Merias cantik seri seorang pengantin umpama bermain dengan kanvas putih. Setiap inci perlu ditata rapi agar tiada cela tatkala melangkah dihari bahagia. Penulis menyenaraikan 11 elemen penting yang anda perlu ambil perhatian berdasarkan perkataan keramat ‘PERKAHWINAN’.

P : POLOS

Jarang-jarang seorang pengantin ingin tampil polos di kala hari bahagia mereka. Namun pilihan fabrik dan rekaan yang tepat boleh menimbulkan satu penyataan yang cukup classy. Bayangkan anda melangkah dengan sepasang gaun polos tanpa sebarang perincian namun bertemankan rekaan yang moden dan juga aksesori dempak! Sedikit sebanyak tampilan nampak bersahaja dan kejelitaan sebenar menyerlah laksana dewi kayangan.

Untuk Bakal Ratu Sehari Jom Bina Gaya Daripada Perkataan P.E.R.K.A.H.W.I.N.A.N
Ringkas tetapi menawan. Gaya yang patut dicuba pengantin moden.

E : EMAS

Rona mewah ini sememangnya sinonim dengan perkahwinan Melayu. Selain tampak mewah, rona ini sesuai digayakan oleh sesiapa sahaja tidak kira warna kulit. Sewaktu pemilihan busana dan juga aksesori berona mewah ini, para pengantin haruslah mengmbil kira potongan pakaian dan juga saiz aksesori yang digayakan. Contohnya jika fabrik busana sudah berhias batu-batuan yang begitu mewah, aksesori yang dikenakan seperti rantai, anting-anting, gelang dan kasut pula haruslah lebih ringkas namun masih dalam rona sekata. Bila lagi anda hendak bersepuh emas kalau bukan di hari bahagia anda.

R : RENDA

Fabrik ini antara fabrik yang cukup popular menjelang hari bahagia seorang perempuan. Fabrik renda datang dari pelbagai jenis, ada yang polos, ada yang bersulam penuh dan ada juga yang sudah siap dengan sulaman manik dan batuan mewah.

K : KASUT

IKLAN

Kasut merupakan antara aksesori terpenting dalam memenuhi ‘look’ seri seorang pengantin. Lebih elok jika kasut yang disarungkan daripada jenama berkualiti tinggi agar anda tidak menderita sakit dihari bahagia anda. Elakkan pemilihan kasut yang bertali, penulis sarankan agar anda memilih kasut yang menutup penuh kerana ia lebih nampak ekslusif. Rona apa pula yang sesuai? Mungkin ramai yang memilih untuk warna sedondon, bagi penulis apa kata anda mencuba rona yang terang buat kasut anda. Ambil contoh Carrie Bradshaw bersama kasut ikonik biru baldu Manolo Blahnik yang digandingkan dengan gaun putih bersih. Statement bukan?

Untuk Bakal Ratu Sehari Jom Bina Gaya Daripada Perkataan P.E.R.K.A.H.W.I.N.A.N
Gantikan peletakan tiara kepada aksesori rambut seperti ini untuk gaya ringkas dan menawan.

 

A : AKSESORI

Pengantin tanpa aksesori umpama bunga tanpa haruman. Aksesori membantu melengkapkan keseluruhan ‘look’ seorang pengantin. Bergantung pada busana yang disarung aksesori perkahwinan terdiri daripada mahkota, bunga segar, layah, anting-anting, cocok sanggul, cekak rambut ataupun rantai. Bunga segar selalunya menjadi pilihan dalam budaya Melayu bagi menaikkan seri namun sekali skala mencuba gaya baru, cekak rambut dilihat praktikal dan tampilan pengantin tampak lebih comel.

H : HIJAB

IKLAN

Gaya tuntutan syarak ini sudah menjadi pilihan ramai wanita masa kini. Bertudung bukan sekadar menutup kepala malahan pengantin juga tampak lebih sopan dan ayu. Walaupun dalam keriuhan gaya tudung yang pelbagai masa kini, jangan pula anda terikut-ikut dengan gaya tersebut. Gayakan tudung secara sederhana menggunakan fabrik lebut melitup kepala, ini akan lebih kekal lama gayanya dan anda tidak akan menyesal melihat kembali gambar anda suatu hari nanti.

W : WARNA

Rona putih menjadi satu kebiasaan bila tibanya hari perkahwinan. Namun apakata anda tukarkan selera kepada warna yang lebih garang dan juga cantik seperti rona kuning dan merah. Namun dalam mencari busana yang berwarna anda harus mendapatkan konsultasi dari pereka fesyen tentang warna apa yang akan tampak mahal dan warna apa yang akan tampak murah.

I : INAI

Sungguh ayu si gadis berinai di tangan. Tradisi budaya Melayu ini menjadi satu tanda si gadis sudah melangkah ke alam perkahwinan. Kini kehadiran pelbagai jenis perkhidmatan berinai menjadi pilihan ramai gadis. Dari kaca mata penulis, sebenarnya lebih elok jika bakal mempelai berinai secara tradisional tanpa inai yang bercorak abstrak. Ia tampak kemas dan tidak berserabut.

IKLAN

N : NAVIGASI

Navigasi ataupun cari arah bermaksud anda perlu tahu hala tuju konsep yang akan diguna pakai sebagai tema perkahwinan. Perkara ini adalah perkara pertama yang anda perlu lakukan, dari segi pemilihan warna, pereka, rekaan dan juga aksesori. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dikemudian hari. Sebagai bakal pengantin anda harus tahu semua ini sejak dari mula supaya tiada percanggahan bila tibanya hari bahagia.

A : ALUNAN

Menjadi rasmi majlis perkahwinan, si gadis pasti mengimpikan gaun sempurna yang bakal menjadi sejarah manis di dalam hidup mereka. Pemilihan gaun haruslah berdasarkan reka bentuk tubuh anda, setinggi mana impian anda untuk mengenankan alunan gaun kembang jika anda bertubuh kecil potongan duyung lebih sesuai kerana ia akan menampakkan susuk anda lebih tinggi. Begitu juga dengan yang bertubuh bentuk epal, hourglass dan pear. Untuk ketahui busana apa yang sesuai buat anda sila lihat ke tip fesyen yang seterusnya di mukasurat sebelah.

N : NONA MANIS

Saatnya tiba hari bahagia, sebagai bakal ratu sehari si gadis pasti menginginkan penampilan yang berbeza daripada biasa. Namun anda harus sematkan satu perkara di dalam minda, solekan membantu untuk menaikkan seri wajah bukan untuk menutup kecantikan asli anda. Jangan pula anda memilih solekan yang tebal sehinggakan suami sendiri tidak kenal dengan anda. Sebelum memulakan solekan, dapatkan pandangan daripada jurusolek kerana mereka arif dalam hal sebegini. Kekalkan aura ‘Nona Manis’ di dalam diri anda, agar bila dilihat semula gambar perkahwinan 20tahun akan datang, anda masih boleh tersenyum bangga.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI