Wedding Of The Year 2021, KATRINA KAIF-VICKY KAUSHAL. Siap Naik Helikopter, Mewahnya!

Share

PELAKON Bollywood, Vicky Kaushal dan Katrina Kaif bergelar suami isteri pada Khamis minggu lalu dalam upacara pernikahan tertutup di sebuah hotel mewah di Sawai Madhopur, Rajasthan. Pasangan itu turut berkongsi foto pertama sebagai suami isteri di media sosial dengan kapsyen meminta peminat mendoakan kebahagiaan mahligai yang dibina itu.

Perkahwinan mereka yang berlangsung di Six Senses Fort Barwara, Rajasthan sehingga kini masih heboh diperkatakan. Mana tidaknya, pasangan itu dikatakan menetap di suite mewah hotel tersebut, yang bernilai AS$10,000 (RM42,162) untuk satu malam, dan turut merangkumi kolam renang peribadi, jakuzi dan taman berlandskap! Pasangan ini telah memilih pereka fesyen terkenal India, Sabyasachi Mukherjee sebagai pereka busana perkahwinan mereka. Tampil mewah dan regal dalam persalinan tradisional, Katrina anggun menggayakan lehenga berona merah manakala Vicky menggayakan persalinan sherwani rona putih gading.

Katrina menerima sebentuk cincin platinum biru berbentuk segi empat dengan menampilkan deretan berlian bulat daripada Tiffany Soleste bernilai Rs 7,41,000 atau kira-kira RM41,341. Sementara itu, pengantin lelaki pula dilihat menyarungkan cincin yang serupa versi lelaki dengan nilai anggaran RM7,171.

Menyentuh mengenai lokasi pilihan pasangan ini melangsungkan perkahwinan, Six Senses Fort Barwara yang terletak di Rajasthan, India pula bukan calang-calang lokasi, ia sebenarnya bekas istana dan kuil lama berusia 700 tahun.Pada abad ke-14, ia pernah dijadikan sebuah kubu pertahanan yang menyajikan pemandangan tasik dan kuil Chauthka Barwara Mandir berdekatan.

Sebelum diubah suai menjadi hotel, istana agam ini dimiliki keluarga diraja Rajasthani dengan seni bina berteraskan budaya etnik Rajasthan yang asli. Apabila berada di resort mewah tersebut,ia membawa pengunjung bagaikan kembali ke era kegemilangan India! Lebih mengujakan, para tetamu majlis juga menghuni khemah penginapan mewah bernilai Rs 70,000 (RM3,895) semalam!

Tidak lengkap majlis perkahwinan selebriti bertaraf antarabangsa ini tanpa menetapkan beberapa syarat ketat. Portal This Week In Asia melaporkan semua tetamu tidak dibenarkan membawa telefon dan tiada kontak dengan orang luar sehingga majlis selesai. Ini kerana, hak rakaman majlis telah dijual pada harga AS$11.5 juta atau RM48.5 juta. Manakala South China Morning Post melaporkan, pelakon kelahiran Hong Kong berusia 38 tahun itu dan pasangannya, juga seorang pelakon, menjemput lebih 120 tetamu ke majlis yang berlangsung selama empat hari itu. Memang wajar perkahwinan tersebut dikategorikan sebagai Wedding Of The Year 2021

!

4 Fakta Menarik Perkahwinan Mewah Katrina-Vicky

HOTEL MEWAH
Perkahwinan pasangan ini dilangsungkan di Hotel Six Senses Barwara Fort yang terletak di Sawai Madhopur, Rajasthan. Memetik laporan India Today, para tetamu VVIP turut disediakan resort mewah di lokasi tersebut yang berharga ribuan ringgit semalam. Pasangan ini dikhabarkan menyewa 8-10 tent untuk tetamu VVIP.

KERETA KUDA
Walaupun perkahwinan ini diadakan secara privasi tetapi terdapat beberapa info yang ‘bocor’ ke pengetahuan publik. Dilaporkan oleh ET Times, Vicky masuk ke tempat upacara dengan menaiki kereta kuda. Manakala Katrina ditandu dalam Doli, sebuah tandu tradisional India.

HELIKOPTER
Pasangan pengantin ini meninggalkan lokasi acara pada 10 Disember 2021. Hindustan Times melaporkan, keduanya meninggalkan Sawai Madhopur menuju ke bandar Jaipur.

KETURUNAN PUNJABI
Seperti dilaporkan Hindustan Times, nama pereka fesyen untuk pakaian perkahwinan pasangan ini turut dirahsiakan sehinggalah diketahui umum di mana ianya dihasilkan oleh Sabyasachi Mukherjee yang sangat tersohor di India. Lehenga yang disarungkan oleh Katrina diperbuat daripada sutera mahalkan dengan perincian mewah dan eksklusif sekaligus menyerlahkan kejelitaan asli Katrina.

Pakaian tersebut dihasilkan sebagai penghormatan kepada pasangan pengantin yang berasal dari keturunan Punjabi. Manakala veil yang dipakai oleh Katrina adalah hasil buatan tangan dan perak tempaan tangan yang diproses dengan gold electroplating.

Semoga Katrina dan suami kekal bahagia bersama selamanya. Anak mereka mesti comel-comel. Ke mana tumpahnya kuah, kan?

Kredit Foto: Instagram @katrinakaif @vickykaushal09

 

IKLAN