Setiap wanita yang menjalinkan hubungan cinta pasti ingin sentiasa bahagia di samping insan tercinta. Ada segelintir wanita yang sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan hubungan yang dibina terus terjalin. Namun, seringkali mereka mengambil peranan lelaki dalam perkahwinan mereka dan ada juga yang sanggup mengorbankan kebahagiaan sendiri atas nama cinta.
Tidak salah untuk berbuat demikian, tapi anda juga harus memgutamakan diri sendiri dan tidak terlalu taasub dengan sesebuah hubungan hingga boleh menyebabkan anda terluka. Sikap saling membantu antara satu sama lain perlu ada dalam hubungan untuk memastikan hubungan yang dijalin lebih sihat.
Pesona Pengantin senaraikan 6 perkara yang wanita tidak patut lakukan untuk pasangan anda!
1. MENGUBAH PENAMPILAN
Tampil cantik di depan suami itu adalah lumrah biasa bagi seorang isteri. Tetapi jika pasangan anda memberikan tekanan pada anda untuk mengubah penampilan anda secara drastik, maka anda tidak perlukan dia dalam hidup anda. Pada masa yang sama, jika suami anda meminta anda untuk mengubah sesuatu yang boleh anda setujui dengan mudah, lakukannya dan jangan degil. Ia tidak akan menyebabkan kerosakan dalam hubungan anda, tetapi sebaliknya ia akan mengukuhkan hubungan emosi anda bersama suami.
2. BERIKAN HADIAH YANG MAHAL
Ads
Ia adalah langkah yang terbaik sekiranya anda dan pasangan anda memberikan hadiah yang sama nilai pada satu sama lain. Memberikan hadiah yang mahal untuk orang kesayangan, terutama sekali apabila dia tidak boleh membalasnya dengan hadiah dengan nilai yang sama akan membuatkan si dia berasa janggal dan rendah diri.
Selain itu, ia juga boleh mendatangkan musibah pada diri sendiri sekiranya anda menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab maka kerana dia akan menggunakan cinta anda untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
3. CUBA SELESAIKAN MASALAH
Walaupun suami anda mempunyai masalah kewangan atau masalah di tempat kerja, jangan cuba untuk menyelamatkannya dari masalahnya sendiri. Anda boleh membantu dalam mencari jalan penyelesaian tetapi biarkan suami anda selesaikan yang selebihnya.
Ads
Jika anda kerap membantunya, anda akan hidup dengan pasangan yang sentiasa ragu-ragu, tidak berdaya dan takut untuk memikul tanggungjawab untuk masa depannya. Sentiasa ingat anda adalah seorang perempuan dan juga isteri bukannya pembantu yang harus mengendalikan segala-galanya.
4. TUNJUK ANDA LEBIH BIJAK
Ads
Walaupun anda sentiasa betul 100%. tiada ada yang lebih provokatif daripada frasa “apa yang telah saya beritahu?” Dengan mengatakan ini, anda menunjukkan pada suami anda bahawa anda lebih bijak daripada dia dan ini akan membuatkan hubungan anda jadi tidak begitu baik. Setiap individu perlu merasa penting dalam hidup mereka. Menunjukkan penguasaan anda pada dirinya tidak akan membantu untuk membina hubungan yang harmoni.
5. MENJADI TEMPAT UNTUK DIA BERGANTUNG
Tidak seperti wanita, lelaki tidak akan jatuh cinta pada wanita yang bersimpati pada dirinya. Sentiasa di sisi suami dari segi emosi dan fizikal tidak bererti hubungan anda dan suami anda itu begitu mendalam dan bahagia. Wanita yang bijak akan sentiasa menyokong dan memberikan inspirasi kepada suaminya untuk mendapatkan pencapaian yang baru. Ini adalah rahsia kepada hubungan yang bahagia.
6. MELEPASKAN KERJAYA DAN KEHIDUPAN PERIBADI DEMI LELAKI
Hanya kerana wanita telah menemui cinta dalam hidupnya ini tidak bermakna dia perlu melepaskan rakan-rakan dan kerjayanya. Jika anda mengorbankan kehidupan peribadi anda untuk menjaga keluarga anda, suami anda mungkin akan hilang minat dalam hubungan satu hari nanti. Anda boleh teruskan dengan kehidupan peribadi anda tetapi ingat jangan keterlaluan sehingga mengabaikan suami dan anak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah rambut gugur memang selalu dialami oleh wanita yang berambut panjang. Kadang kala menggunakan shampoo sahaja tidak mampu menguatkan akar rambut. Jika anda mengalami masalah ini, anda boleh cuba satu cara semulajadi yang pernah dilakukan oleh orang-orang zaman dahulu.
Bagi sesetengah wanita pula, masalah keguguran rambut menjadi lebih ketara selepas bersalin sehingga ada kalanya rambut menjadi terlalu nipis dan mencacatkan penampilan.
