
Dapat masa untuk berkasih-kasihan dengan suami, gunalah sebaiknya. Walaupun suami tak romatik, isteri tak mesra tetapi gunakanlah kesempatan yang ada untuk saling berkasih-sayang. Doa untuk suami yang paling penting.
Bila agaknya kali terakhir isteri bermanja dengan suami? Balik kerja dah lewat petang, buat persiapan untuk makan malam, mandikan anak-anak dan macam-macam lagi tugasan si isteri.
Suami pula ada tugasnya sendiri. Masa itulah nak buang sampah, kemas rumah mana yang patut dan bermain-main dengan anak. Nak cium isteri pun susah. Tapi bila ada masa, cuba isteri buat ini pada suami ketika dia sedang tidur.
Usap kepala suami dengan penuh kasih sayang dan kelembutan. Bacakan doa ini…
“Ya Allah Ya Tuhanku,
Lembutkan hatinya, Murahkanlah rezekinya,
Berikanlah dia kesihatan yang baik,
Permudahkanlah segala kesulitannya.
Ya Allah,
Jadikanlah suamiku iman yang terbaik buatku dan anak-anak,
Suami yang soleh dan pemimpin terbaik buatku dan anak-anak.
Tiupkan pada ubun-ubun suami…
Wanita Bukan Kuat Merajuk, Tapi Pencetus Merajuk Yang Terlampau Banyak

Baru baru ni ada seorang kawan tanya macam mana nak buat kalau isteri kuat merajuk. Saya cakap kat dia mudah je, jangan jadi pencetus isteri merajuk la.
Lelaki dengan perempuan sama je kuat merajuknya. Cuma beza pencetus wanita merajuk banyak manakala lelaki tak berapa banyak.
Wanita makhluk paling sensetif sekali kat muka bumi ni jadi pencetus kecil apa pun dah boleh buat mereka merajuk. Ini yang kita tak sedar.
Bila isteri sedang bercakap tapi suami tak beri perhatian, sibuk main telefon. Ini pun boleh cetus merajuk.
Suami kerja sepanjang hari, sampai ke rumah waktu malam. Sampai di rumah terus capai anak-anak dulu, isteri tak tegur pun. Ini pun boleh cetus merajuk.
Tak pernah tanya keadaan isteri. Tak pernah ambil tahu perasaan isteri. Walaupun suami tak buat salah secara zahir tapi secara batin banyak kesalahan yang dia dah buat.
Situasi macam ni memang tunggu masa je. Pencetus kecil pun boleh buat isteri merajuk berhari-hari lamanya.
Malas nak melayan isteri merajuk? Jangan jadi pencetus.
1 – Selalu berikan perhatian terbaik pada isteri. Isteri lebih penting dari games, telefon, televisyen dan whatsapp group. Kalau selalu sangat merajuk tu tanda isteri dah jadi Attention Seeker. Susah sangat nak dapat perhatian jadi merajuk la jalan terakhir.
2 – Selalu tunjukkan penghargaan pada isteri. Urut bahu isteri sebelum tidur pun dah cukup buat isteri rasa sangat di hargai. 10 saat sentuh isteri boleh tingkatkan hormon endorfin tau. Hormon endorfin ni lagi banyak lagi bagus sebab ia boleh bantu isteri kurus dan hilangkan keresahan.
3 – Selalu luangkan masa bersama isteri. Ada masa lapang dahulukan isteri dahulu. Luang masa lebih dengan isteri lebih bermakna daripada luangkan masa dengan benda lain. Momen momen ini la yang akan jadi penguat kasih sayang bila di timpa musibah. Bayangkan kalau tak ada langsung momen begini? Itu yang mudah berperang.
4 – Selalu beri pujian pada isteri. Wanita ni sensetif, kalau tak ada pujian dia akan fikir macam-macam. Jadi kena bina pendinding (firewall) di hati dia daripada fikir yang bukan-bukan. Selalukan la puji memuji. Puji dia cantik, dia masak sedap dan sebagainya. Satu pujian ikhlas dari suami, isteri boleh ingat bertahun-tahun lamanya.
5 – Selalu curahkan kasih sayang tak berbelah bagi pada isteri. Belai rambut isteri, cium pipi dia dan peluk setiap pagi cukup buat isteri rasa bersemut di hati. Bukan tu je, mengikut kajian isteri yang selalu di peluk suami akan buat isteri jadi lebih bersemangat dan bertenaga. Peluk 5 minit tapi tenaga boleh tahan 5 jam tau.
Jadi kawan kawan, isteri kita sebenarnya bukan suka merajuk tapi kita yang suka jadi pencetus dia merajuk.
Dengan orang lain diorang tak merajuk pun, dengan kita je dia suka merajuk sebab hati dia dengan hati kita dah terjalin hubungan rapat. Satu hati kena cucuk, dua dua akan terasa sakitnya.
Sama-sama la kita saling ingat mengingati antara pasangan ya.
Sesungguhnya pasangan terbaik ialah pasangan yang tahu baik dan buruk pasangan mereka serta cara untuk memperbaiki diri sendiri supaya kebaikan pasangannya lebih terserlah.
Wallahu A’lam,
#share jika bermanfaat.
Sumber : Perkongsian dari Facebook Mohd Fhais
Bahagianya isteri jika dia tak perlu merajuk lagi.
Tak Selesa ‘Berlitup’ 24 Jam, Kalau Duduk Rumah Sendiri Isteri Bebas Nak Bergaya

