Taklah semua pasangan akan bertemu dengan jodoh yang wajahnya serupa dan seiras. Tetapi cuba anda lihat di sekeliling anda. Ramai juga pasangan yang berjaya ‘menemui’ jodoh yang mirip sekali.

 

Rupa-rupadanya, dalam Sains pun ada bercakap mengenai pasangan wajah seiras. Ada beberapa fakta menarik mengenai pasangan kelihatan seiras dikongsikan Dr Ahmad Rostam Md Zain, seorang Pakar Psikiatri di laman Twitternya. Jom baca ni:

 

*********************************************************************

 

IKLAN

FAKTA MENARIK MENGAPA PASANGAN KELIHATAN SEIRAS

Sudah tentu kita kerap kali terjumpa pasangan yang sudah kahwin kelihatan seiras dan  hampir serupa. Kalau tak kenal, mungkin ada yang akan kata mereka kembar atau bersaudara sedangkan mereka sebenarnya tak. Sains ada jawapannya.

 

IKLAN
  1. Kajian yg dikeluarkan pada 2011 mendapati bahawa kita cenderung untuk memilih pasangan yang ada iras muka kita atau seiras dengan ibu ayah kita sendiri.

 

  1. Teori ‘assortative mating’ pula menyimpulkan kita cenderung memilih orang yang mempunyai ciri fizikal dan strata sosial yang setara.

 

  1. Pasangan juga cenderung untuk mempunyai tabiat, bahasa badan dan gaya yang sama yang menunjukkan ikatan emosi yang selesa dan saling percaya.

 

IKLAN
  1. Sistem imun badan juga akan mula menjadi hampir sama setelah lama bersama jadi tak hairanlah jika seorang sakit dan yang seorang lagi bakal menjadi tak sihat.

 

  1. Pengalaman hidup menyebabkan mereka melalui turun naik emosi dan cabaran yang sama. Kedutan di muka juga boleh berlaku di tempat yang sama.

 

  1. Kajian Robert Zanjonc menunjukkan, lebih tinggi tahap kegembiraan dan kebahagian yang dialami oleh seseorang pasangan, lebih iras mereka akan kelihatan.

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI