Jika nak dapur kemas dan tersusun rapi, kena disipilin ajar letak barang ke tempat asal selepas guna. Paling penting, tidak terbiar tanpa dilap dan dicuci.
Inilah konsep yang diguna oleh seorang wanita, Jenn Lee Goldfish. Hasilnya dapur yang berbelas tahun guna pun nampak cantik dan bersih.
Walau sudah 14 tahun tinggal di kediamannya, ramai yang memuji ruang masak beliau tersusun rapi dan menarik. Rupa-rupanya ada cara yang dipraktikkan wanita berkenaan bagi memastikan dapurnya sentiasa dalam keadaan kemas dan tetap berkilat biarpun sering digunakan.
Tip Nak Dapur Kemas
Berikut antara tip yang dikongsikan Goldfish:
1. Jangan letak barang atas dapur
-Beliau tidak suka simpan banyak barang atas dapur. Semuanya diletakkan dalam kabinet termasuklah gula, garam, kicap dan minyak masak. Hanya sudu, garfu yang berada di luar, manakala yang lain dilarang untuk berada di atas meja dapur.
Ads
“Mungkin ada yang akan cakap ‘Eh! Si Jenn tidak masak di rumah? Suami saya selalu masak. Namun, beliau pun terikut gaya saya yang mengharamkan barang di atas meja,” jelasnya.
2. Kain lap jangan letak merata
– Kain lap meja jangan letak merata. Beli tuala berharga RM4 di Mr DIY. Selepas lap, keringkan di luar rumah. Elakkan sidai di mana-mana bahagian dapur.
3. Plastik terpakai kena lipat
-Elakkan main sumbat sahaja plastik terpakai. Lipat cantik-cantik lalu masukkan dalam satu bekas.
-Anda juga boleh jadikan ia sebagai satu aktiviti keluarga. Ajar anak-anak tolong lipat plastik tersebut.
Ads
4. Mop lantai dan lap dapur selepas masak
-Jadikan ia satu rutin terutama mop lantai dan lap dapur memasak sehingga berkilat.
-Pastikan lepas makan terus cuci pinggan mangkuk, tiada orang lain akan tolong cuci. Selepas makan terus cuci sendiri, bukannya cacat pun.
5. Pilih alas meja jenis tidak bercorak
-Jika dapur anda lapis mejanya menggunakan tikar getah, pilih yang tiada corak ataupun corak marble supaya dapur kamu nampak selesa dan tidak sesak.
6. Langsir dapur warna putih
-Elak pilih langsir warna terang di dapur. Sebaiknya, pilih warna putih supaya dapur nampak luas.
Ads
Beliau sambil berseloroh berkata, ruang dapurnya tidak dipasang langsir kerana memudahkan beliau untuk melihat pontianak di luar waktu malam.
Amalkan Konsep, Less Is More
“Walaupun hidup kami sederhana, hati senang kerana tidak banyak barang berselerak. Rezeki senang masuk dan kami suami isteri jarang berselisih faham.
“Dapur ialah nyawa kita, sumber rezeki. Jangan sesakkan dapur kita dengan barang-barang yang kita fikir mahu guna nanti. Saya baru buang tiga plastik besar barang minggu lalu sebab saya tidak pakai juga. Less is more,” ungkap beliau lagi.
Ternyata dapur memang nampak luas, bersih dan tersusun. Barang yang diletakkan di atas dapur pun boleh dihitung dengan jari. Nanti anda pun boleh cuba tip wanita untuk naikkan seri ruang dapur di rumah, barulah semangat nak masak!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baju pengantin semestinya akan memainkan peranan penting dalam majlis hari bahagia korang nanti. Bermula dari corak, kualiti hinggalah ke pereka nya sendiri. Memang tidak dinafikan baju kahwin bagi pengantin perempuan adalah yang paling sukar untuk ditentukan berbanding lelaki.
Tanyalah mana-mana bakal pengantin perempuan, tentulah semua mahukan sesuatu yang sentiasa cantik dimata mereka. Situasi inilah menyebabkan mereka sukar untuk membuat pilihan. Tapi, adakah bagi anda sendiri akan menyewa atau menempah sahaja baju pengantin? Berbaloi atau tidak?
Betul, perlbagai pilihan corak dan warna anda boleh pilih untuk disesuaikan dengan tema perkahwinan anda.
4. Tidak perlu menyimpan baju
Anda tidak perlu risau kalau takut hilang kerana anda tidak perlu menyimpannya. Anda boleh tinggal di kedai itu sendiri.
SEBAB MENEMPAH BAJU KAHWIN
1. Saiz mengikut ukuran anda
Pastikan saiz yang anda tempah adalah bentuk badan anda yang terkini. Cutting juga perlu mengambil kira dalam setiap perincian. Kadang kala kalau menyewa tidak kena dengan bentuk badan anda.
Air cendol merupakan minuman yang penuh dengan rasa lemak dan berkrim. Minuman ini memang sedap dan sesuai diminum waktu musim panas. Memang terasa lega ditekak setiap kali kita menikmatinya,
Populariti minuman itu sama seperti air batu campur (ABC). Pun demikian, untuk membuat cendol yang sedap, mestilah kena tahu bahan-bahan dan cara membuatnya. Sebenarnya tak susah mana pun hendak membuat minuman cendol. Bahan pun tak banyak.
Mari kita cuba resipi Cendol Gula Melaka seperti yang dikongsikan oleh Shida Ambok ini. Pasangan yang baru kahwin bolehlah cuba buat untuk dihidangkan pada sanak saudara dan rakan taulan yang datang beraya di rumah ya!
RESIPI CENDOL GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
1.5 kg cendol segera
1 tin susu sejat (*bahan rahsia)
1 tin santan pekat (resipi akan lebih enak bila guna santan perahan kelapa parut)
Secubit garam
Gula melaka (kalau tiada gula melaka boleh juga guna gula merah)
Ais batu
CARA MEMBUAT:
1. Campur 1 tin susu sejat dengan santan pekat (Nisbah1:1)
2. Kacau dan masukkan secubit garam untuk naikkan rasa.
3. Cairkan gula melaka di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
4. Untuk penyediaan, isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera. Lebih sedap apabila ditambah ais.
Kalau nak deko mini laundry, anda kena pandai susun sebab biasanya ruang ini tak besar sangat pun.
Begitulah yang dipraktikan oleh puan Farah Fairul yang tinggal di sebuah kuarters polis. Biarpun memiliki ruang yang agak terhad, namun beliau kreatif menjadikan setiap ruang mempunyai fungsi yang sempurna.
Menerusi perkongsiannya, ada gambar sebelum dan selepas. Memang jauh berbeza, jom ikuti perkongsian gambarnya.
Deko Mini Laundry Di Yard Balkoni Rumah Kuarters Polis
SELEPAS
Mesin basuh dan pengering diletakkan bersebelahan. Mudah untuk urusan kerja. Pelengkap hiasan, pokok dalam pasu diletakkan di atas mesin.
Penggunaan rumput tiruan warna hijau penyeri ruang utama menjadikan lebih kemas.
Ruang ini juga jadi tempat penyimpanan penyapu yang disusun kemas.
Bunga gantung sebagai penyeri ruang.
Rak serbaguna diletakkan juga di ruangan ini.
Anda nampak tak perubahannya yang jauh lebih kemas dan bersih? Begitulah idea deko mini laundry yang patut anda hasilkan, selamat mencuba!