Hubungan

Usap Ubun-Ubun Suami Ketika Dia Tidur, Ada DOA Patut Isteri Baca.

Share

Dapat masa untuk berkasih-kasihan dengan suami, gunalah sebaiknya. Walaupun suami tak romatik, isteri tak mesra tetapi gunakanlah kesempatan yang ada untuk saling berkasih-sayang. Doa untuk suami yang paling penting.

 

Bila agaknya kali terakhir isteri bermanja dengan suami? Balik kerja dah lewat petang, buat persiapan untuk makan malam, mandikan anak-anak dan macam-macam lagi tugasan si isteri.

 

Suami pula ada tugasnya sendiri. Masa itulah nak buang sampah, kemas rumah mana yang patut dan bermain-main dengan anak. Nak cium isteri pun susah. Tapi bila ada masa, cuba isteri buat ini pada suami ketika dia sedang tidur.

 

Usap kepala suami dengan penuh kasih sayang dan kelembutan. Bacakan doa ini…

 

“Ya Allah Ya Tuhanku,

Lembutkan hatinya, Murahkanlah rezekinya,

Berikanlah dia kesihatan yang baik,

Permudahkanlah segala kesulitannya.

 

Ya Allah,

Jadikanlah suamiku iman yang terbaik buatku dan anak-anak,

Suami yang soleh dan pemimpin terbaik buatku dan anak-anak.

 

Tiupkan pada ubun-ubun suami…

IKLAN