Bagi yang masih lagi bujang, pasti akan tertanya-tanya siapakah yang bakal pemilik hati buat selama-lamanya. Persoalan yang sering kali bermain dalam minda ialah bagaimana mahu mengetahui samada seseorang itu betul-betul jodoh yang baik untuk kita? Jadi, kali ini kami berikan tips cari jodoh yang dianjurkan Islam sebagai panduan buat anda.

Ya Allah Kurniakanlah Jodoh Yang Baik-Baik Buat Hambamu
.

1. Sentiasa Berdoa
Semestinya doa merupakan senjata ampuh seorang Muslim. Walau cinta bagai nak rak, namun jodoh itu hanya ditangan Allah SWT. Tanpa keizinanNya, jodoh tidak akan bertaut. Kebergantungan hati pada Allah perlulah seratus peratus kerana hanya Dia tahu apa yang terbaik dalam kehidupan hamba-hambaNya.

Jadi, jangan jemu untuk terus berdoa walaupun anda merasakan doa anda masih belum dimakbulkan kerana hanya Allah yang akan mengurniakan jodoh pada waktu yang tepat.

2. Memperbaiki Diri
Untuk mendapatkan pasangan yang baik, kita perlu menjadi baik terlebih dahulu. Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Dengan memperbaiki diri dan mengatasi kekurangan akan membawa kepada jodoh yang baik. Adakah anda mahu pasangan yang baik tetapi ibadah dan akhlak anda masih lagi terumbang ambing? Jadi, anda perlu menjadi seperti apa yang anda inginkan ada pada pasangan anda.

IKLAN

3. Mohon Restu Ibu Bapa
Bagi memastikan rumahtangga bahagia, restu ibu dan bapa amatlah penting. Sebelum mengambil keputusan memperisterikan gadis pilihan, lebih baik mendapat pandangan daripada ibu dan ayah kerana redha Allah terletak pada keredhaan ibu dan bapa.

Dengan adanya restu kedua orang tua, InsyaAllah mahligai yang bakal dibina menjadi mudah seterusnya rumahtangga menjadi aman dan harmoni. Tambahan pula, seorang ibu mempunyai firasat yang kuat demi kebaikan anak-anaknya.

IKLAN

4. Niat Yang Baik
Segala perbuatan yang ingin dilakukan haruslah dimulakan dengan niat. Syarat untuk mendapat pahala ialah dengan niat Lillahitaala atau bersandarkan kepada Allah. Justeru, dengan memasang niat yang baik untuk mencari jodoh dan berumahtangga kerana Allah, segala amalan yang dilakukan akan memperolehi pahala berpanjangan. Dengan niat yang murni ini Allah akan dorongkan ke arah jodoh yang akan membawa ke syurga dengan izinNya.

5. Berusaha
Tidak dapat dinafikan bahawa jodoh itu salah satu takdir dari Allah. Namun, menerusi ayat ini “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya” (Ar-Rad: 11)

IKLAN

Ia membawa maksud bahawa usaha berterusan perlulah dilakukan agar keinginan yang dihajati tercapai. Tanpa usaha, agak mustahil akan dapat mencapai apa yang diinginkan. Jadi, janganlah ada istilah putus asa dalam mencari jodoh kerana ianya rahsia dari Allah. Disamping berdoa, berusaha juga sama pentingnya.

Doa Bertemu Jodoh – Ruqyah

Ya Allah Kurniakanlah Jodoh Yang Baik-Baik Buat Hambamu
.

Doa ini boleh diamalkan setiap kali selepas solat fardhu atau pada bila-bila masa yang bersesuaian sebagai langkah membersihkan jiwa daripada segala anasir negatif dan seterusnya mendekatkan jodoh di dalam kehidupan. Kita tidak dapat memandang remeh atau menolak tentang pengamalan ilmu-ilmu yang tidak baik seperti sihir, ilmu pengasih atau yang seumpamanya sungguhpun zaman semakin moden dan canggih.

Jodoh merupakan antara salah satu cabang yang sering terkait dengan pengamalan ilmu hitam seperti ini. Justeru penting untuk kita amalkan doa ruqyah ini bagi memohon perlindungan daripada Allah SWT supaya dihindari daripada perbuatan seumpama ini selain dipercepatkan jodoh.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI