Baik lelaki mahupun wanita, bila tiba waktunya mereka akan terdetik dalam hati dan fikiran untuk meluahkan perasaan. Buat pasangan suami isteri, luahan perasaan akan jadi berbahaya apabila disampaikan pada ‘orang luar’. Tiga perkara yang dikatakan Ustaz Elyas Ismail ini tidak boleh diluahkan kepada sesiapa.

 

Dalam hidup berumahtangga, tentulah ada pasang surutnya. Tidak semestinya gambar-gambar yang di kongsikan di media sosial menunjukkan pasangan suami isteri itu sentiasa bahagia dan tidak ada perbalahan langsung. Pelik juga bila tiada perselisihan faham kan.

 

Jadi, cara terbaik untuk menangai stres adalah dengan meluahkan perasaan. Tapi, pilihlah orang yang betul. Jangan sesekali meluahkan perasaan kepada individu yang berlainan jantina lebih-lebih lagi yang sudah berkahwin. Ustaz Elyas Ismail berpesan, tiga perkara ini jangan sesekali diluahkan kepada sesiap.

 

Tiga perkara itu adalah:

 

IKLAN

Baca juga artikel Jadi Isteri Senang, Asalkan Tahu 5 Cara Nak Bahagiakan Suami. – Pesona Pengantin

 

  1. Rasa sayang pada isteri
  • Janganlah luahkan rasa sayang yang teramat sangat pada orang lain. Cukuplah kasih sayang itu di antara anda dan suami. Kita sayangkan isteri kita sudahlah. Tak perlu fikirkan andai kita tidak di dunia, siapa yang akan menjaga isteri.

 

2. Jangan luahkan kebencian terhadap pasangan kepada orang lain

IKLAN
  • Tak perlu beritahu orang lain yang kita membenci pasangan. Bahayanya. Bayangkan jika perasaan itu disampaikan pada isteri. Hancur luluh hati isteri nanti.

 

3. Jangan luahkan keaiban isteri pada orang lain.

  • Jangan sesekali ceritakan keaiban isteri kepada orang lain! Mungkin isteri kita ada kekurangan, tak perlulah disampaikan pada orang lain kerana ia akan merosakkan diri isteri dan maruah keluarga.

 

Suami mana yang tidak sayangkan isteri dan sebaliknya. Sudah menjadi resam dalam kehidupan berumahtangga ni ada pasang surutnya. Sebagai suami, anda perlulah pandai mengharmonikan keluarga. Yang penting, tiga perkara ini jangan sesekali dilakukan terhadap isteri.

IKLAN

 

Baca artikel Biarlah Isteri REDHA Kongsi Tanggungjawab Urus Rumah BERSAMA, Walau Hakikatnya Suami Itu KETUA. – Pesona Pengantin

 

Kredit foto: TANGKAP PICTURES & Instagram Ustaz Elyas Ismail

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI