Cantik berseri pelakon wanita, Afifah Nasir sah bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Syed Hariz setelah mengikat tali pertunangan pada bulan Februari lepas.
Berita gembira berkenaan majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel The St. Regis Kuala Lumpur itu disahkan kakaknya, Anzalna Nasir.
Afifah Nasir Sah Bergelar Isteri
“Alhamdulillah, Afifah dan Hariz sah bergelar pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz.
Ads
“Majlis mereka pada petang ini hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat,” katanya.
Afifah atau nama sebenarnya Nur Afifah Nasir, 31, dinikahkan sendiri bapa mereka, Profesor Dr. Md. Nasir Ibrahim.
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.
Perkahwinan yang berlangsung gemilang itu menyaksikan pasangan bak merpati dua sejoli ini diraikan oleh insan tersayang. Beberapa hari selepas rasi bergelar suami isteri, Jazmy memuat naik gambar pernikahannya dengan luahan rasa yang menyentuh hati.
Menerusi perkongsian penuh makna itu, Jazmy meluahkan rasa syukur apabila hubungan yang dibina bersama Farah selama enam tahun akhirnya disatukan dalam ikatan yang halal.
Baginya, perjalanan cinta mereka bukan sekadar tentang detik manis, tetapi turut dipenuhi liku-liku, pengorbanan, kepercayaan dan toleransi yang menjadi asas kepada hubungan tersebut.
“Selepas segala liku-liku, pengorbanan, kepercayaan dan toleransi yang kami bina bersama selama enam tahun, hari ini saya memikul satu tanggungjawab baharu sebagai seorang suami,” luahnya.
Dalam nada penuh keinsafan, Jazmy turut berkongsi bahawa perkahwinan ini menjadi permulaan kepada satu fasa kehidupan yang lebih besar. Beliau menyedari masih banyak pengajaran dan pengalaman yang bakal ditempuhi bersama isterinya dalam membina sebuah rumah tangga.
“Perjalanan ini mengajar saya bahawa masih banyak lagi pengajaran dan pengalaman yang akan kami lalui bersama. Semoga setiap ujian dan setiap kebahagiaan yang mendatang menjadi kekuatan buat kami berdua dalam membina rumah tangga yang diredai Allah,” katanya.
Lebih menyentuh hati, Jazmy turut menitipkan penghargaan istimewa buat isterinya, Farah Athirah, yang selama ini setia berada di sisi dalam setiap jatuh bangun perjalanan mereka.
“Terima kasih untuk enam tahun dengan perjalanan yang begitu indah, manis dan penuh kenangan yang tak akan pernah saya lupakan. Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi saya, dalam setiap jatuh bangun, sehingga ke hari ini,” tulisnya lagi.
Bagi Jazmy, detik pernikahan ini cukup bermakna apabila Allah mengizinkan hubungan yang telah lama dibina akhirnya dihalalkan dalam bulan yang penuh keberkatan.
Perkongsian tersebut nyata memperlihatkan kematangan sebuah cinta yang melalui proses panjang sebelum disatukan dalam ikatan perkahwinan. Bukan sekadar meraikan hari bahagia, ia juga menjadi simbol kepada kesediaan dua hati untuk melangkah ke fasa baharu dengan rasa tanggungjawab, syukur dan harapan.
Kredit foto: IG Jazmy Juma, Villa Busainna
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah Bella Astillah dengan suaminya, Aliff Aziz pernah tular beberapa kali apabila diuji dengan orang ketiga. Namun alhamdulillah, jodoh mereka berdua untuk hidup bersama masih kuat.
Kalau ikutkan bukan artis sahaja terpalit kes rumahtangga, namun dek kerana glamour, isunya jadi tumpuan. Secara umumnya, ramai wanita takut dengan ujian perkahwinan selepas melihat berlakunya banyak keruntuhan rumahtangga.
Bukan hanya takut pasangan dirampas penyondol, ada beberapa lagi perkara yang menjadi ketakutan buat kaum wanita, sudah pasti yang utamanya adalah pergaduhan yang akhirnya menemui titik penghujung iaitu penceraian.
Berbincang soal ini, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendakwa kontroversi melanda keluarga kecilnya sebagai sesuatu yang di luar jangkaan.
Bella atau nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, episod hitam itu mematangkan dirinya dan suami, Aliff Aziz.
“Tidak suka kontroversi kerana kadang-kadang ia di luar kawalan dan jangkaan saya.
“Apa yang terjadi mematangkan dan ada rasa takut. Saya sudah tidak mahu melalui episod patah hati yang memenatkan dan menyedihkan.
“Hidup ini cuma sekali, mahu gembira sahaja,” katanya dipetik daripada temuramah program hiburan popular TV3, Melodi.
Ternyata episod panas yang menghantuinya memberi impak besar kepada keluarga Bella. Lantas, dia berharap kontroversi seumpama itu tidak berulang kembali.
