Ramai yang mendambakan berat badan ideal. Dengan memiliki berat badan ideal, seseorang akan lebih percaya diri. Bagi anda yang menurunkan berat badan, anda boleh memanfaatkan air. Ternyata air boleh membantu mengawal nafsu makan dan meningkatkan metabolisme hingga membantu mengeluarkan kandungan air yang ada di dalam tubuh.
Selama ini, pengambilan air yang dianjurkan ialah sebanyak 8 hingga 10 gelas setiap hari. Dengan diet air putih, anda boleh melakukan diet dengan cara yang mudah. Tidak perlu susah-susah melakukan fitness atau menahan diri daripada makan. Dengan minum air putih sebanyak 3 liter setiap hari, anda boleh meningkatkan metabolisme di dalam tubuh.
Pembakaran kalori di dalam tubuh ketika senaman juga akan lebih maksimum. Supaya diet air putih terasa tidak membosankan, anda boleh menambahkan dengan beberapa bahan lain seperti madu, teh dan lain-lain. Tujuannya supaya air yang diminum tidak terasa hambar.
Sebelum menjalankan diet air putih, sebaiknya perhatikan beberapa cara berikut ini.
Ads
1. Kurangkan minum minuman manis
Minuman manis mengandungi banyak bahan yang tidak baik bagi kesihatan, seperti pengawet dan pemanis buatan. Tentu saja kandungan seperti ini boleh membuat anda obesiti atau bahkan mudah diserang penyakit diabetes. Anda perlu memperbanyak minum air putih yang memiliki banyak khasiat.
2. Minum air putih lebih daripada 4 liter
Ketika anda berada dalam proses diet, maka sebaiknya anda minum air putih sekitar 4 liter sehari. Banyaknya air putih tentu akan membuat proses diet menjadi lebih cepat. Air putih boleh membantu melarutkan racun dan lemak yang telah ada di dalam tubuh melalui air kencing ketika dikeluarkan.
Ads
3. Minum air putih sebelum makan
Langkah yang satu ini dikatakan cukup berkesan. Anda boleh minum air putih sebelum makan, minimum satu gelas saja. Dengan minum air putih sebelum makan, rasa lapar tidak dirasai. Anda boleh merasa lebih kenyang, sehingga akan mengambil sedikit makanan nantinya. Tentu saja hal ini akan mempengaruhi terhadap kalori yang diserap tubuh. Jumlah kalori yang diserap akan lebih sedikit.
4. Minum air putih ketika bangun tidur di pagi hari
Cara lain yang boleh anda lakukan ialah dengan minum air putih setelah bangun tidur pada pagi hari. Minum dua gelas air putih pada pagi hari kerana makan malam yang dimakan semalam sudah dicerna, sehingga perut pun berada dalam keadaan kosong. Selain makanan sudah dicerna, tubuh pun kekurangan cairan. Sehingga dua gelas air putih tersebut boleh membuat anda merasa lebih kenyang. Tak hanya boleh menurunkan berat badan saja, namun juga dapat membuat kulit menjadi lebih segar dan cerah. Kemudian ginjal juga lebih sihat, membersihkan usus, dan melancarkan pembuangan air besar. Minum air putih di pagi hari, anda boleh terhindar dari penyakit sembelit.
5. Meredakan rasa lapar dengan air putih
Sudah banyak dijelaskan di atas bahawa minum air putih dalam jumlah banyak boleh meredakan rasa lapar, sehingga akan berpengaruh terhadap berat bedan. Jadi, ketika anda merasa lapar dan ingin mengunyah, sebaiknya minum air putih sebanyak 2 hingga 3 gelas air putih saja agar terasa lebih kenyang.
Ads
6. Melakukan detoks air
Detox air merupakan salah satu terapi air yang memberi manfaat untuk menurunkan berat badan secara cepat. Ketika ini ada banyak jenis terapi air yang dapat anda cuba untuk membantu menurunkan berat badan. Selain itu, detox air juga berguna membuat anda tetap sihat dan segar. Lakukan detox air yang sesuai dengan keadaan tubuh anda.
