
Bagi sesetengah wanita tak lengkap busana perkahwinan mereka tanpa memakai veil. Veil adalah salah satu penambah kecantikkan yang boleh anda hias pada hari bahagia anda.
Ia akan nampak cantik apabila anda sudah memakainya. Anggun sekali bak puteri. Jika anda masih tercari-cari atau mengilham jenis veil kegemaran anda, bolehlah lihat disini!
View this post on Instagram
A post shared by CROWN NIKAH & VEIL PENGANTIN (@crownpengantin.murah) on
View this post on Instagram
A post shared by VEIL PENGANTIN SIMPLE MURAH (@veil_pengantin_simple) on
Aura Lebih Baru, Songket Kembali Menjadi Pilihan Yang Sememangnya Meletop Habis!

Cantiknya seorang pengantin itu bukan hanya pada wajah malah, pada pakaian nya juga. Bagi pengantin perempuan bayangkan jika anda menyarung gaun kesukaan anda yang sudah lama anda idamkan. Akhirnya tercapai pada hari bahagia anda. Indah sekali.
Dengan peredaran masa kini maka banyak juga lah yang kita dapat lihat antara corak dan gaun pengantin. Pelbagai-bagai jenis fabrik yang mereka gunakan. Namun, ada juga yang tetap memilih songket sebagai tema majlis perkahwinan mereka. Sebenarnya cantik sangat songket ini dipadankan masa kahwin. Korang boleh dapat ilham di sini!
View this post on Instagram
A post shared by Custommade Veil.Dress.Beading (@birubi_veil.baju_kahwin) on
Pengantin Lelaki Pun Boleh Nampak Sasa Dengan Pilihan Suit Kahwin Ini

Asyik tengok baju kahwin pengantin perempuan je, kadang kita nak juga tengok apa yang menarik untuk bakal pengantin lelaki pakai ketika hari persandingan nanti. Majoriti masih memilih songket, tapi buat anda yang ingin kelihatan seperti seorang prince charming, mungkin seleksi suit ini sangat sesuai untuk anda merealisasikan imaginasi fairytale pasangan anda.
Sila pilih suit mana yang korang rasa akan gayakan nanti?
Koleksi suit ini boleh disewa di SELL/RENT WEEDING BALLGOWN / VEIL SAFI SARI ENTERPRISE (PG0433695-T) ~ Boutique : SETIA ALAM, SHAH ALAM SELANGOR �DEPOSIT NOT REFUNDABLE
Buntu Nak Pilih Warna Baju Kahwin? Jangan Pening, Ni Ada 7 Pilihan Warna Sensasi Yang Boleh Anda Pilih

Pilihan warna buat baju kahwin memainkan peranan penting bagi menonjolkan penampilan pengantin di hari paling bahagia. Warna baju yang sempurna mampu membuatkan aura jelita pengantin lebih menyerlah dan menawan.
Jom kita lihat seleksi palet warna yang boleh dijadikan inspirasi untuk disarungkan oleh pengantin di hari perkahwinan. Warna sensasi ini bakal menjadikan penampilan anda bagaikan bidadari dari kayangan!
1. LILAC GREY
Warna ini termasuk dalam warna klasik dan tradisional, namun masih memiliki rasa edgy di dalamnya kerana ia menggabungkan antara warna terang, lilac dan kelabu. Eksklusiviti warna ini mampu membangkitkan mood mewah dan classy buat pengantin.
2. ICED COFFEE
Warna transisi yang neutral ini memiliki kesan sederhana, lembut dan halus. Terlihat lebih eksentrik dengan suntikan warna ini buat si pemakai. Sesuai buat mereka yang inginkan sesuatu kelainan di majlis perkahwinan.
3. PEACH ECHO
Peach echo adalah warna oren dengan suntikan merah muda yang memberikan kesan lebih harmoni dan hangat. Warna yang masih dalam kelompok warna oren ini menampilkan nuansa yang ceria.
4. GREEN FLASH
Warna ini memiliki sifat unik dan cukup menyerlah. Lebih memberi kesan neutral dengan warna alam yang nyata. Bakal membuatkan pengantin lebih menyerlah dengan kuasa warna menyengat ini.
5. SNORKEL BLUE
Tampak anggun dan memukau! Warna ini memberikan kesan yang tenang dan relaks. Ia seakan-akan warna navy blue tetapi lebih energetik. Warna ini juga memberi ilusi yang lebih langsing buat pengantin.
6. ROSE QUARTZ
Warna rose quartz ternyata memberi kesan yang lebih romantis. Warna pastelnya membiaskan aura jelita yang tiada tara selain menghasilkan gaya pengantin yang anggun dan feminin. Warna ini juga bakal memberi kesan yang elegan dan eksklusif.
7. LIMPET SHELL
Warna yang terkesan bersih, segar dan moden ini sesuai buat pengantin yang menggemari warna pastel. Sesuai digayakan di majlis akad nikah mahupun persandingan, warna lembut ini bakal menyerlahkan penampilan pengantin.