“Saya juga tidak berasakan perkahwinan ini diadakan secara tergesa-gesa kerana saya sendiri tidak lagi mahu menjalinkan hubungan cinta yang panjang.
“Saya anggap semua ini sebagai jodoh dan saya sangat bersyukur apabila dipertemukan dengan orang yang betul-betul serasi dengan jiwa serta personaliti saya.
“Kami sengaja memaklumkan mengenai pernikahan pada saat akhir bagi menghormati permintaan keluarga. Ia juga adalah kehendak kami sendiri. Jika diumumkan lebih awal, bimbang pula ia tak jadi,” katanya.
Adam dan Kaka dinikahkan pada 14 Disember lalu di kediaman keluarga penyanyi itu di Klang, Selangor, dengan mas kahwin RM300.
Tempat Rare Dipuji Netizen
Ads
Majlis resepsi pasangan itu pula berlangsung di The Property By W&S milik bapa Adam, yang juga seorang ahli perniagaan, di Kampung Kubu Gajah, menjadi bualan hangat ramai netizen. Ada yang mengatakan ingin berkahwin di showroom yang sama.
Diubah menjadi sebuah dewan perkahwinan yang sangat indah.
Ads
TIDAK HALANG KERJAYA KAKA
Adam berkata, dia memilih Kaka sebagai pasangan hidup kerana selesa dengan keperibadian wanita itu.
Ads
“Saya membawanya berjumpa bapa di kafe milik saya dan di tempat itulah juga lamaran saya diterima. Saya tidak sekadar mahu menjadi suami, sebaliknya teman lelaki dan tempat dia berkongsi segala-galanya.
“Sebelum ini, dialah tempat saya meluahkan perasaan dan masalah. Dia pendengar setia dan sikapnya itulah yang membuatkan saya senang serta selesa dengannya,” katanya.
Tidak menghalang Kaka untuk meneruskan karier seni, Adam turut berkata, dia akan membawa isterinya berbulan madu dengan mendaki Annapurna di Nepal, awal tahun depan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meriahnya malam berinai Dynas Mokhtar. Jika sesiapa yang inginkan malam berinai yang cukup Glamor ala Bollywood ini bolehlah jadikan rujukan ye malam berinai Puan Dynas Mokhtar.
Baju rona merah hati ini menaikkan seri bakal pengantin, busana malam berinai yang di reka khas daripada Putra Cosry ini cukup kena dengan susuk tubuh Dynas yang tinggi lampai dan kulit yang putih mulus ini. Bertambah seri dengan ukiran inai di tangan. Manakala make up pula direalisasikan oleh Asyadilla yang menghasilkan serta menjadikan Dynas tampil begitu anggun pada malam majlis berinainya.
Pesona Pengantin tak nak cakap banyak, jom kita lihat himpunan gambar kemeriahan malam berinai Dynas Mokhtar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular gambar genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani yang selamat menjadi suami kepada gadis pilihan hatinya, Siti Sarah Zurkanain baru-baru ini.
Difahamkan, majlis pernikahan berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Lundang di Kota Bharu, Kelantan dengan wang hantaran berjumlah RM9,999.99.
Adi Putra Sah Jadi Milik Siti Sarah
Turut berkongsi foto-foto majlis istimewa itu adalah jurusolek profesional, Amytouch menerusi story di laman Instagram miliknya, petang Khamis.
Pengantin perempuan dari Kelantan itu dirias cantik oleh Amytouch.
“Tahniah. Pengantin perempuan cantik hari ini,” tulisnya menerusi foto bergambar bersama pasangan itu.
Sementara itu, menerusi satu hantaran di Facebook, bapa Adi iaitu Abdul Ghani memaklumkan majlis perkahwinan anaknya bersama Siti Sarah berjalan lancar.
“Berkat doa daripada tuan, puan, sahabat serta muridnya, dengan lafaz nikah sekali sahaja dan kenduri kahwin berjalan lancar.
“Alhamdulillah, cuaca pun baik di Kota Bharu, hari ini,” katanya.
Kenal 8 Tahun Sebelum Kahwin
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Adi Putra dan Siti Sarah yang bergelar raja sehari.
Sebelum ini, Adi Putra, 24, dan Siti Sarah, 27, mengikat tali pertunangan pada 19 Julai lalu.
Adi Putra mengenali Siti Sarah sejak lapan tahun lalu menerusi laman sosial.
“Masa tu saya mengajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dia ada kawan di sana, jadi kami kenal melalui connection di Instagram. Bermula di direct message (DM) menjadi friendship, kemudian relationship pula. Pada masa tu dia masih belajar.
“Kami ambil masa tujuh tahun untuk kumpul duit sehinggalah majlis pertunangan diadakan di kediamannya di Kota Bharu, Kelantan pada 19 Julai,” ujarnya.
