Kesibukan mengurus rumah tangga menyebabkan ramai wanita mengabaikan kesihatan mereka. Keadaan ini tidak sihat sehinggakan mereka berhadapan situasi tekanan yang kritikal hingga boleh menjejaskan tumpuan kepada keluarga dan anak-anak.
Wanita perlu bersedia menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan harian dan belajar menangani secara rasional untuk kehidupan lebih harmoni. Kehidupan sebagai seorang wanita amat mencabar terutama bagi mereka yang bekerja.
Melalui perkongsian dilaman Facebook, Ustazah Nazirah Abu Bakar berkongsi tentang isu mengapa wanita selalu mengalami tekanan. Moga menjadi pedoman dan panduan buat semua golongan wanita.
Penat bersendirian, penat bertahan, penat berjuang, Makanya sampai satu ketika ia meletup dan jika tak diuruskan dengan baik maka penat tadi boleh menjadi laluan masuk paling ampuh untuk syaitan menghancurkan sesebuah rumah tangga.
Ads
OVERTHINKING
Dirinya belum mati, tapi dia sudah sibuk bertanya pada suami, kalau saya mati abang kahwin lagi tak? Kalau suaminya jawab kahwin, murung dia seharian tertekan. Sampai hati.. walhal soalan itu dia yang ajukan sendiri. Yang lebih dahsyat, sudah mula berfikir, kalau saya mati, saya akan jadi hantu bertenggek di rumah abang supaya abang tak kahwin lagi. MasyaAllah dalam kubur tak sempat agaknya nak fikir suami, hanya yang melintas itu apa amalku atau dosaku yang akan meluas dan melapangkan kubur. Ya Allah kita tak perasan kan.
Wahai para wanita, kita bukanlah superwoman. Mana yang mampu kita buat dan belajarlah jeda seketika saat kita rasa tak mampu nak teruskannya. Its ok to be not ok. Jangan malu meminta pertolongan. Hatta walau kita orang agama, jangan berhenti untuk menguruskan tekanan kita.
Ads
Jangan sibuk pedulikan kata orang kerana orang tak tahu apa yang kita rasa. Hanya kita dan Allah yang benar-benar mengerti begini rasanya menjadi hamba yang sedang berjuang untuk masuk ke syurga Allah Taala.
Harapkan manusia, sampai masa mereka tak boleh beri apa yang kita inginkan, hati kita akan menjadi kecewa, tetapi berharap dengan Allah, Allah itu sentiasa ada dan tak pernah menzalimi hamba-Nya. Kahwin ujian, tak kahwin ujian, ada anak ujian, tak ada anak ujian, pendek kata semuanya ujian belaka yang Allah beri sebagai asbab nak tinggikan darjat kita.
Semoga Allah bahagiakan jiwa wanita-wanita yang lalu di status ini amin..
Rumah yang bersih, segar dan diserikan dengan haruman mampu menambah keselesaan buat penghuni kediaman. Sekurang-kurangnya bau-bauan dari bahagian dapur atau bilik air dapat dihindari dengan haruman segar.
Persekitaran yang segar juga mampu memberikan kesan positif kepada mood seseorang. Bau yang harum turut dikatakan boleh menghidupkan suasana ceria di samping memberikan ketenangan sepanjang masa.
Penyegar kediaman boleh membuatkan seseorang lebih tenang di samping meningkatkan daya tumpuan. Kewujudan penyegar udara cukup penting untuk membuatkan kita berasa selesa.
Ruangan yang berbau harum akan mencipta kesan yang menyenangkan dan membuatkan kita berasa selesa berada di dalam rumah.
Melalui perkongsian Wawa Nuralsha, wanita ini berkongsi tip tentang ‘mengitar semula’ pewangi kediaman yang telah habis.
Glade korang habis jangan buang dulu! Dah kering potong kecik kecik. Letak dalam bekas. Masukkan air. Semerbak bau harum balik.
Letak je dalam bilik air, ruang dapur, sudut kabinet. Fuhh segar balik baunya.
Bila sudah berumah tangga, bab nafkah kena jaga. Jangan sampai suami culas dan tak tunaikan pada isteri. Bua diam dan akhirnya jadi ‘barah’ dalam hubungan.
Nak-nak kalau anda baru sahaja kahwin, jemput renungkan perkongsian Firdaus Shakirin ini, mungkin anda boleh baiki hubungan suami isteri.
Nafkah Kalau Suami Culas Dan Tak Tunaikan
Suami kena menafkahi isteri, suami kena bertanggungjawab ke atas keluarganya, suami kena menyediakan makan minum pakai, keperluan rumah, tempat tidur isteri dan anak-anak. Itu ketetapan mengikut agama.
Tapi yang sedihnya, ada isteri yang tak dapat pun nafkah. Ada isteri yang nak dapat 50 pun susah. Ada isteri yang beli serba serbi dengan duit sendiri.
Bukannya suami tak tahu itu kewajipan suami. Tapi suami memilih untuk bersikap culas, memilih untuk tak tunai. Memilih untuk isteri tu pandai-pandai sendiri cari jalan nak hidup dengannya.
Nafkah, kalau tak tunai, ianya jadi hutang..
Satu Kewajipan, Jangan Main-main
Bukan percuma lepas macam itu sahaja nanti. Lagi lama kita tak menafkahi isteri mengikut apa yang agama suruh, lagi banyak kita berhutang dengan isteri sendiri.
Jangan ada mindset, “Ala, kita hutang dengan isteri sendiri, nanti isteri halalkan”. Kalau dia tak halalkan? Kalau dia tetap nak tuntut? Kita boleh kira berapa banyak jumlah hutang kita dengan dia sejak dari tahun, bulan, minggu, dan hari yang kita tak menafkahi dia?
Hati-hati bab nafkah, kalau namanya kewajipan, kau tak buat, maka dosa. Sudah diingatkan, dah dinasihatkan, sudah ditegur berkali-kali oleh si isteri, masih juga tak nak menafkahi, maka kumpul lah hutang dan dosa tu selagi tak tunaikan.
Renung-renungkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak buat majlis kahwin, anda kena ambil kira semua dengan teliti untuk elakkan daripada berlaku perkara yang boleh merosakkan hari persandingan nanti.
Jadi perancangan yang rapi sudah semestinya perlu dilakukan agar majlis perkahwinan berjalan lancar, sempurna dan tentunya menjadi kenangan paling manis untuk dikenang.
5 Tip Buat Majlis Kahwin Sweet Dan ‘Molek’ Tanpa Bajet Besar
Namun setiap perincian persediaan untuk majlis walimatul urus ini bergantung kepada bajet masing-masing.
Jangan risau, bagi anda yang mahukan majlis perkahwinan yang ‘intim’ dengan bajet yang berpatutan tanpa pembaziran, boleh ikuti tip yang dikongsi oleh wanita bernama Farah Farzana ini.
1. Minimakan tetamu
Perkahwinan Melayu sememangnya sinonim dengan jumlah jemputan yang ramai. Ia tidak menjadi masalah sekiranya mempunyai penaja atau bajet yang banyak.
Oleh itu, cuba jadikan kebiasaan membuat majlis kenduri dengan jemputan 200-300 orang yang terdiri daripada ahli keluarga serta kenalan rapat pasangan. Untuk lebih mudah, buat senarai tetamu.
2. Venue
Untuk majlis perkahwinan yang intim, tidak perlu cari dewan yang besar. Cukuplah sekadar lokasi yang sesuai, makanan sedap, dilengkapi pendingin hawa dan kemudahan yang sepatutnya. sejuk dan ruang tak suram. Jika ada bajet, gunakannya untuk mencantikkan tempat duduk tetamu. Video dan gambar kahwin pun akan cantik.
3. Doorgift
Bagi doorgift yang sesuai untuk semua jenis umur, pangkat dan darjat. Jangan ‘overspend’ untuk doorgift.
4. Hadkan plus-one
Tetamu boleh bawa plus-one untuk yang sudah berkahwin atau bertunang. Selain itu, tidak perlu untuk menjemput plus-one untuk tetamu yang single. Hanya maklumkan bahawa terdapat limitasi kapasiti dewan.
5. Deko hantaran
Sebaiknya, disarankan untuk menyewa dulang hantaran. Untuk pengetahuan, kos untuk DIY hantaran lebih mahal daripada kos hantar sewa dulang. Ini kerana anda terpaksa membeli bunga dan deko, menghabiskan masa untuk menggubah.