Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah pusat kesihatan menunjukkan wanita masa kini lebih tertarik dengan lelaki yang mempunyai badan biasa berbanding mereka yang mempunyai badan sado.
Kajian yang dijalankan secara atas talian itu telah mengumpulkan respon daripada 2,000 wanita, dan 70% daripadanya setuju mereka lebih tertarik dengan lelaki yang mempunyai tubuh badan lebih besar dengan berat lebih 10kg daripada beratnya.
Ini adalah kerana, pada pandangan wanita, lelaki yang mempunyai tubuh badan seperti bapa ini menunjukkan tanda bahawa lelaki itu selesa dengan badannya sendiri.
gambar sekadar hiasan
Antara hasil kajian lain adalah seperti berikut:
Ads
Wanita sebenarnya tak suka pun lelaki sado, lebih tertarik dengan lelaki macam ‘ayah-ayah’. Jadi korang lebih suka lelaki berbadan sado atau yang macam ayah-ayah? tak salah minat lelaki macam ayah-ayah asalkan bukan yang sudah berpunya ya!
Suami harus tahu bahawa gangguan terhadap ketenteraman rumah tangga sebenarnya berpunca daripada ketidaktahuan suami terhadap apa yang diinginkan isteri. Sebenarnya ingin memahami isteri bukanlah sukar kerana yang penting suami harus peka terhadap keinginan isteri.
Lagipun jarang seorang isteri mengungkapkan keinginannya kepada suami secara berterus-terang. Apatah lagi jika isteri jarang mengeluh, suami akan sentiasa bersangka baik bahawa isterinya tiada masalah.
Untuk memastikan hubungan rumah tangga yang dibina semakin harmoni hingga terbentuknya sebuah keluarga sakinah mawaddah wa rahmah, suami perlu mengetahui 11 perkara yang sering diinginkan isteri daripada anda selama ini.
1. Jadikan isteri satu-satunya wanita teristimewa
Ini merupakan perkara yang paling diinginkan isteri terhadap suaminya. Apabila suami menjadikan isteri sebagai satu-satunya wanita paling istimewa dalam dirinya, ini akan menjadi salah satu alasan untuk isteri terus menjalankan rutin hariannya dengan penuh semangat, ceria dan rasa gembira.
2. Ungkapkan rasa cinta setiap hari
Ketahuilah bahawa luahan dan tindakan anda mempamerkan rasa cinta, kasih sayang serta belaian merupakan kunci untuk meraih bahagia dalam sesebuah rumah tangga. Tidak perlu keterlaluan mengungkapkan rasa cinta kepada isteri, cukup sekadar suami melakukan dengan gaya yang santai dan tanpa dibuat-buat kerana ia akan lebih menyentuh hati seorang isteri.
3. Isteri perlukan waktu rehat
Sesekali seorang isteri juga memerlukan masa untuk dirinya ‘bebas’ daripada melakukan rutin harian dalam urusan rumah dengan membiarkan isteri berjumpa atau berkumpul dengan teman atau ahli keluarganya. Selain memerlukan rehat daripada melakukan kerja rumah, isteri juga memerlukan jiwa yang sihat untuk terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
4. Beri penghargaan kepada isteri
Dalam satu masa isteri banyak memainkan peranan sekali gus membahagikan masa dalam pelbagai perkara rumah tangga. Oleh itu sebagai suami mainkan peranan anda dengan memberikan penghargaan terhadap apa yang telah isteri lakukan, isteri capai atau pandangan yang telah isteri lontarkan. Penghargaan ini boleh suami mulakan dengan ucapan terima kasih, memuji, memeluk hingga memberikan isteri hadiah agar isteri tahu bahawa pengorbanan dan tindakannya itu sentiasa dihargai.
5. Sentiasa memahami isteri
Setiap isteri sentiasa mengharapkan suaminya memahami dirinya dengan cara suami mendengar keluhannya, bersimpati terhadap perasaannya dan membantunya di saat isteri menguruskan hal rumah tangga.
6. Beri perhatian terhadap isteri
Cinta adalah memberi. Pemberian cinta yang pertama adalah perhatian. Sifat semula jadi wanita adalah mereka sangat menghargai setiap waktu yang mereka luangkan bersama suami selain menginginkan perhatian dan fokus sepenuhnya daripada suami. Misalnya saat penampilan isteri berubah dengan mencantikkan dirinya untuk kebahagiaan suami, isteri sangat mengharapkan suami memberikan perhatian terhadap perubahan tersebut dengan respons yang positif. Namun jika suami ambil sambil lewa, isteri merasakan yang dirinya tidak diendah dan terabai. Oleh itu berilah perhatian terhadap isteri walaupun sekejap kerana perhatian ini akan memberi makna yang cukup besar dalam dirinya.
7. Sentiasa hulurkan bantuan
Walaupun isteri memiliki kemampuan yang luar biasa iaitu ‘multitasking’, namun isteri bukanlah seorang ‘superwoman’ yang sanggup mengharungi pelbagai perkara tentang perihal rumah tangga seorang diri. Walaupun isteri mungkin jarang mengeluh atau meminta pertolongan suami untuk menguruskan kerja-kerja rumah, ketahuilah bahawa bantuan-bantuan kecil yang suami hulurkan akan membuatkan hati isteri gembira dan rasa bertuah memiliki anda sebagai insan istimewanya.
8. Mampu merendahkan ego
Jadilah seorang suami yang dapat merendahkan diri, adil dan sopan dalam melayani isteri. Lelaki sememangnya tidak dapat lari daripada memiliki sifat ego yang tinggi. Namun jangan disebabkan anda ketua keluarga, anda menjadi seorang yang kasar, ego, angkuh dan zalim terhadap isteri. Sentiasalah lemah lembut dalam setiap ungkapan dan tindakan serta jagalah hati isteri agar rumah tangga yang dibina sentiasa mendapat keberkatan.
9. Memiliki sifat humor
Rumah tangga yang sentiasa serius tanpa gelak ketawa tentu membosankan. Ketahuilah bahawa sifat humor merupakan cara yang terbaik untuk memberikan keceriaan dan mengurangkan ketegangan dalam hubungan suami isteri. Sememangnya wanita menyukai lelaki yang memiliki sifat humor sehingga mampu membuatkannya ketawa. Secara tidak langsung gelak ketawa boleh merapatkan lagi hubungan anda berdua.
10. Terima isteri seadanya
Tiada pasangan yang tidak dilanda masalah dalam hubungan rumah tangga kerana manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Isteri akan rasa bahagia jika suami dapat menerima diri dia seadanya dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Kekurangan dan kelemahan isteri itu bukanlah untuk dihakimi sebaliknya anda sebagai suami haruslah berusaha membaiki kelemahan tersebut ke arah yang lebih baik.
11. Ingat setiap momen penting
Ini yang sering diabaikan oleh kebanyakan suami iaitu sering melupakan tarikh-tarikh penting anda berdua. Wanita sememangnya seorang yang teliti. Setiap saat yang menggembirakan akan diingati malah hatinya akan gembira jika suaminya turut sama mengingati saat tersebut kerana ia akan rasa dihargai dan disayangi. Oleh itu pastikan suami membuat ‘reminder’ pada telefon anda tentang tarikh-tarikh penting ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyak sebenarnya peringkat untuk mengenali keluarga bakal pasangan. Dah lepas stage mak ayahnya, kena pula lalui peringkat ambil hati adik-beradiknya pula. Ada pasangan kita yang sangat rapat dengan adik-beradik. Kadang-kadang sampai mereka juga turut terlibat untuk memilih pasangan hidup kita.