Santan bukan saja boleh digunakan dalam masakan harian, namun pada masa sama ia mempunyai banyak manfaat dan keistimewaan khusus untuk rambut.
Santan mengandungi protein dan zat besi yang bermanfaat dalam kesihatan, penggunaan santan antara kaedah terbaik yang mampu membantu dalam usaha mendapatkan rambut sihat serta cantik bersinar.
Antara Kebaikan Santan Untuk Rambut
Mencegah rambut kusut
Menggunakan santan sebelum diratakan ke seluruh rambut dan balutkan rambut anda dalam tempoh satu jam. Lakukan kaedah ini sekurang-kurangnya sekali seminggu dan anda pasti tersenyum melihat hasilnya yang membuatkan rambut anda tidak kusut.
Meningkatkan pertumbuhan rambut
Santan kelapa mengandungi lemak pati dan vitamin E yang membantu meningkatkan pertumbuhan rambut serta menjadikan rambut lebih cantik. Campurkan santan bersama minyak zaitun sebelum diratakan ke seluruh rambut selepas menggunakan syampu, hasilnya memukau dan mampu mengelak masalah rambut gugur.
Mencegah kulit kepala kering
Kulit kepala kering dan bersisik tidak hanya menyebabkan masalah kelemumur, tetapi juga menyebabkan rambut rosak. Santan juga boleh dijadikan pelembap yang mempunyai lemak dan mampu membantu memperbaiki keadaan kulit kepala.
Mengatasi kerosakan rambut
Sinaran matahari dan kualiti udara turut menyebabkan rambut dan kulit kepala menjadi rosak. Lumurkan santan pada kepala menjadikan rambut lebih kuat dan tidak mudah putus.
Membuat rambut berkilau
Menambah madu pada santan dan dilumurkan pada rambut sekurang-kurangnya dua kali seminggu membuatkan rambut cantik berkilau dan sihat dari luar dan dalam.
SUMBER : PETIKAN bukanaku.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bunga putih yang digunakan mencerminkan aura yang tersendiri. Untuk tambahan aksesori, gunakan butiran mutiara daripada warna senada agar hantaran yang digubah terserlah indah dan mempesona. Malah, Kebaikan menggunakan bekas kaca ialah ia tersedia tanpa memerlukan pelapik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Antara tanggungjawab penting yang suami perlu jaga adalah bab pemberian nafkah. Suami wajib memberi nafkah kepada isteri meskipun isteri bekerja. Jadi jumlah nafkah tersebut terpulang kepada hasil perbincangan suami isteri. Isteri perlulah juga bertimbang rasa seandainya nafkah yang diberi tidak mencukupi.
Perkongsian menarik ini sangat memberi inspirasi. Idea dari Maryam Elyas boleh anda praktikkan bersama suami.
Antaranya firman Allah:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
Sebak rasa bila benda ni sampai kat tangan. Sebak sebab inilah hasil menabung nafkah duit selit yang suami bagi.
Sikit, sikit, CikYam simpan. Nafkah CikYam bukan dapat selepuk. CikYam kumpul dengan penuh kesabaran. Bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi makan tahun weh!
Orang lain mungkin boleh tergerak hati nak beli, terus beli. CikYam tak macam tu. Bukan orang senang. Rezeki masing-masing, kan? CikYam menabung hasil Mr Mama niaga burger dan buat servis angkut sampah.
Serius, bukan nak menunjuk. Just nak share inspirasi menabung nafkah duit selit. Kalau kira mampu ke tak, memang CikYam sikit pun tak mampu beli emas. Mr Mama pun takkan mampu belikan CikYam rantai impian.
Last CikYam gi kedai emas masa nak kahwin. Lepas tu, emas takde dalam kamus hidup sebab mahal. Tapi hari ni dapat emas. Macam mana orang miskin macam CikYam ni boleh beli emas? Kuncinya kat sini, simpan duit. Paksa diri simpan duit. Kalau tak simpan, duit nafkah tu pun tak nampak ke mana perginya.
Lepas dah sampai satu amaun duit yang disimpan, CikYam survey harga emas kat kedai, masih mahal. Tengok harga segram, macam nak pitam. Ada upah pulak.
Dengan duit nafkah selit ni, CikYam peratikan purata sebulan CikYam boleh dapat 1 gram emas. So CikYam target, sampai je simpanan ni kat berat emas yang CikYam nak, CikYam akan beli.
Tapi CikYam masih nak berjimat. Belek fb, jumpa dengan cara penjimatan beli emas harga kilang.
Inilah hasilnya selepas lebih setahun menabung nafkah duit selit yang Mr Mama bagi setiap hari. Sikit, sikit, lelama dapat emas. Mujur la ada emas harga kilang. CikYam dapat emas lebih murah berbanding kat kedai.
TQ abang. Alhamdulillah dapat rantai hari ni.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...