas kuali sehingga sebati.






Nampak mudah kan? Bolehlah kita cuba untuk makan petang atau malam nanti. Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI