Manusia memerlukan cinta, betul ke? Betul, cinta adalah fitrah manusia, tidak dapat tidak hidup kita pun sebenarnya berlandaskan cinta, dengan cinta ibu dan ayah kita, dengan cinta dan kasih sayang Allah maka kita wujud di dunia ini.

Semuanya sebab cinta, lalu mana mungkin cinta dipinggirkan, kita sememangnya hidup dengan cinta dan tidak keterlaluan jika dikatakan kita tidak boleh hidup tanpa cinta.

Usah Mencari Yang Sempurna, Tapi Berusahalah Menjadi
ganbar sekadar hiasan

Cinta ni, terbahagi kepada banyak cabang. Cintakan ilmu, cintakan ummah, cintakan kedamaian dan ketenangan, cintakan manusia dan alam sekeliling.

Namun, sedalam manapun cinta kita tu terhadap sesuatu atau seseorang masih tidak akan mampu menandingi cinta Pencipta kita, yakni Allah.

Bercerita tentang cinta, lalu mata yang mengantuk tiba-tiba dirasakan segar, seronoknya kita bila teringat akan cinta yang kita sedia maklum cinta sememangnya, hanyut dibuai perasaan hingga kadang tergelincir dari landasan dan senang untuk melupakan Tuhan, hebatnya penangan cinta.

Usah Mencari Yang Sempurna, Tapi Berusahalah Menjadi

Tanpa kita sedar kita telah melupakan siapa sebenarnya pemilik cinta.

Apa itu cinta? Cinta adalah perasaan, betul.

IKLAN

Tapi yang sebenarnya cinta adalah sesuatu yang mendekatkan kita dengan Tuhan, semakin cinta maka semakin bertambah cinta dengan Tuhan. Apa-apa sahaja yang membawa kita kepada Allah adalah cinta. Senyum, begitu rupanya cinta.

“Apabila cintamu mengenal Tuhan, maka jadilah cintamu berstatus tinggi” – Ustazah Fatimah Syarha

Sebut cinta juga, takkan lari daripada cinta lelaki dan perempuan, sememangnya fitrah begitu, lelaki akan tertarik kepada dan perempuan juga akan tertarik kepada lelaki, jadi mana-mana yang selain dari itu akan mendatangkan kemurkaan sebab sudah lari daripada kebiasaan.

Apa yang dikatakan, “Usah Mencari, Berusahalah Menjadi” ni? Sebab bila kita cinta, mesti ada impian yang kita pasang, nak pasangan kita macam tu, macam ni. Betul tak?

IKLAN

Tak boleh ke kita nak pasang impian macam tu?

Wallahi, sememangya boleh tapi usahlah terlalu tinggi menggunung harapan, bimbang nanti jika Allah hadirkan pasangan yang berlainan daripada apa yang kita impikan, apa yang kita doakan, kita jatuh tersungkur kecewa, lalu menyalahkan Tuhan.

Boleh jadi pasangan yang Allah bagi pada kita adalah ujian, ujian untuk menambah iman. Senyum.

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

Kredit : iluvislam

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI