Viral Hantaran Berlampu, Memang Meletup Sangat

Share

Adat orang Melayu biasanya akan bertukar hantaran sesama pihak perempuan dan lelaki (simbolik sebagai pemberian hadiah istimewa buat pasangan yang akan dikahwini) yang kemudiannya dihias indah dalam dulang istimewa. Hantaran juga boleh dihantar ketika majlis bertunang atau semasa majlis akad nikah akan tetapi ada juga pasangan yang memilih untuk bertukar hantaran pada kedua-dua majlis.

Kali ini untuk membuatkan hantaran anda nampak lain dari lain, apa kata anda berikan suatu yang berbeza. Dengan meletakkan sedikit pencahayaan lampu di dalam hantaran anda, mungkin nampak janggal, tetapi disebabkan semakin ramai yang ingin dilihat berbeza, apa kata anda mulakan dahulu dengan hantaran sebegini.

 

 

Unik kan, tapi kalau anda berminat anda boleh reka sendiri. Bukan susah pun, dah siap-siap deko tu tambah je lampu dekat bahagian dalam.

 

Kredit gambar : Facebook Hantaran By Hani-Shah Alam

IKLAN