7. Kombinasikan salad dengan air
Anda boleh mengkombinasikan salad dengan air putih. Salad yang memiliki banyak manfaat serta dapat menyihatkan pencernaan ini boleh digabungkan dengan air putih yang mampu meningkatkan metabolisme di dalam tubuh. Kombinasi keduanya memang diyakini boleh menurunkan berat badan dengan cara yang sihat dan tepat.
8. Minum air panas secara rutin
Anda boleh minum air putih panas untuk menurunkan berat badan. Cara ini boleh dilakukan secara rutin pada pagi hari juga. Namun kali ini anda boleh menambahkan air panas dengan buah-buahan supaya rasanya tidak hambar. Atau anda boleh menyesuaikan dengan selera.
9. Mengambil makanan yang mengandungi banyak air
Pada ketika sedang makan, anda boleh mencari makanan yang mengandungi air dalam jumlah tinggi. Jenis makanan yang boleh anda pilih ialah sayur dan buah-buahan, seperti strawberi, tembikai, tomato, zukini, nanas, brokoli dan banyak lagi. Namun jika anda ingin makan daging, kamu bisa mencuba daging rendah lemak seperti ayam Jangan makan daging merah.
10. Mengurangkan garam
Sebaiknya kurangi garam yang anda makan agar dapat membantu mengurangi kandungan air di dalam tubuh secara cepat. Anda perlu memerhatikan kandungan natrium yang ada pada label makanan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengapa situasi pertengkaran dikatakan perlakuan yang merapatkan hubungan hidup pasangan? Selidiki tahap hubungan anda. Bila kali terakhir anda bergaduh atau berselisih pendapat? Tidak pernah? Erm…ada sesuatu yang pelik terjadi di sini. Jika anda tidak pernah bergaduh atau bertengkar selepas berkahwin bertahun lamanya, ini bermakna hubungan itu ada yang tidak kena.
Mengapa terjadi?
Ia adalah luahan hati anda atau pasangan mengenai pendapat, keinginan dan pencarian kata putus dalam sesuatu perkara.
Perkahwinan adalah sesuatu perjalanan dan ia tidak mudah. Setiap hari adalah perkara baru, maka persefahaman perlu sentiasa dicari.
Pertengkaran Positif
Pertengkaran/perselisihan pendapat yang tidak melibatkan pergaduhan luar biasa seperti terjerit-jerit terhadap pasangan, baling barang atau melakukan kekasaran fizikal.
Perselisihan yang tidak melihatkan siapa menang dan siapa perlu patuh. Sebaliknya pergaduhan ini terjadi secara spontan dan akhirnya keputusan yang terbaik berjaya dicapai.
Pergaduhan yang tidak berlanjutan lebih 10 minit.
Adakah anda pernah mengingati semula detik pertengkaran antara anda dan pasangan? Bukankah ia mampu membuatkan anda tersenyum sendiri apabila terkenang saat itu? Lucu bukan, bergaduh dan bermasam muka hanya kerana memilih warna terbaik untuk kereta baru.
Komunikasi dua hala
‘ Yahya sudah berkahwin selama lima tahun. Sudah mempunyai seorang anak dan perkahwinannya dirasakan bahagia dan berjalan baik bersama Farhana kerana mereka tidak pernah bertengkar.
Entah mengapa suatu hari, Farhana memfailkan penceraian. Yahya tersentak seakan tidak percaya dengan tindakan isterinya. Disangka Farhana bahagia hidup bersamanya kerana Farhana tidak pernah bersungut dan menerima segala percaturan yang dilakukannya dalam rumah tangga mereka.
Setelah disiasat, Farhana menjelaskan dia tidak tahan dengan kehidupan tersebut. Malah Farhana rasa terkongkong dan perasaannya bagaikan tidak pernah dipedulikan. Yahya tidak pernah bertanya tentang apa kemahuannya walhal Yahya sedar bahawa Farhana ‘berat mulut’.
Daripada kes benar ini, dapat disimpulkan bahawa hidup berpasangan memerlukan komunikasi. Secara terus yakni baik atau secara pertengkaran kecil. Ini kerana ia medium untuk melontarkan pendapat dan hak masing-masing.
Semakin anda bertengkar maka semakin dalam anda mengenali pasangan. Anda tidak boleh hanya memikirkan apa anda rasa dan mahu, sebaliknya fikir juga perasaan dan kemahuan pasangan anda.
Tipu, jika hidup berpasangan tidak pernah bergaduh. Anda selidik apa yang tidak kena jika anda tidak pernah bergaduh dengan pasangan. Si dia mungkin telah memendam perasaan dan akan meledak bila-bila masa sahaja.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum melangkah ke alam berkongsi hidup, bersedialah dengan fasa perkahwinan tertentu yang anda lalui bersama.
Bak kata orang alam, masuk 5-6 tahun itu adalah fasa mula mengenali hal tersembunyi selama ini. Jadi kalau berjaya lalui dengan tenang dan sabar, anda selamat.
Fasa Perkahwinan Yang Akan Dilalui Pasangan
Setiap pasangan yang berkahwin akan melalui fasa perkahwinan yang kita sendiri tidak jangka. Namun, jangan ambil keputusan untuk berpisah apabila diuji.
Ini hanyalah dugaan dan ujian kecil untuk pasangan mempertahankan perkahwinan yang dibina. Jangan terkejut, fasa perkahwinan yang kita lalui ini akan mematangkan diri kita.
Binalah kebahagiaan untuk terus kekal dengan orang tersayang. Inilah antara fasa perkahwinan yang boleh dijadikan panduan untuk setiap pasangan.
Lalui Dugaan Berbeza
Setiap orang memiliki ujian yang berbeza dengan orang lain, ini adalah antara fasa -fasa dalam perkahwinan yang mungkin berbeza dugaannya.
Fasa 1 – 5 tahun pertama perkahwinan
Tempoh ni, waktu nak kenal betul-betul dengan pasangan kita. Walaupun dah bercinta bertahun pun tapi bila hidup sebumbung, sebantal dan sekatil, masa tu lah baru kenal buruk baik pasangan. Tiada lagi istilah kentut bau wangi masa ni. Masa ni juga nak belajar serba serbi. Hidup ada anak, bahagikan masa, mula kehidupan sendiri dan sebagainya. Memang mencabar untuk fasa ini. Tapi yang penting, sabar dan terus sabar. Letakkan Allah sebagai penolong sebaiknya.
Fasa 2 – Usia perkahwinan 5- 10 tahun
Pada fasa ini suami isteri sudah memahami sikap pasangan masing-masing. Sudah maklum apa yang boleh jadi punca konflik dan cara mengelakkannya.
Ramai yang sudah malas merajuk pada fasa ini. Dengan anak-anak semakin membesar, rumah tangga pada masa ini juga semakin stabil.
Fasa 3 – Usia perkahwinan 10- 15 tahun
Walau sudah stabil dan rumah tangga bahagia tapi suami isteri yang dalam fasa ini perlu hati-hati. Memasuki 40-an ada yang mula mengalami krisis pertengahan usia.
Ada yang mula rasa bosan dan mengenali pada orang lain. Mungkin juga berlaku kerana suami isteri lebih beri perhatian pada anak-anak yang meningkat remaja atau pun kerjaya.
Fasa 4: Usia perkahwinan 15-20 tahun
Jika sudah memasuki fasa ini bermakna anda mungkin boleh berasa selesa. Kadar perceraian pun kurang pada usia perkahwinan ini tapi manusia hanya merancang Tuhan juga yang menentukan.
Ada juga konflik dan krisis berlaku pada usia perkahwinan ini tapi jarang. Apa yang pasti jika anda sudah sampai ke tahap ini maka bersyukurlah dan jagalah kerukunan rumah tangga.
Setiap fasa perkahwinan ada cabaran yang tersendiri. Kekuatan iman, ilmu dan amal jadi benteng segalanya.. Sentiasa tawakal, usaha dan doa agar rumahtangga kekal bahagia. Yang penting.
Matlamat utama masa mula kahwin itu yang penting. Insya-Allah, jika niat betul Allah akan bantu untuk pelihara kerukunan rumah tangga. Setiap orang memiliki ujian yang berbeza dengan orang lain. Jadi belajar reda dan sabar untuk terus bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bak kata orang-orang dulu, ‘bila sedang bercinta, ibarat dunia kita yang punya’. Inilah masalah yang dihadapi oleh mereka yang menganggap dunia ini hanya milik berdua, terutama sekali apabila sedang asyik berpacaran mahupun bertunang sehingga tidak menyedari ada mata-mata yang memandang kelakuan anda berdua yang cukup menjelikkan.
Jangan jadi mangsa kecaman orang-orang sekeliling! Hal ini sering kali dipandang remeh terutama sekali bagi golongan muda yang sedang mabuk cinta juga mereka yang dalam proses bertunang. (Nak tunjuk dekat siapa bahagia tu?) Mungkin perilaku anda tidak menganggu ketenteraman orang di sekitar, namun ia cukup membuatkan orang ramai menyampah melihat gelagat anda berdua.
1) Berjalan terlalu perlahan di kawasan hot spot
Dipercayai masalah ini sering dihadapi oleh kita, terutama sekali apabila kita sedang dalam keadaan terburu-buru ingin menyelesaikan sesuatu hal. Namun, langkah kita diperlahankan gara-gara ‘terperangkap’ di belakang pasangan yang berjalan longlai dan gemalai, terutama sekali di kawasan yang padat dan sesak dengan orang ramai. Cukup menyusahkan! Oleh itu, elakkan dari bertindak sebegitu apabila sedang berjalan berdua dengan kekasih hati.
2) Memakai Pakaian Serupa (Matching Couples)
Ini mungkin dianggap remeh, tetapi yang pasti bukan semua dapat menerima tindakan ini. Dengan memakai baju T-shirt dengan corak yang sama, ditambah pula dengan pelbagai reka letak dan ayat-ayat yang menyatakan anda berdua adalah pasangan, ini mungkin dianggap keterlaluan. Mungkin anda mengikut trend fesyen terkini, namun anda dilihat seolah-olah cuba untuk memberitahu kepada awam bahawa anda berdua adalah ‘couple’. Hentikan! Anda bukanlah sesiapa.
3) Mesra tahap maksima!
Ini wajar untuk anda elakkan. Haruslah anda ingat, anda berdua kini berada di kawasan awam yang dipenuhi dengan orang ramai. Pastinya gelagat anda dapat diintai dan dikecam. Elakkan bermesra secara berlebihan seperti bercium-ciuman, tangan dimasukkan di kocek belakang pasangan, meraba-raba ketika duduk di bangku mahupun menyuapkan makanan ke mulut dengan gaya cukup menghairahkan.Hormatilah orang sekeliling anda!.
4) Anda tidak perlu terlalu ‘gentleman’
Sememangnya wajar untuk anda tunjukkan sisi gentleman kepada si dia, tetapi janganlah berlebihan. Ingat, anda adalah lelaki bukannya hamba kepada si dia. Sering kali kita lihat ada sahaja pasangan iaitu si lelaki diibarat terpaksa menurut perintah dengan memegang hand bag pasangan kemana sahaja. Lebih memeritkan, ada yang sanggup memegang pelbagai barang-barang yang lain semata-mata nak mengambil hati. Si dia mungkin terpaut hati, tetapi anda yang merana bukan?
5) Panggilan manja kurang menyenangkan
Ini juga sering kali terjadi. Mungkin anda dan pasangan tidak menyedari atau menganggap sesuatu ‘gelaran’ dapat menambahkan jalinan kemesraan. Sebenarnya tidak bagi orang awam yang mendengarnya. Cukuplah dengan gelaran ‘sayang’. Elakkanlah dari menggunakan gelaran-gelaran seperti ‘boo’, ‘papa dan mama’ (bagi yang belum berkahwin) ataupun lain-lain. Sekiranya anda mempunyai gelaran manja yang tersendiri, seeloknya ia dijadikan rahsia perhubungan anda. Pasti manis bukan?
6) Gaduh mengalahkan pasangan bercerai
Ini pula berlaku terutama sekali bagi pasangan yang bergaduh ketika sedang berpacaran. Kawal suara dan emosi. Anda kini berada di tempat awam. Janganlah pula anda dan pasangan bergaduh, melenting tak tentu pasal, mengomel, merungut dan saling menyalahkan ibarat pasangan kahwin yang ingin bercerai. Beretika dan jagalah tingkah laku dan adab anda apabila menghadapi situasi sebegini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!