Aduh, pening kepala bila mak mentua nak ambil tahu berapa banyak duit nafkah yang anaknya beri pada isteri. Bukan apa, kalau jujur sangat takut mak mentua sentap. Kalau menipu, berdosa pula. Bab duit ni, adik-beradik pun boleh bergaduh.

 

Ada persoalan tentang wang nafkah yang para suami dan isteri perlu ambil tahu. Elok juga disampaikan kepada mentua yang bertanya…

 

SOALAN:

Saya nak tanya wajarkah seorang ibu bertanya berapakah nafkah zahir yang diberikan suami kepada saya. Dan sepanjang tempoh perkahwinan saya dgn suami,suami tak pernah memberi nafkah zahir kepada saya.

 

Kami pernah berbincang mengenai hal ini,tp disebabkan saya berkerja dan mempunyai wang sendiri kadang-kadang saya tak kisah suami nak bagi ke tidak kerana saya tau kemampuan kewangannya.Tetapi kalau kami keluar/bercuti,suami yang akan keluarkan belanja untuk segala-galanya. Adakah itu boleh dikira sebagai nafkah zahir?

IKLAN

Mak-Mak Tak Perlu Tahu Berapa Nafkah Menantu. Banyak Atau Sikit, Itu Hal Mereka…

Jawapan

Sebenarnya seorang ibu tiada hak untuk mengetahui berapa nafkah yang diberikan suami kepada isterinya kecuali bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang mungkin timbul. Isu nafkah sebenarnya mudah dan ia bergantung kepada kemampuan suami selagimana tidak terabai keperluan asas bagi seorang isteri.

 

IKLAN

Cuba renungi dan ambil faham mafhum hadis Rasulullah SAW ini:Daripada Rasulullah SAW bahawasanya baginda telah ditanya; Apakah hak seorang isteri ke atas suaminya? Rasulullah SAW menjawab:

 

“Memberi makan bilamana kamu makan, memberi pakaian bilamana kamu berpakaian dan tidak memukul muka, tidak menghina dan tidak meninggalkannya melainkan di rumah yang menjadi tempat kediaman.” (Riwayat Ibn Majah)

Mak-Mak Tak Perlu Tahu Berapa Nafkah Menantu. Banyak Atau Sikit, Itu Hal Mereka…

Daripada hadis ini bolehlah kita fahami bahawa nafkah yang sebenarnya ialah apabila makan dan pakai yang merupakan keperluan asas kehidupan termasuk kediaman (sama ada disewa atau dibeli mengikut kemampuan) telah disediakan oleh suami dengan teratur maka itu telah dikira menunaikan hak tanggungjawab kepada isterinya. Berapa nilainya tidaklah penting, tetapi memadai mengikut kemampuan pendapatan suami.

IKLAN

 

Oleh itu bagi menunaikan hak nafkah ini, suami sebolehnya membeli keperluan rumah yang asasi dan jika sekiranya inginkan sedikit kemewahan bolehlah dibantu oleh isteri.

 

Namun jika si isteri redha dan memahami situasi suami malah dia membantu dari segi kewangan dan tenaga untuk memberi kesenangan hidup berkeluarga yang dikongsi bersama, perkara itu adalah suatu kebaikan untuk dirinya (si isteri). Segala bantuannya itu akan dikira sedekah oleh Allah SWT.

 

Sumber : https://mohamadzakihalim.com

Kredit foto: Instagram Kiah Propa Sebenar

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI