

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!


Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkataan mak andam cukup sinonim dengan majlis perkahwinan. Apabila menyentuh bab-bab kahwin terutamanya mengenai perihal pelamin, busana dan solekan, mak andam lah orang yang dicari untuk merealisasikan majlis perkahwinan impian.
Namun, ada beberapa kriteria mak andam yang harus anda beri perhatian agar majlis anda berjalan dengan lancar. Maklumlah, sejak kebelakangan ini, pelbagai cerita tidak enak kita dengar mengenai mak andam yang tidak menepati janji mereka buat pelanggan.
Jom kita lihat kriteria mak andam yang patut anda hindari sebelum menjadi parah!
Menjadi perkara biasa apabila mak andam yang anda pilih sentiasa akur dengan kehendak anda sebagai pelanggan. Kata orang ‘customer is always right’ bukan? Namun anda harus waspada dengan janji-janji yang diberikan oleh mak andam tersebut.
Jika boleh, buat catatan ataupun record setiap janji yang diberikan oleh mak andam itu. Sebagai contoh, mak anda tersebut menjanjikan untuk menyediakan kerusi baharu buat pelamin. Oleh itu, pastikan anda catat atau record kata-kata mak andam tersebut agar tidak menjadi kekalutan di kemudian hari.
Ini juga merupakan perkara yang perlu diberi perhatian oleh bakal mempelai. Deposit memang diperlukan apabila ia membabitkan jual beli mahupun perkhidmatan menyewa berkaitan hal perkahwinan. Tetapi, sekiranya pihak mak andam meminta jumlah deposit yang terlalu tinggi, anda harus berhati-hati.
Bukan apa, khuatir deposit yang dibayar telalu tinggi akan digunakan oleh mak andam tersebut untuk keperluan peribadi. Kebiasaannya, mak andam hanya meminta 10% – 50% dari harga pakej untuk deposit. Jika mak andam meminta hingga 80% dan ke atas dari harga pakej, maka anda harus berhati-hati. Takut pula apabila mak andam tersebut buat hal dan anda ingin batalkan tempahan tersebut, wang deposit anda akan burn begitu sahaja. Tak ke rugi?
Jangan terlalu percaya dengan mulut manis mak andam ini. Mereka kalau buka sahaja mulut, ibarat ada pokok tebu di tepi bibir. Mereka akan sedaya upaya untuk memperoleh kepercayaan dari anda. Untuk keselamatan anda, lebih baik anda membuat survey ke beberapa buah butik Andaman sebelum membuat tempahan.
Oleh itu, anda boleh membandingkan harga terbaik dengan perkhidmatan yang anda inginkan. Lihat dan kaji terlebih dahulu profile dan review mengenai butik pilihan yang anda ingin pilih.
Anda boleh tanya rakan terdekat ataupun saudara mara yang pernah menggunakan perkhidmatan mak andam yang ingin dipilih. Sekiranya mereka memberikan respon yang tidak baik mengenai perkhidmatan tersebut, lebih baik anda cari perkhidmatan mak andam yang lain. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali ya! Walaupun perkhidmatan tersebut nampak gah secara zahirnya, namun ia belum tentu menjanjikan perkhidmatan yang memuaskan. Oleh itu, pendapat rakan-rakan dan saudara-mara amat penting.
Perkara ini banyak terjadi di zaman sekarang. Indah khabar dari rupa! Lain yang diminta, lain pula yang dapat! Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan baik bersama pihak mak andam. Tetapkan bajet anda terlebih dahulu sebelum memulakan perbincangan.
Jangan meminta servis yang pelbagai, namun ingin dengan harga yang terlalu rendah. Zaman sekarang ini semua barang mahal dan anda perlu faham akan perkara itu. Dapatkan persetujuan antara kedua-dua belah pihak supaya kata putus dapat diperolehi.
Tidak logik sekiranya harga pakej terlalu murah dan servis yang ditawarkan merangkumi segalanya. Anda harus peka terhadap hal ini. Jangan kemudian hari, pelamin yang dipasang seperti reban ayam dan solekan seperti opera cina ya. Memang semua yang dijanjikan dalam pakej dilaksanakan, namun semuanya dibuat ala kadar dan asal boleh sahaja. Di kemudian hari, anda juga yang menyesal. Oleh itu, kaji pakej yang ditawarkan dengan teliti dan adakah ia wajar dengan harga yang ditawarkan. Biarlah harga sedikit mahal, namun kepuasan dapat dicapai.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!
Perkahwinan merupakan proses pembelajaran yang harus ditempuhi oleh setiap pasangan agar anda berdua ‘lulus’ pada pelbagai ujian yang mendatang. Jika tidak dibekalkan dengan ilmu dan kesabaran yang kuat, maka pincanglah sebuah perkahwinan.
Suami isteri harus sedar bahawa perkahwinan bukanlah medan permainan yang jika anda tidak suka atau tidak sesuai, anda dengan mudah boleh ‘lari’ daripada permainan tersebut.
Buat pasangan yang berhasrat untuk berkahwin di usia muda, hadamkan enam pelajaran penting tentang dunia perkahwinan ini agar anda berdua mampu menempuh segala rintangan dengan yakin dan cekal.
1. Bukan Perasaan Cinta Semata-Mata
Jangan salah ertikan perasaan cinta yang terjalin antara anda dan pasangan . Biarpun anda berdua saling mencintai, malah tidak meragui perasaan tersebut ini bukan bermakna anda harus sesegera mungkin untuk berkahwin. Memang! Usia muda bukanlah penghalang bagi seseorang untuk berkahwin. Namun yang paling penting dan perlu anda ketahui ialah cinta bukanlah alasan wajib untuk anda memutuskan segera berkahwin. Sebaiknya buatlah persediaan sewajarnya agar keputusan yang dibuat itu tepat.
2. Tanggungjawab Yang Dipikul Semakin Bertambah
Jika anda bercadang nak berkahwin di usia muda ini, ini bermakna anda telah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang berganda. Anda tidak lagi bertanggungjawab atas diri anda sendiri, melainkan anda harus memikul tanggungjawab pada pasangan, rumah tangga, bakal anak-anak, keluarga mentua, perkahwinan dan sebagainya. Namun sekiranya anda masih belum siap, jangan berani nak cuba-cuba untuk melangkah ke alam perkahwinan hanya berlandaskan perasaan cinta semata-mata.
3. Kebebasan Anda Makin Terbatas
Sudah pasti setelah berkahwin kebebasan yang anda nikmati semasa anda bujang sudah lagi tidak sama, malah agak terbatas. Ini kerana apabila anda sudah mendirikan rumah tangga, kebebasan anda sedikit tersekat memandangkan anda sudah mempunyai tanggungjawab kepada pasangan. Bahkan sebagai isteri, segala tindakan anda yang memberi kebaikan haruslah mendapat keizinan suami terlebih dahulu.
4. Mempengaruhi Karier & Pelajaran Anda
Setiap orang yang berkahwin pastinya mempunyai target yang ingin dicapai. Jika anda masih bergelar pelajar, pastikan anda fikir semasak-masaknya adakah keputusan anda ini tepat. Paling penting dapatkan restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak sebelum memutuskan untuk berkahwin di usia muda. Bukan apa, bimbang selepas berkahwin anda sukar untuk membahagikan masa apatah anda masih bergelar pelajar. Bukan itu sahaja, jika ketika bujang anda gemar bersantai di hujung minggu, namun selepas berkahwin anda harus mengubah cara hidup anda kerana anda kini mempunyai pasangan yang memerlukan perhatian anda.
5. Bersedia Untuk ‘Dilepaskan’ Daripada Tanggungjawab Ibu bapa
Jika anda sudah yakin yang anda boleh dilepaskan atau jauh daripada perhatian ibu bapa, sahlah anda sudah bersedia untuk berkahwin dalam usia muda. Selepas berkahwin, anda tidak boleh lagi nak berkepit di bawah ketiak orang tua kerana anda kini harus memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri kepada pasangan.
