Dalam perancangan majlis perkahwinan, bajet memainkan peranan paling besar dalam menentukan kelancaran sesebuah majlis. Bagi yang mempunyai bajet besar, mungkin ia tidak menimbulkan masalah.
Namun, bagi yang ‘berkira-kira’, pastinya tidak mahu majlis impian terbantut serta tercela akibat kewangan yang tidak mencukupi atau ‘terbabas’ bajet yang telah disusun dengan baik.
Bagaimana hendak jimatkan wang untuk majlis kahwin? Anda boleh berjimat dengan tidak mengambil perancang majlis. Namun, andalah yang perlu menjadi perancangnya. Pelbagai cara boleh dijimatkan untuk majlis perkahwinan sekiranya anda mengamalkan konsep DIY.
Namun, bantuan dari ibu bapa serta saudara mara terdekat untuk khidmat nasihat berkaitan majlis yang ingin diadakan juga penting. Ini kerana mereka lebih berpengalaman dan banyak perkara boleh dikongsikan berkaitan urusan majlis perkahwinan.
Adakah wang perbelanjaan kahwin boleh dijimatkan menerusi hidangan makanan? Ya. Tahukah anda bahawa 60% daripada perbelanjaan kahwin akan disalurkan pada hidangan makanan untuk para tetamu? Sekiranya anda ingin menempah katering, maka sediakan wang ribuan ringgit untuk setiap hidangan yang dikira mengikut jumlah tetamu yang hadir.
Ads
Untuk bajet rendah, anda boleh berjimat dengan membuat gotong royong dan ‘rewang’ daripada sanak saudara dan jiran tetangga. Banyak juga bajet yang boleh jimatkan. Fikirkan pilihan terbaik untuk diri anda dan pasangan.
Macam mana nak berjimat tanpa membazir duit pada cetakan kad kahwin? Pelbagai cara boleh dicuba dengan kehadiran internet masa kini. Anda boleh membuat kad kahwin digital dan menghantar jemputan menerusi emel atau ‘facebook’. Ini lebih menjimatkan tanpa perlu mengeluarkan bajet ratusan ringgit untuk kos percetakan kad sahaja.
Ads
Lupakan kad bercetak untuk tetamu VVIP, buatlah keistimewaan dengan jemputan kad secara formal agar ia tampak lebih sopan. Selain itu, DIY kad dan mencetak sendiri juga lebih menjimatkan bajet anda.
Banyak bunga yang diperlukan untuk menggubah dekorasi pelamin, tetapi bajet pula kurang. Bagaimana? Cara terbaik adalah dengan memilih jenis bunga yang murah harganya di pasaran dan beli secara pukal. Sekiranya tema majlis adalah merah, tidak semestinya anda perlu menggunakan bunga ros merah. Harganya pula agak mahal. Gantikan dengan bunga yang berharga lebih murah dan menjimatkan.
Ads
Anda perlu ingat, perbelanjaan pada dekorasi bunga hanyalah sementara iaitu sehari sahaja. Selepas majlis tamat, ia tidak akan digunakan lagi. Fikir-fikirkanlah. Elakkan pembaziran, amalkan penjimatan.
Apakah barangan yang boleh dijimatkan dari segi bajet, untuk majlis resepsi di dewan? Dekorasi bunga segar, boleh digantikan dengan gubahan bunga tisu bersaiz besar dan cantik. Bajet yang dikeluarkan hanya pada kertas tisu sahaja. Ianya murah dan senang untuk dibuat DIY.
Selain itu, kek kahwin juga boleh dikurangkan bajetnya dengan menempah kek artifisial yang semakin menjadi trend masa kini. Gubahannya mudah, dengan hanya menggunakan kain rona lembut dan susunan gabus akan kelihatan seperti kek betul. Sekiranya anda menginginkan kek betul, buatlah tempahan yang murah sahaja dan tidak membebankan pasangan.
Bajet apakah yang boleh dijimatkan dari aspek pakaian? Mestilah busana lelaki. Anda boleh berjimat sekiranya tidak membuat tempahan sewa kot tuksedo dengan butik. Gunakan kreativiti dengan memakai kemeja dan kot ringkas yang dibeli di pusat beli belah. Ianya tidaklah terlalu mahal dan boleh digunakan semula di kemudian hari. Tidaklah nampak membazir kan?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ni kami ada jemputan kenduri.. tp kami makan utk hidup, bukan hidup utk makan ??
Coach tgk ada yg amik nasi dgn lauk pauk daging dan lain2 sebukit.. ? sy berdoa dlm hati moga mereka bertemu ilmu dan kesedaran. jika kita yg dera badan begitu setiap hari, lambat laun badan kita juga yg menanggung
.
