Salam sejahtera, semoga rakan sekalian sihat walafiat hendaknya. Jika kelapangan silakan membaca..

Hari ini saya berbsar hati untuk berkongsi satu kisah yang agak menarik untuk dijadikan pedoman dan pengajaran dalam kehidupan kita seharian, kisah ini saya petik dari perbualan saya bersama seorang wanita yang saya anggap sebagai rakan walaupun tidak saling mengenali.. In sha Allah semoga ada manafaatnya.

Biarlah namanya dirahsiakan. Saya menerima panggilan dari ‘Siti’ (bukan nama sebenar), saya bertanya dari mana dia mendapatkan nombor saya, soalan saya tidak berjawab namun hanya kendengaran suara yang nyaring dalam bebelan, lalu saya bertanya. Apa yang membuatkan puan marah?

Katanya “saya sudah penat asyik mengalah dalam rumah tangga, semua saya nak tak dapat. Selama ni saya tahan je, isteri orang nak dapat je suami belikan tapi suami saya tak boleh jadi macam suami orang lain. Memanglah dia jaga saya, tak curang, sayang saya, solat dan boleh dikatan soleh tapi kalau tak boleh nak penuhi keperluan isteri mana boleh macam tu. Saya memang terkilan dan rasa sakit hati”. Saya menarik nafas panjang sebelum membalas kata-katanya.

Tiada hal lain yang paling bertuah dimiliki oleh seorang isteri melainkan memiliki kiteria suami yang soleh. Seperti mana yang puan kata tadi, suami puan boleh dikategorikan suami yang baik, dimana puan ada cakap yang suami puan sayang puan, bertanggungjawab, soleh cuma dia hanya tidak dapat menunaikan permintaan puan dari segi kewangan sahaja? Tak begitu?.

Muhasabah Diri

Cuba puan pejam mata dan renung, apa puan juga telah penuhi setiap permintaan suami puan? Pernahkah puan mendengar rungutan suami puan terhadap diri puan? Dalam berjuta wanita mungkin puan adalah salah seorang wanita yang bertuah memiliki seorang lelaki seperti suami puan.

Tapi kerana hal kecil, suami puan tidak dapat menunaikan permintaan puan, puan rasa terkilan dan marah? Saya ingin tanya puan adakah adil bagi lelaki memiliki seorang isteri yang tidak mensyukuri apa adanya seorang suami?

Pernah puan tahu apa usaha suami puan untuk penuhi kehendak puan? Ya, mungkin saya tidak mngenali suami puan atau juga saya tidak tahu mungkin dia bekerja keras mencari rezeki untuk puan, untuk penuhi keperluan dan kehndak puan.

Hello (‘adakah puan masih dalam talian”), tiba-tiba kedengaran tangisan. Saya bertanya, adakah kata-kata saya menyakiti hati puan?. “Tidak” balasnya.

Sambung saya lagi, “saya akui tidak ada seorang wanita pun yang tidak ingin memiliki segalanya, namun ini bukan salah takdir ini adalah ujian dalam kehidupan puan”.

Wanita Sering Kali Tidak Rasa Puas

Ada wanita yang tidak begitu bertuah, memiliki suami yang panas baran, tidak bertanggungjawab dan sebagainya. Namun mereka masih mampu bersabar dan terus bersabar, berdoa dan terus berdoa tanpa putus asa. Sedangkan ada pula hamba Allah taala yang memilki suami yang baik, namun masih merasa tidak cukup.

Sebab itu kita harus mensyukuri apa adanya suami kita walaupn dia tidak sekaya mana. Tidak salah untuk puan mendoakan suami puan peroleh rezeki yang baik dan banyak.

Tiada Manusia Sempurna

Tidak ada manusia yang sempurna puan, sebab itu Allah ciptakan pasangan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Kata -kata saya akhir sebelum akhiri perbualan dengan siti.

Ini adalah sekadar nasihat dengan pandangan tertentu sahaja. Namun apa yang saya kongsikan ini adalah salah satu kisah yang menarik hati saya dari beratus kisah yang pernah saya dengar.

Semoga memberikan manafaat yang ckup besar untuk kita terutama seorang wanita yang bergelar isteri.

Kiriman: Nazirah Hj Mohd Salleh, Guru Bimbingan dan Kaunseling at Pusat Pendidikan Tahfiz Vokasional Madrasah Al-Aminiah

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI