Untung pelakon, Che Ta atau nama penuhnya Rozita Che Wan dikurniakan suami yang tidak cerewet dalam urusan rumah tangga.
Rozita, 52, berkata, Zain tidak pernah mengarah dia melakukan kerja rumah atau pun menghalangnya pulang lewat ke rumah sekiranya mempunyai tugasan di luar.
Zain Tak Pernah Arah Che Ta Buat Kerja Rumah
Cerita Che Ta, Zain cukup bertegas mengenai perkara melibatkan agama iaitu solat dan menjaga aurat.
“Alhamdulillah syukur untuk 10 tahun yang membahagiakan walaupun saya kadang-kadang jadi singa.
“Untung kami dapat suami macam Zain. Paling tidak cerewet, tak pernah suruh kami kemas rumah, basuh baju dan pinggan… Saya keluar lepak balik pukul 4 pagi pun dia tak tanya.
“Yang dia akan tanya, sayang sudah solat? Yang dia akan tegur hanya kalau aurat saya ternampak,” katanya.
Ads
Rezeki Dapat Suami Tahu Tanggungjawabnya
Rozita berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di TikTok miliknya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan bersama Zain yang kesepuluh.
Dalam pada itu, Che Ta turut berpesan kepada golongan wanita mencari teman hidup yang bukan sahaja memiliki kemewahan.
Sebaliknya kata pelakon Mat Kola ini, lelaki yang pandai menjalankan tanggungjawab sebagai suami sudah memadai untuk mendapatkan rumah tangga bahagia.
Ads
“Tak perlu lelaki kaya untuk rumah tangga yang bahagia janji tahu tanggungjawab masing-masing.
“Cari yang tahu agama dan praktikkannya bukan hanya tahu agama tapi jadi penunggang. Nauzubillah.
“Sebenarnya dalam apa juga keadaan dalam hidup ini, sederhana itu utama.
Ads
Disahkan Covid-19
Sabtu lalu, Che Ta memaklumkan hasrat meraikan ulang tahun perkahwinan mereka terbantut selepas disahkan positif Covid-19.
Walaupun semua persiapan sudah dibuat, Che Ta memilih membatalkan acara tersebut kerana bimbang akan menyebarkan virus berkenaan kepada tetamu.
Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 10 tahun.
Che Ta juga mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 27, dan Aniq Ezzra, 25.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hampir setahun lebih pelakon Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid dan pasangan, Jad Hanif Jimmy bergelar suami isteri dan bernikah secara online namun hanya baru-baru ini mereka selesai meraikan majlis resepsi bersama keluarga dan teman.
Tidak dinafikan memang cantik sungguh majlis resepsi Sharifah Aryana atau lebih dikenali dengan nama Yana. Bukan sahaja majlisnya meriah dengan kehadiran sanak-saudara dan teman malah busana yang digayakan pasangan ini juga sangat klasik. Yana sendiri tampak begitu anggun dalam menggayakan persalinan pelbagai budaya.
Instagram: @yana.alyahyaInstagram: @yana.alyahya
Dalam salah satu posting Yana di Instagram, dia dan suami bersyukur kerana semua majlis resepsi mereka sudah selesai diadakan. Kini mereka boleh fokus untuk bekerja dan membuat simpanan semula.
“Thank you to my in laws for everything! Mummy, thank you for helping us financially and giving us a place to have our majlis. Jamie and Ina, our baby angels! Apa apa pun we needed they came through! Kak Jasmin and Amat for helping us clean and set up the house for the majlis. Nasib baik ada you guys.
I’m so thankful both my families have met, spent time and get along so beautifully. Walaupun Yana penat and lepas ni Yana kena kerja super hard to make more money, Alhamdulilah everything went smoothly and everyone was happy. All the hard work and sleepless night were worth it! Alhamdulilahhhh”
Pernikahah Yana dan Jad diadakan pada 15 Januari 2021 secara atas talian dek kerana Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang kedua tahun lalu. Menurut Yana, segala persiapan seperti doorgift, lokasi dan beberapa perkara lain sudah pun confirm. Namun disebabkan PKP, segalanya tertunda. Yana juga hampir putus asa dan tidak mahu meneruskan dengan majlis resepsi tetapi keluarganya tetap mahukan mengadakan majlis untuk meraikan pasangan mempelai ini.
Menerusi satu postingnya, Yana bersyukur kerana dapat menyatukan semua orang yang disayangi dalam majlis yang indah itu.