Boleh nak makan.. tetapi bukan berlebih2an.. tujuan penting kenduri kendara ialah utk hubung silaturrahim.. bukan pesta makanan..
.
Dalam foto last sekali sy tunjuk pinggan saya, ada nasik separuh senduk, sebab nak juga enjoy hidangan bubur dan kueh mueh yg di hidang. sy teguk juga suku teh tarik yg di sajikan ?
Coach nak belanja 5 tip makan kenduri
.
1. Makan Sarapan Pagi yang Seimbang. Mesti ada portion Karbo kompleks, Protein baik, Lemak baik, Serat Vitamins dan Minerals
.
Ramai yang skip sarapan bila hari ada kenduri, konon2 ‘Brunch’ sekaligus, Ketika inilah kesilapan pertama anda lakukan , bila kita tidak ambil sarapan kita akan cenderung untuk makan dengan gelojoh sebab perut kita kosong. Jangan sesekali tinggalkan sarapan anda dan pilih sarapan tinggi serat untuk kita rasa kenyang lebih lama
.
2. Jangan bazir kalori kpd minuman manis. Tambah² kenduri sekarang canggih mcm² air dihidangkan, air balang lah, teh tarik lah, ada cendol ABC bagai..
.
Air manis seperti sirap, oren dan macam-macam lagi adalah antara selalu kita terkam jika masa kenduri kan, tak cukup segelas biasanya akan bertambah air. Tapi sedar atau tidak kita bahawa air manis tu ada gula yang berlebihan dan biasa bancuh bukan guna sekilo dua tapi berbelas kilogram. Baik allocate kalori tu utk makanan
.
3. Bawa Bekal Air Kosong Sendiri
Bila ada air sendiri, tidak menjd alasan lah utk ter-minum air2 manis. ‘Ter’ lah sangat kan! Simpan dalam kereta tak apa, dah siap makan biar jer perut rileks dahulu, lps 15-20 min baru minum air
.
4. Mulakan Dengan Makan Buah
Untuk kita mudah kawal selera , mulakan makan buah dahulu sebagai pembuka selera semasa kenduri. Biasanya akan ada buah tembikai, oren atau pun timun. Kalau saya akan makan buah banyak dulu then akan kawal makanan lauk kenduri yang lain
.
5. Buat Pilihan Lebih Sihat
Bukan tak boleh makan lauk kenduri , gulai kawah, ayam masak merah, masak lemak pisang muda, semua tu boleh makan tapi kawal dari segi kuah, dan ambil isi sahaja. Baik lebihkan sayur ulam2 jika ada, atau masak labu air ?
.
Biar kebanyakan org lain tak kesah, mkn jer tak hengat dunia, tp make sure itu bukan korang..
.
Korang berbeza kan, kata nak kurus tahun ni, kata nak tukar size raya tahun ni kannn
.
Siapa sanggup pilih yang lebih sihat, dia yg akan dapat hasil inshaaAllah
.
boleh ke boleh?
Melihat pada kesan-kesan HIV inilah kerajaan Malaysia mengambil langkah selamat dengan mewajibkan pasangan Islam menjalani Ujian Saringan HIV bagi menjaga kemaslahatan anda dan pasangan di kemudian hari. Hal ini kerana, semua sudah tahu bahawa virus HIV ini boleh merebak kepada orang lain melalui beberapa cara. Antaranya adalah melalui persetubuhan, perkongsian jarum suntikan, penerimaan darah yang dijangkiti virus HIV dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, selain daripada melengkapkan prosedur permohonan perkahwinan ujian ini turut bertujuan membolehkan seseorang itu mengetahui status HIV masing-masing sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Jika terdapat sesuatu yang meragukan tindakan segara boleh diambil bagi mengelakkan kesan buruk berlaku.
5 Langkah Ujian Saringan HIV Yang Perlu Anda Buat
1. Kenal Pasti Klinik Kesihatan/Hospital Terdekat
Untuk makluman anda, Ujian Saringan HIV hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan ataupun hospital kerajaan sahaja. Dan yang paling penting anda perlu menjalani ujian ini di negeri atau mengikut mukim masing-masing.
Sekiranya anda bekerja atau bermastautin di negeri lain terdapat beberapa tambahan prosedur yang perlu anda patuhi bagi membolehkan ujian ini diambil. Bagi memudahkan kerja anda dan pasangan, sila cari dan daftar dengan klinik kesihatan terdekat terlebih dahulu. Dan ambillah kesempatan ini untuk bertanya samada klinik tersebut ada menawarkan servis ujian HIV atau tidak. Jika perlu setkan tarikh temujanji.