Untuk rekod, Adi Putra pernah menggemparkan negara selepas digelar sebagai genius matematik, khususnya dalam pengetahuan algebra, trigonometri dan darab (antara lima hingga enam digit).
Ketika berumur enam tahun, anak kelahiran Bagan Serai, Perak itu mendapat tawaran melanjutkan pengajian di dua universiti terkemuka dunia iaitu Universiti Oxford dan Universiti Harvard.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau dulu orang guna servis mak andam tetapi zaman sekarang kalau nak mudah boleh upah bride assistant untuk mudahkan pihak pengantin, yang mana akan membantu daripada A hingga Z.
Pilih Jadi Bride Assistant
Menerusi portal mStar, inilah yang dibuat oleh seorang wanita bernama Nurul Quirratul. Sudah berkecimpung sejak lebih setahun lalu, wanita yang senang disapa Nur berkata, buat masa ini dia menawarkan servis berkenaan secara separuh masa (part-time).
“Servis BA sebenarnya sudah bertapak lama dekat luar negara. Dekat Malaysia, saya rasa baru ada sejak setahun lalu.
“Bagaimana saya bertitik tolak nak buat servis BA ni? Semuanya bermula selepas menonton satu content mengenai BA.
“Memandangkan saya pernah ada pengalaman jadi pengapit sewaktu majlis perkahwinan ahli keluarga dan kawan-kawan, saya rasa mengapa tidak saya cuba.
“Pada September 2023, saya buat servis BA pertama untuk majlis sahabat saya sendiri. Saya juga buat video mengenai tugas seorang BA dan tak sangka video tu blow up,” ujar wanita berusia 25 tahun ini.
Tugasnya Bergantung Pakej Yang Dipilih
Menurut Nur, dia tidak menyangka perkongsiannya menerima komen yang sangat positif, dengan rata-rata warga maya memberikan sokongan dan pujian terhadap peranan BA membantu kelancaran majlis perkahwinan.
“Ramai komen ‘untungnya pengantin sekarang boleh hire BA’. Sebab ada juga yang kongsi bad experience ketika majlis mereka kerana bridemaids tak function.
“Bagi yang belum familiar, tugas seorang BA adalah membantu melancarkan urusan pengantin. Bukan setakat bantu bersiap, tapi ia bermula daripada preparation lagi.
“BA juga berperanan sebagai floor manager, pengapit, sampailah photoshoot. Bergantung kepada pakej servis yang ditawarkan BA tersebut,” ujarnya lagi.
Banyak Pengalaman Sepanjang Buat Service
Berkongsi serba sedikit pengalamannya yang sudah menjadi BA kepada lebih 50 pengantin, Nur berkata terlalu banyak kenangan manis yang secara tidak langsung membuatkannya semakin bersemangat untuk memberikan servis terbaik.
“Sudah tentu apabila dapat feedback yang sangat baik daripada pengantin. Malah ramai yang siap rekomen saya kepada rakan-rakan mereka pula.
“Selain itu, tanpa sangka kita jadi rapat dengan keluarga pengantin dan pengantin sendiri. Daripada klien, boleh jadi coffee buddy.
“Tapi tak nafikan, saya juga pernah berdepan cabaran yang tak dijangka iaitu bride jatuh sakit.
“Ketika itu, bride dah jamah makan lebih awal sebab gastrik. Tapi mungkin makanan lambat hadam, dia muntah beberapa kali. Itulah pengalaman yang agak mencabar namun daripada situ, saya belajar banyak perkara untuk lebih bersedia,” ujarnya yang berasal dari Sungkai Perak.
Kerjaya Baharu Yang Boleh Diteruskan
Melihat profesion BA mempunyai peluang yang sangat cerah pada masa hadapan, Nur dalam pada itu turut berkongsi nasihat kepada individu yang mahu berjinak-jinak dalam lapangan berkenaan.
“Untuk yang baru nak mulakan job sebagai BA, boleh survey harga market, sediakan job list, dan sebagainya.
“Berdasarkan pengalaman, kerjaya ini memang boleh pergi jauh dan menjadi satu profesion baru, jadi semua boleh bersaing secara sihat.
“Kepada bakal pengantin, sangat digalakkan untuk guna khidmad BA bagi melancarkan majlis. Kadang-kadang kita segan nak minta tolong kawan buat itu ini. Tapi BA akan buat semua sebab anda dah hire dia.
“Malah ramai MUA (make-up artist) even wedding planner dan jurufoto pun suggest kerana dapat membantu melancarkan majls. Jadi pengantin tak perlu serabut, tugas anda adalah jadi raja sehari saja,” akhirinya.
Jadi buat bakal pengantin yang memerlukan khidmat ini, mungkin boleh upah bride assistant untuk lancarkan majlis anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!