“Saya ada ramai keluarga yang perlu dijaga hati, mungkin mereka juga kurang senang dengan kontroversi yang kami lalui.
“Saya tiada niat untuk mencetuskan kontroversi itu. Secara jujurnya, saya tidak mahu ada kontroversi tidak baik. Tetapi kita cuma manusia biasa.
“Harapnya tidak ada lagi cerita kurang enak didengar sebab ia beri impak besar,” jelas pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu.
Ditanya mengenai hubungan bersama Aliff, Bella mengaku mereka baik-baik sahaja dan memilih privasi sebagai keutamaan.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur. Kami pilih untuk tidak terlalu berkongsi dalam media sosial.
“Saya nampak perubahan besar pada dirinya. Kami hanya tawakal dan berserah. Apa yang terjadi mematangkan suami.
“Ini tahun ketujuh kami berkahwin. Saya sebenarnya takut untuk bercakap mengenai isu bercerai sebab tidak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang.
“Tawakal dan semoga Allah lindungi rumah tangga saya,” katanya.
Begitulah, setiap orang akan melalui fasa ujian dalam rumahtangga. Antara kita kuat semangat atau tidak, itu semua terpulang pada kita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada tanggal 27 Februari lepas, selebriti popular Indonesia, Syahrini dan Reino Barack meraikan ulang tahun ketiga perkahwinan mereka. Diam tak diam, sudah tiga tahun mereka bergelar suami isteri. Mereka meraikan ulang tahun perkahwinan tahun ini, di kota Singapura sambil menikmati makan malam penuh romantik. Momen indah tersebut dikongsikan Syahrini di laman Instagramnya.
Dalam keseronokan pasangan ini meraikan ulang tahun perkahwinan mereka, masih terbayang kemewahan dan gilang-gemilang persandingan figura ini di mana resepsi Syahrini diadakan penuh eksklusif. Lebih mencuri tumpuan tentulah busana yang digayakan di hari istimewa tersebut hasil sentuhan pereka fesyen bertaraf antarabangsa! Hasil sentuhan pereka ternama Indonesia, Sebastian Gunawan ini pernah menghasilkan busana selebriti Hollywood, Halle Berry.
Tidak keterlaluan bila meletakkan perkahwinan Syahrini tak ubah seperti majlis perkahwinan diraja! . Mana tidaknya, melihat busana persandingan, aksesori sehinggalah dekorasi ballroom, Syahrini sangat memahami apa yang diinginkan untuk hari bersejarahnya agar tampak serba mewah, eksklusif dan unik. Sesuai dengan kehendak dan impian majlis perkahwinan yang diidam-idamkan Syahrini selama ini.Syahrini memilih rekaan Sebastian ketika majlis pernikahannya yang diadakan di Jepun. Memetik laporan media Indonesia, Sebastian Gunawan atau lebih mesra disapa Seba terkejut ketika dihubungi adik Syahrini iaitu Rani pada awal Februari 2019 apabila diminta membuat gaun perkahwinan Syahrini dalam masa yang singkat iaitu empat hari sahaja.
Meskipun mempunyai jadual padat dan terpaksa ke luar negara seminggu sebelum majlis pernikahan Syahrini, pereka fesyen profesional ini mampu merealisasikan gaun impian selebriti kesayangan Indonesia berkenaan dengan cukup mewah, anggun semestinya menjadi sebut-sebutan di kalangan peminat seantero Indonesia.
Tampil lebih eksklusif daripada rekaan persalinan yang pernah dihasilkan untuk Syahrini, gaun mewah kembang yang dipakainya merupakan gaun dari koleksi Sebastian Gunawan Sposa yang dicipta khusus untuk gaun perkahwinan. Penampilan Syahrini pada resepsi Dinner Silaturahmi berkenaan lebih terserlah bak puteri kayangan dengan pemakaian mahkota dari pereka aksesori terkemuka, Rinaldy A. Yunardi yang dicipta khas semata-mata untuk majlis resepsi Syahrini di Jakarta!
Gabungan dekorasi yang serba mewah pula merupakan sentuhan perunding perkahwinan, Lotus Design yang menghias segenap ballroom dengan kelopak bunga teratai pelbagai saiz berwarna putih salju. Ruang siling dewan dengan juraian kristal, bunga-bungaan berwarna putih dan lampu candelier. Ternyata, idea kreatif itu berjaya menyerlahkan suasana mewah dan tampak sempurna tatkala mempelai berarak masuk menuju ke singgahsana indah.
Walaupun sudah tiga tahun berlalu, nampaknya kemewahan majlis resepsi dan perkahwinan Syahrini dan Reino Barack masih segar di ingatan. Memasuki tiga tahun perkahwinan, pasangan ini masih tetap mesra dan jelas kebahagiaan terpancar di wajah keduanya!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...