Nak masuk dalam keluarga pasangan, jangan sesekali abaikan perasaan dan penerimaan adik-beradiknya. Cubalah ambil hati mereka sikit kerana daripada mereka jugalah kitab oleh tahu apa yang pasangan kita suka dan tak suka.
Di sini ada beberapa panduan yang anda boleh cuba. Bukan susah pun ambil hati mereka. Asalkan anda ada personaliti menarik, pandai ambil hati dan tak nampak annoying di mata mereka, tentu semuanya berjalan lancar.
Kalau anda ada bajet lebih, ajaklah mereka keluar makan berdua dengan anda. Mula-mula memang rasa awkward tapi bila dah selalu jumpa mungkin akan terbiasa. Masa inilah anda boleh kenal bakal ipar atau ipar anda dengan lebih dalam.
2. Sering menghubungi
Sekarang ni ada banyak cara anda boleh menghubungi seseorang. Bertanya khabar melalui whatsapp salah satu daripadanya.
3. Ambil tahu
Ambil tahu bila tarikh hari lahir atau tarikh ulangtahun perkahwinan mereka. Selain hadiah, ucapan juga menjadi tanda mereka juga penting untuk anda.
4. Saudara sendiri
Selain adik-beradik kandung, anggaplah mereka juga sama seperti adik-beradik sendiri. Mesralah dengan mereka dan sayangi mereka sebagaimana anda menyayangi adik-beradik sendiri.
5. Jemput ke rumah
Bila dah berkahwin, ajaklah mereka datang ke rumah. Jamu dengan makanan yang anda masak sendiri. Sambil-sambil tu, mintalah petua masakan atau tanyalah apa yang mereka pandai masak. Puji-puji sikit, jangan lupa tu!
6. Kenalpasti hobi mereka
Anda kena peka sedikit dengan sekeliling. Bila berkunjung ke rumah mereka, anda boleh tahu apa yang mereka minat. Mungkin lepas ni anda juga boleh join mereka sekali!
7. Jangan sekat hubungan persaudaraan
Jangan sesekali sekat hubungan pasangan dengan adik-beradik mereka. Itulah ‘pantang’ yang perlu anda elakkan. Sekiranya mereka ingin keluar bersama, berilah peluang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Yis segera atau ada yang menggelarnya mauri-pan adalah bahan utama untuk menyediakan adunan ketika membuat roti, apam, donut, pau dan menu lain juga. Yis ini diperlukan untuk menjadikan adunan yang diuli itu mengembang dengan sempurna sebelum boleh dimasak.
Walaubagaimanapun, ada sesetengah orang pasti akan terkena bila adunan yang dibancuh tidak mengembang atau saiznya tidak menjandi ganda dari saiz biasa walhal sudah menggunakan 1 paket yis. Pelik dan hairan itu lah yang bermain diminda jika ini terjadi. Tetapi apa yang anda tidak tahu, ada sesuatu yang terjadi dengan yis yang anda beli itu. Perkongsian oleh Nurul Zainal melalui laman Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN) mengenai yis ini boleh dijadikan info.
Jika sekali pandang anda tidak dapat mencari bezanya, tetapi itulah hakikatnya. Dua packet yis segera ini ada perbezaannya yang anda sendiri pun tidak sangka.
Brand yang sama, packaging yang berbeza. Perhatikan yang dalam petak merah tu, yang itu saya beli 2 paket dan dua-dua tu bila campur air suam dia jadi macam yis mati. Tarikh expired pun tak ada.
Yang satu lagi tu dalam petak biru, nampak packing lebih kemas dan ada expired date. Bila campur dengan air suam, elok kejadian dan naik berbuih macam biasa.
Mungkin ni salah satu punca yis selalu tak naik elok yang kita tak perasan. Share dari pengalaman saya sendiri. Maaf kalau saya silap. Mana tahu ada yang lebih arif, boleh bagi pencerahan apa perbezaan antara mauripan ni.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...