Meskipun terdapat kebaikan apabila ibu-bapa atau ahli keluarga tinggal bersama pasangan suami-isteri namun hal itu juga turut mendatangkan keburukan terutamanya kepada golongan wanita jika iparnya seorang lelaki. Ini kerana wanita itu terpaksa menjaga aurat sepanjang masa selain segala gerak-geri diperhatikan oleh keluarga mentua.
Ia sekali gus membataskan hubungan suami-isteri dan jika tersilap langkah ia boleh menyebabkan ikatan perkahwinan itu menjadi renggang dan boleh menyebabkan berlakunya perceraian.
Nak pula ibu mentua yang cerewat dan kuat membebel, ia tentu memberi tekanan kepada si isteri yang mungkin berasa tertekan.
Jalan terbaik, elakkan ibu-bapa tinggal bersama terutama bagi pasangan baharu naik pelamin kerana pada awal usia perkahwianan, mereka akan menempuh banyak perkara untuk mencari keserasian.

.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan dalam Islam sendiri menggalakkan pasangan berkahwin dan mempunyai kemampuan agar membina keluarga sendiri kerana itu adalah yang terbaik berbanding tinggal bersama ibu bapa dan keluarga.
Ini kerana kata Zulkifli, apabila pasangan tinggal berasingan dengan keluarga, hak privasi dan membina kehidupan dengan lebih selesa akan dapat diwujudkan.
Jelas Zulkifli lagi antara makna kemampuan itu adalah menyediakan tempat tinggal khusus bagi isteri seperti mana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). (Surah al-Talaq: 6)
Bilangan anggota dalam sesebuah rumah akan memperlihatkan pelbagai ragam seta perangai berbeza yang boleh membawa kepada pertelingkahan jika tidak ditangani dengan sebaiknya. Seseorang ibu yang sudah ada anak yang menjaganya maka tidak lagi menjadi masalah untuk anak yang lain keluar daripada rumah untuk memulakan kehidupan sendiri bersama pasangan.

.
“Apa yang paling penting sentiasa memberi perhatian dan kecaknaan sama ada dari segi nafkah atau kasih saya melalui ziarah serta hadiah termasuk nafkah.
“Bahkan dengan cara ini, perasaan kasih sayang dan saling hormat menghormati akan jadi lebih tinggi berbanding tinggal sebumbung dengan keluarga,” ujarnya.
Sambung Zulkifli lagi, seseorang suami juga perlu tahu hak isteri sesuai dengan statusnya agar peranan masing-masing dapat dilaksanakan dengan baik dan jelas selain melayani isteri dengan sebaik mungkin.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik – (Surah al-Nisa: 19).
Syeikh a-Maraghi berkata: Para suami diwajibkan bergaul dengan isteri-isterinya secara baik. Oleh itu, bergaullah dengan mereka secara yang dapat menyenangkan tabiat mereka. Tetapi tidak pula bertentangan dengan syariat dan adat. Janganlah kamu bersikap bakhil dalam menafkahi mereka dan jangan pula kamu sakiti mereka dengan ucapan dan perbuatan atau kamu menghadapi mereka dengan wajah muram dan kening berkerut.
.
Seseorang isteri juga perlulah patuh dan berkhidmat kepada suami dengan sebaik mungkin kerana sifat isteri solehah dan pelaksanaan ibadat kepada Allah akan menatijahkan syurga buat isteri.
Hadis daripada Abdul Rahman bin ‘Auf, Nabi SAW bersabda yang maksudnya: Jika seorang wanita solat lima waktu, puasa Ramadan, menjaga kemaluannya dan mentaati suaminya maka dikatakan kepadanya: “Masuklah syurga dari mana-mana pintu yang kamu mahu.” Riwayat Ahmad (1661), al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat (4598) dan Ibn Hibban (4237).
.
Malah komunikasi dan perbincangan antara suami-isteri dalam membuat sebarang keputusan kata Zulkifli akan memberi ketenangan dan rasa puas hati dari kedua-dua belah pihak sekiranya terdapat sebarang masalah.
Rupanya Kalau Kita Suka Sedekah Pada Adik Beradik, Hidup Lebih Kaya Raya

Kita selalu sangat rasa sempit rezeki. Duit cepat habis, hidup tak keruan dan macam-macam lagi. Ada sesetengah orang pula susah sangat nak keluar duit untuk bersedekah, apalagi untuk ahli keluarga sendiri.
Baik yang sudah berkahwin atau masih solo, sentiasalah beringat bahawa setiap kali kita hulur duit pada keluarga, makin mencurah-curah rezeki Allah beri pada kita. Lebih-lebih lagi untuk mak dan ayah.
Sebenarnya bila adik beradik bergaduh menunjukkan telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu..sebab tu penting jaga hubungan dengan adik beradik.. Kalau kita tengok ada yg adik beradik kita susah sikit..dan Allah bagi kita rezeki lebih.. Bantulah adik beradik kita..sebaik baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yg terdekat..kata nabi saw..
Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di bangi saya x nak tag nama dia.. Nama dia haris… Baru umur 40 lebih.. Tapi kaya raya.. Rumah besar nak mati.. Suka bantu orang.. Banyak bg pendapat dan bantu saya.. Dia kata “Khalil.. Saya dulu agak berkira dengan adik beradik. Walaupun saya kaya..
Tapi bila dah kenal agama sikit2 ni.. Hidup saya berubah banyak.. Saya banyak bantu adik beradik.. Rupa rupanya Allah bagi lagi banyak pada saya bila saya start tak berkira dnegan adik beradik saya.. So khalil kalau ada adik beradik susah bantulah mereka.. Tengok lah Allah bagi rezeki kat u melimpah ruah..”
Terus teringat seorang ustaz kata “salah satu punca hidup kita sempit.. Susah.. Sebab putus hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga..” YaAllah.. Takutnya..
Sedih lihat.. Ada adik beradik yg tak bertegur sapa bertaun taun.. Sebenarnya kalau kita pergi minta maaf ngan adik beradik kita walaupun kita tak salah.. Allah akan tinggikan darjat kita.. Tak hina pun orang yg meminta maaf..
Ustaz saya kata “Kita cepat maafkan orang kat dunia ni Allah mudah maafkan kita di akhirat nanti.. ”
YaAllah.. Jadikanlah kami adik beradik yg akan bersama dalam syurga nanti.. YaAlllah.. Rapatkanlah kami hubungan kami adik beradik.. Rahmatilah kami adik beradik.. YaAllah ampunilah dosa adik beradik kami.. Kalau mereka ada buat salah pada kami..Amiiin
Kredit : Muhamad Rizuan
Semoga bermanfaat untuk semua!