“I’m not a lavish person who wants the most expensive things in life. My priority is having the people I love present, having fun and everyone having good food. I wish I could have had a bigger ceremony and that I could have invited more people tapi semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT. At the end of the day, i walked down the aisle holding the hands of the man of my dreams and had all the important people in my life cheer me on. Alhamdulilahhhh 🥰”
Instagram: @yana.alyahyaInstagram: @yana.alyahya
Memang tak puas tengok gambar-gamabr dari majlis resepi Yana ni. Dari solekan sehingga ke busana, semuanya begitu menawan. Kami di Pesona Pengantin mendoakan semoga perkahwinan dibina bahagia sehingga ke Jannah. Selamat melayari bahtera perkahwinan!
Akhirnya penyanyi dan pelakon, Che Puan Jeslina Hashim selamat bernikah dengan kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Eddy Nasruan Adil Tunku Mudzaffar dalam sebuah majlis tertutup.
Che Puan Jeslina Hashim Sah Milik Tunku Eddy
Berita gembira terbabit dikongsi pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim yang kini menjadi biras kepada penyanyi berusia 46 tahun itu.
“Hari yang indah dan majlis yang indah bagi meraikan akad nikah adik ipar saya Eddy Mudzaffar bersama Jeslina Hashim.
“Semoga Allah menjaga dan merahmati kalian berdua agar sentiasa gembira, sihat dan terus bersama hingga jannah,” katanya dalam hantaran Instagram.
Dihadiri Sarimah Ibrahim
Sarimah hadir ke majlis tersebut bersama suaminya, Tunku Nadzimuddin dan anak mereka, Tunku Sofia Najihah, 4.
Difahamkan, pernikahan pasangan yang sudah lapan tahun menjalin hubungan cinta itu diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Menerusi video, mempelai menggayakan persalinan sedondon serba putih, bahkan pengantin perempuan turut menitiskan air mata gembira sebelum upacara menyarung cincin.
Sebelum ini, Jeslina pernah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, namun bercerai pada Mac 2013.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Micah, 15, dan Keira, 13.
Tunku Eddy yang juga adik kepada suami Sarimah adalah cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan dan Yang di-Pertuan Agong ke-10, Tuanku Ja’afar.
Masker yogurt cukup membantu jika anda ada masalah kulit kusam dan tak berseri. Jadi bakal pengantin dan isteri yang ada masa di rumah boleh DIY sendiri untuk disapu ke wajah.
Seperti yang kita tahu, kandungan nutrisi dalam masker yogurt cukup membantu memperlahankan proses penuaan agar kulit awet muda.
Ini Manfaat Yoghurt Untuk Kulit!
Kombinasi nutrisi ini amat lengkap untuk melakukan proses regenerasi kulit, mengurangkan jerawat, sekaligus melindungi kulit dari pelbagai masalah.
Jom ketahui manfaat yang bakal anda perolehi sekiranya konsisten menggunakan masker yogurt.
1. Melembapkan Kulit Wajah
Yoghurt mempunyai kandungan Lactic Acid yang membantu melembabkan kulit kusam, dan hilang serinya.
Cara membuat masker ini pun amat mudah, sediakan yoghurt putih (plain yogurt) kemudian sapukan merata pada wajah. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, seterusnya bilas dengan air suam. Gunakan masker ini sebanyak 5 kali dalam seminggu.
2. Mencerahkan Kulit Wajah
Yogurt dengan campuran serbuk kunyit mampu membuat kulit satu tona lebih cerah. Ini kerana, Lactic Acid di dalam yogurt juga membantu mengeluarkan enzim yang dikenali sebagai Tyrosinase.
Ini juga membantu menghasilkan melanin yang menjadi punca kegelapan kulit. Manakala, kunyit mempunyai komponen bioaktif yang bersifat anti-radang dan antioksida yang baik untuk kulit.
Cara membuat masker dengan campuran kunyit:
• Siapkan 1 senduk makan serbuk kunyit dan yogurt putih secukupnya, campurkan keduanya dan gaul sebati di dalam mangkuk.
• Apabila adunan yoghurt dan kunyit telah sebati, sapukan menggunakan berus ke wajah, pastikan yogurt melitupi keseluruhan wajah anda.
• Biarkan selama 15 hingga 20 minit.
• Bilas dengan air suam, hingga bersih.
Okay, sekarang anda boleh pilih salah satu masker yogurt yang sesuai dengan masalah kulit anda. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!