Tular video luahan emosi daripada penyanyi, Ziana Zain, golongan ibu tunggal pasti memahami situasi yang dialaminya. Tak mudah melalui kehidupan membesarkan anak-anak selepas penceraian.
Stigma perceraian biasanya lebih tertumpu kepada wanita daripada lelaki. Entahlah, masyarakat sentiasa bersikap negatif terhadap wanita yang bercerai terutama ibu tunggal yang sepatutnya diberi sokongan dan pembelaan.
Antara cabaran utama yang sering kali ibu tunggal perlu hadapi ialah dari segi ekonomi dan kalau yang bekerja pula, penjagaan dan membesarkan anak seorang diri.
Ziana Zain Pernah 4 Tahun Murung, Bukan Mudah Jadi Ibu Tunggal
Berbahas soal ini, Ziana Zain mendedahkan pernah melalui fasa kehidupan yang sangat getir hingga mengalami kemurungan selepas berlakunya perceraian, lima tahun lalu.
Kata pemilik nama lengkap Siti Roziana Zain, 55, emosinya turut terjejas apabila terpaksa berdepan dengan pelbagai tohmahan menyakitkan hanya kerana dirinya seorang ibu tunggal.
Ads
“Bukan senang nak hidup dengan anak-anak tanpa suami. Sukar sebenarnya kerana kita nak kena tempuh mulut orang.
“Orang akan cakap pasal kita, menilai pemakaian termasuk bila balik malam-malam. Tipulah kalau ibu tunggal tak menangis, itu adalah lumrah.
“Bila difikirkan balik, boleh jadi gila dan tertekan. Disebabkan itu, saya mengalami kemurungan selama empat tahun selepas berlakunya perceraian.
“Situasi itu menyebabkan saya lebih suka berkurung dalam rumah,” luah Ziana dalam nada sebak.
Ads
Lawan Perasaaan Demi Besarkan Anak
Demi anak-anak, penyanyi yang namanya mula meledak menerusi lagu Madah Berhelah ini bangkit melawan perasaan dan kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
“Melihat anak-anak yang semakin membesar dan memikirkan keperluan mereka, saya kena bangkit dan kuat demi mereka.
Ads
“Jika saya terus hidup dalam keadaan seperti ini (berduka), anak-anak juga yang akan susah. Tiada siapa akan tolong selain diri sendiri dan juga semangat.
“Saya juga pernah bertanyakan pada emak, apa yang akan terjadi pada saya anak beranak, jika ditakdirkan abah sudah tiada.
“Pesan emak, saya kena percaya yang Allah akan tolong saya. Syaratnya, saya kena kuat dan sentiasa meminta pertolongan daripada-Nya,” ujar kakak kepada penyanyi Anuar Zain ini.
Pilih Berpisah Demi Kebahagiaan Hati Sendiri
Terdahulu, kemelut rumah tangga Ziana akhirnya bertemu titik noktah apabila suaminya, Armin Zaharin Ahmad melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Julai 2018.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 24, Muhammad Ammar, 19, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 14.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Salah satu tanda isteri bahagia adalah melihat situasi pelakon, Zahirah MacWilson yang dilihat semakin cantik walau sedang hamil anak kedua hasil berkongsi hidup bersama Aiman Aiman Hakim Ridza yang juga merupakan selebriti tanah air.
Terkini anak kepada bekas penyampai berita TV3, Zainol Johari MacWilson berkongsi satu video kediaman rumahnya yang hampir siap menerusi hantaran dalam InstaStory miliknya.
Zahirah MacWilson Kongsi Rumah Impian
Apa yang membuatkan warga maya teruja adalah, kediaman tersebut nampak luas lengkap dengan landskap taman pada bahagian luar.
Menerusi perkongsian tersebut, isteri kesayangan Aiman Hakim Ridza itu meluahkan rasa syukur apabila diberikan rezeki untuk mengubah suai kediamannya.
“Alhamdulillah untuk segalanya. Terdapat banyak perkara untuk disyukuri dengan air mata kegembiraan. Terima kasih ALLAH YANG SATU untuk segala-galanya,” titip beliau.
Tanda Isteri Yang Bahagia
Dalam hantaran berbeza, beliau turut berkongsi beberapa keping gambar dan video yang menunjukkan kerja-kerja menyiapkan kolam renang sedang dijalankan di kediaman baharunya yang turut bakal dilengkapi dengan ‘lounge’ atau sunken lounge secara terbuka.
Menariknya ruang berkenaan tampak begitu eksklusif, mewah dan sesuai dijadikan lokasi untuk lepak sambil healing.
Bahkan katanya, kediaman milik keluarga kecil itu juga bakal dilengkapi dengan bilik teater untuk bersantai sekeluarga.
Tular kontoversi Zahirah MacWilson yang dikritik hebat oleh seorang artis baru-baru ini langsung tidak berbekas di hatinya.
Lebih menjadi perhatian, pasangan ini mengambil pendekatan berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang maklum balas dan memilih untuk terus bahagia dengan hal keluarga kecilnya.
Bagus betul Pak Cik ini, langsung tidak tetapkan hantaran sebab niatnya tak mahu pihak lelaki terbeban dengan kos perkahwinan.
Kalau ikutkan, masih ada mak ayah yang mengambil kira besarkan anak dari kecil, mengambil kira dari sudut pendidikan terbaik hingga ada ijazah dan sebagainya. Kemudian terus kaitkan nilai hantaran dengan pendidikan yang dikecapi.
Hah, jenuh pihak lelaki kalau bakal pasangan sambung sampai PhD.
Tidak Tetapkan Hantaran, Tak Mahu Pihak Lelaki Terbeban
Nilai hantaran mengikut taraf pendidikan juga pernah menjadi perdebatan di media sosial kerana mereka yang ada SPM saja menetapkan hantaran sampai RM8000 mengambil kira keperluan semasa hari ini.
Jika lulusan SPM saja sudah RM8000, paling tidak mereka yang miliki ijazah RM15,000 atau RM20,000 ke atas.
Ini pasti membebankan kebanyakan lelaki bujang yang gaji asasnya sebanyak RM1500 sebulan.
Nilai hantaran ini pernah menjadi perdebatan di media sosial
Tolak Ansur Dengan Pihak Keluarga
Tapi tak semua mak ayah berfikiran tertutup kerana paling penting sebelum anak mendirikan rumahtangga, paling penting adalah perbincangan dan tolak ansur bersama keluarga lelaki.
Satu video yang viral di media sosial memperlihatkan seorang bapa yang telah meletakkan “hantaran” RM29,990 kerana anaknya, Amalina berkelulusan accountancy.
Jelas kelihatan rombongan lelaki terdiam mendengar angka dinyatakan namun secara spontan bapa ini berkata ia hanyalah gurauan semata-mata.
Dirinya langsung tidak meletakkan berapa nilai hantaran buat anak gadisnya dan semuanya terpulang kepada pihak lelaki untuk memberi berapa yang mampu.
“Saya tak mahu ia menjadi beban kepada pihak lelaki untuk menilai yang berpatutan, tidak membebankan dan itulah prinsipnya. Tapi paling diutamakan ialah mas kahwin yang wajib,” katanya yang membuat lawak.
Namun apa dimintanya hanyalah mas kahwin berjumlah dua dinar emas 999 yang mengambil kira satu dinar 999 bersamaan 4.25 gram.
Apa pun di dalam Islam, perkahwinan sebenarnya mudah. Dalam rukun nikah ada lima iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, saksi, wali dan akad.
Namun adat orang Melayu akan menambah hantaran, goodies bag, pelamin, make-up, band muzik, pelamin bermegah-megah sehingga perkahwinan hari ini dilihat suatu yang membebankan. Apa pun, tepuk dada tanya poket.
Penyanyi yang dikenali ramai, iaitu Aina Abdul merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana pasti satu Malaysia sudah mengenali beliau.
Kini namanya melonjak naik ke tahap yang lebih tinggi, kerana bakatnya dalam bidang nyanyian serta menulis lagu mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Fesyen Baju Aina Abdul Dikritik, Ada Yang Rimas Tengok
Aina Abdul juga, dikenali dengan fesyen yang diluar jangkaan serta fesyen Aina sering menjadi tumpuan orang ramai. Aina adalah antara selebriti yang berani mencuba pelbagai jenis silhouette fesyen, di mana tidak ramai selebriti yang berani untuk mencubanya.
Seperti yang diketahui, bahawa Aina merupakan Juri bagi BigStage untuk musim kali ini. Namun, penampilan setiap minggu yang ditonjolkan olehnya sering menjadi perbualan hangat netizen. Minggu ini, Aina hadir dengan fesyen berwarna neon hijau dilengkapi dengan turban yang besar bersama Bird Feather pada bajunya.
Rata-rata netizen meluahkan perasaan, bahawa mereka tidak gemarkan fesyen Aina yang berlebihan ketika menjadi juri di program tersebut, kerana boleh menganggu individu yang duduk dibelakangnya untuk menonton persembahan.
“Ni hiburan untuk semua. Bukan konsert sediri. Yang datang nak enjoy, nak tengok persembahan peserta. kalau setiap minggu ada gangguan pemakaian yang pelik@ macam juri sorang ni, kesianlah kan penonton yang duduk dibelakang tu. kena adalah sikap hormat kepada yang lain. pakai biasa2 je kan boleh, lagi cantik mata memandang,” komen mereka.
“Boleh tak team Aina Abdul fikir kan cara buatbuatkan outfit ke untuk Aina. Kelihatan begitu menganggu penonton,” tambah mereka.
“Hamba fesyen namanya ni, dan dah macam lapar perhatian pulak,” ujar mereka.
Apa-apa pun, fesyen pakaian pelik yang Aina sering pakai, selalunya hanya untuk memeriahkan sesuatu program. Namun ketika diluar pakaian Aina hanya biasa sahaja.
Aina merupakan selebriti yang berani, untuk bermain dengan fesyen kerana tidak ramai selebriti yang berani dan yakin sepertinya. Keberanian Aina tersebut, telah membuka peluang keemasan dalam industri fesyen untuk menampilkan idea-idea yang lebih kreatif pada masa akan datang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!