Wanita Ini Deko Rumah Flat, Luar Biasa Hasilnya Walau Guna Bajet Murah

Share

Agak teruja melihat deko rumah bajet ini yang menggunakan bajet kecil sahaja, tetapi hasilnya cukup kemas dan cantik.

Bagi anda yang mempunyai bajet murah tidak bermakna, tidak boleh melakukan transformasi untuk kediaman anda.

Apa yang penting, kena kreatif walaupun bajet tak banyak. Salah satunya, daripada perkongsian Cik Laila ini, yang mana dia telah berjaya transformasi deko rumah flatnya menjadi seperti sebuah kediaman  kondo.

Apa kata tengok hasilnya.

Deko Rumah Flat

Ruang tamu yang dihias cantik.

Nak share deco simple-simple dari orang bujang ( berdua dengan adik pompuan). Walaupun rumah sewa ( flat ) tapi disebabkan suka ala-ala condo gitu.

Kita makeover slow-slow ikut kesesuaian bajet.. Alhamdulillah, selama 9 bulan menyewa bikin sikit-sikit..

Ada barang yang dari Eco, Mr DIY, Tesco, Ikea ,My OneShop, kedai perabot terpakai & ada yang buat sendiri.

Ruang santai dengan konsep ringkas tapi menenangkan

Ruang makan dengan konsep putih.

Ini ruang tahu sebelum transformasi.

Jadi, tiada alasan untuk anda hias rumah walau tak mempunyai bajet besar. Nampak hasil deko rumah flat ini pun dah cukup puas dan menarik. Boleh lah anda cedok idea ini dan hias rumah anda pula.

Sumber: Cik Laila

IKLAN