6. Pola Kehidupan Peribadi Berubah
Kehidupan ketika bujang dan selepas berkahwin tentuya berbeza. Selepas berkahwin anda tidak boleh lagi membuat keputusan seorang sendiri kerana anda kini harus melibatkan pasangan dalam setiap perkara. Perkahwinan memerlukan anda berdua untuk berkongsi dalam semua hal.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan rumah tangga yang bahagia. Selain itu. Kehadiran cahaya mata bakal menambahkan keserian sesebuah rumah tangga itu.
Entri kali ini menyentuh topik agak panas dan menarik iaitu tip untuk meningkatkan kesuburan khas untuk lelaki.
Jangan Memakai Seluar Yang Ketat
Ini termasuklah seluar dalam yang ketat dan juga seluar jeans. Pastikan ada pengudaraan di kawasan ‘tersebut’. Ada juga kajian yang mengatakan pemakaian boxer adalah lebih baik untuk kesuburan berbanding seluar dalam.
Kurangkan Pendedahan Kepada Bahan Kimia Dan Radiasi
Sinaran X dan juga bahan-bahan kimia seperti racun serangga dikenalpasti boleh menganggu penghasilan sperma dan menyebabkan anda tidak subur.
Elakkan Suhu Yang Terlalu Panas
Sauna atau mandian air panas yang terlalu lama tidak elok untuk kesuburan kerana ia boleh menyebabkan kilang telur anda kepanasan sekaligus mematikan sperma yang sangat berharga. Menggunakan laptop di atas riba juga dikatakan boleh menganggu kesuburan kerana haba yang dihasilkan akan terhala ke bahagian sulit lelaki. Sebaiknya, letak alas yang boleh menghalang haba tersebut membunuh sperma anda.
Dapatkan Banyak Antioksida
Kajian demi kajian menunjukkan antioksida boleh membantu meningkatkan kandungan sperma lelaki. Kandungan sperma yang tinggi (atau juga disebut sperm count) penting untuk kesuburan.
Dapatkan makanan yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E dan Coenzyme Q10 yang terbukti mampu meningkatkan kesuburan. Contoh makanan adalah seperti buah-buahan, sayuran-sayuran, bijiran, protein dari daging putih (ayam, ikan dan makanan laut) serta produk tenusu.
Amalkan Pengambilan Supplement
Dapatkan supplement yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E, Coenzyme Q10, selenium, zinc dan juga asid folik. Vitamin-vitamin ini terbukti boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma untuk lelaki.
Elakkan Makanan Yang Membunuh Sperma
Minuman beralkohol dan daging merah dikaitkan dengan sebagai pemakanan yang menganggu kesuburan. Sebagai orang Islam, sememangnya anda diharamkan untuk meminum minuman beralkohol.
Berhenti Merokok Dan Jauhi Perokok
Kalau anda seorang perokok dan inginkan zuriat, sila berhenti merokok dengan serta merta. Rokok dan asap rokok boleh menganggu kesuburan suami dan juga isteri. Selain itu, memang tiada manfaat yang diperolehi daripada merokok selain daripada merosakkan badan yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Asap rokok juga sangat berbahaya kepada orang sekeliling.
Kurangkan Stres
Stres yang terlampau tinggi boleh menganggu penghasilan dan keseimbangan hormon di dalam badan. Ini termasuklah hormon-hormon yang membantu penghasilan sperma.
Cuba cari cara untuk mengurangkan stres seperti bersukan, melakukan aktiviti yang disukai dan pergi bercuti. Jangan terkejut kalau ada orang yang terus mengandung selepas bertukar kerja.
Dapatkan Berat Badan Yang Ideal
Orang yang terlalu kurus atau terlalu berisi dan obes adalah berkemungkinan tinggi untuk mempunyai kandungan sperma yang rendah serta menghasilkan sperma yang ‘cacat’. Kalau sperma cacat, macam mana dia nak tembus ovum?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group