2. Dokumen Yang Perlu Dibawa Ke Klinik/Hospital
Dokumen yang perlu dibawa semasa ujian ini diambil adalah kad pengenalan sahaja dan bayaran perkhidmatan yang dikenakan pula hanyalah RM1.
Murah je kan bila berurusan dengan pusat perubatan kerajaan Malaysia ni. Satu lagi, sekiranya anda berkahwin dengan warga asing sila pastikan pasangan anda membawa passport ke klinik untuk menjalani ujian saringan ini.
3. Lengkapkan Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan
Apabila selesai daftar dan membuat pembayaran di kaunter, anda boleh mula melengkapkan borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan yang telah disediakan oleh pihak klinik.
Sekiranya anda menjalani ujian saringan ini di negeri lain sila muat turun borang ujian HIV (yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing). Apabila selesai anda akan diminta tunggu sebentar sementara nama anda dipanggil untuk menjalani ujian saringan tersebut.
4. Ujian Saringan HIV
Doktor atau MA akan menjalankan ujian saringan ini dengan menggunakan kaedah Rapid Kit Test. Darah akan diambil di hujung jari anda dengan menggunakan jarum lancet. Selepas itu anda akan diminta untuk tunggu sebentar kerana keputusan ujian ini kebiasaannya siap dalam masa 15 hingga 30 minit bergantung pada jenis kit yang digunakan oleh pihak klinik.
5. Keputusan Ujian Saringan HIV
Keputusan ujian saringan ini akan diberikan oleh pihak klinik pada hari yang sama. Keputusan boleh dilihat pada kit yang digunakan. Sekiranya terdapat single line pada kit ia bermaksud negative atau anda atau pasangan anda bebas daripada dijangkiti virus HIV.
Tetapi sekiranya keluar double line ia bermakna positif (reactive). Keputusan ini akan diberikan kepada anda untuk diserahkan kepada Jabatan Agama Daerah masing-masing untuk langkah-langkah selanjutnya.
Gambar hiasan : Tangkap Pictures
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada orang sanggup menjatuhkan orang lain semata2 nakkan manfaat dan kepentingan diri sendiri. Memang kalau diikutkan kata hati, nak saja menyumpah seranah individu yang sebegini. Tapi sebagai umat Islam, tidak baik kita mendoakan keburukan walau dalam apa jua situasinya.
Nabi S.A.W bersabda; ” Takutlah kamu kepada doa orang yang teraniaya, kerana ia diangkut di atas awan Allah berfirman: Demi keperkasaan dan keagungan-Ku, Aku pasti menolongmu, walaupun setelah beberapa waktu (waktu yang cukup lama).”
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Thabrani dan Al-Dhiya dari Khuzaimah bin Tsabit dengan sanad sahih.
sekadar gambar hiasan
Jika menghadapi situasi begini, apa agak2nya yang boleh kita lakukan. Memang la senang bagi sesetengah orang menasihati kita supaya bersabar, tapi sejauh manakah kesabaran kita ini mampu bertahan dengan kerenah manusia yang suka menganiaya orang lain.
Selalu dalam drama yang kita tonton, doa orang yang teraniaya ini pasti akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T samaada cepat atau lambat. Namun apa yang ditonjolkan harus kita sedari bahawa doa2 itu tidak menjurus kepada doa2 yang tidak baik. Contohnya “semoga dia mati dilanggar lori” atau “semoga keturunannya terseksa” dan macam2 lagi.
Kita boleh berdoa agar ia menjadi sesuatu pembalasan atau berdoa agar individu ini kembali ke jalan yang benar…
Pertama, kita boleh memohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan penganiayaan dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah buat diri kita.
” Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ”
Kedua, kita juga boleh berdoa untuk pembalasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan pada kita.
” Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. ”
Dan yang ketiga, Biarkan Allah membalas perbuatan mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.
Pernah menonton ceramah dato’ siti nurbayah bersama suaminya dalam rancangan semanis kurma:
“jika kita ada berdosa sesama manusia dan tidak sempat memohon maaf, maka segala kebaikan dan pahala kita akan diberikan kepada insan yang kita zalimi, dan jika masih tidak cukup untuk menebus kesalahan kita, maka kita harus menanggung segala dosa insan yang kita zalimi itu.”
Jadi dalam apa jua yang kita lakukan atau apa jua yang ingin kita kecapi, janganlah sampai kita menganiaya orang lain secara langsung atau tidak langsung dan sentiasa saling bermaaf-maafan agar kita terhindar dari azab di akhirat kelak.