Penyanyi yang dikenali ramai, iaitu Aina Abdul merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana pasti satu Malaysia sudah mengenali beliau.
Kini namanya melonjak naik ke tahap yang lebih tinggi, kerana bakatnya dalam bidang nyanyian serta menulis lagu mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Fesyen Baju Aina Abdul Dikritik, Ada Yang Rimas Tengok
Aina Abdul juga, dikenali dengan fesyen yang diluar jangkaan serta fesyen Aina sering menjadi tumpuan orang ramai. Aina adalah antara selebriti yang berani mencuba pelbagai jenis silhouette fesyen, di mana tidak ramai selebriti yang berani untuk mencubanya.
Seperti yang diketahui, bahawa Aina merupakan Juri bagi BigStage untuk musim kali ini. Namun, penampilan setiap minggu yang ditonjolkan olehnya sering menjadi perbualan hangat netizen. Minggu ini, Aina hadir dengan fesyen berwarna neon hijau dilengkapi dengan turban yang besar bersama Bird Feather pada bajunya.
Rata-rata netizen meluahkan perasaan, bahawa mereka tidak gemarkan fesyen Aina yang berlebihan ketika menjadi juri di program tersebut, kerana boleh menganggu individu yang duduk dibelakangnya untuk menonton persembahan.
“Ni hiburan untuk semua. Bukan konsert sediri. Yang datang nak enjoy, nak tengok persembahan peserta. kalau setiap minggu ada gangguan pemakaian yang pelik@ macam juri sorang ni, kesianlah kan penonton yang duduk dibelakang tu. kena adalah sikap hormat kepada yang lain. pakai biasa2 je kan boleh, lagi cantik mata memandang,” komen mereka.
Ads
“Boleh tak team Aina Abdul fikir kan cara buatbuatkan outfit ke untuk Aina. Kelihatan begitu menganggu penonton,” tambah mereka.
“Hamba fesyen namanya ni, dan dah macam lapar perhatian pulak,” ujar mereka.
Ads
Apa-apa pun, fesyen pakaian pelik yang Aina sering pakai, selalunya hanya untuk memeriahkan sesuatu program. Namun ketika diluar pakaian Aina hanya biasa sahaja.
Aina merupakan selebriti yang berani, untuk bermain dengan fesyen kerana tidak ramai selebriti yang berani dan yakin sepertinya. Keberanian Aina tersebut, telah membuka peluang keemasan dalam industri fesyen untuk menampilkan idea-idea yang lebih kreatif pada masa akan datang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah nak mempertahankan sesebuah ikatan yang dibina. Perlunya kerjasama antara kedua-dua pasangan. Bagi yang sudah berumah tangga, perselisihan faham antara pasangan pasti akan berlaku.
Sebab itu pentingnya berkomunikasi dan bagaimana cara anda sendiri menyelesaikan masalah. Mudah je sebenarnya kalau anda nak lakukan perkara yang boleh menguatkan ikatan cinta anda dan si dia. Ikut sahaja langkah mudah ini!
1. Shopping Untuk Pasangan
Aktiviti santai menguji cita rasa masing-masing. Cuba ubah gaya pasangan mengikut cita rasa anda. Aktiviti ini akan mengeratkan lagi hubungan anda berdua serta lebih memahami pasangan anda.
2. Pergi Ke Tempat-Tempat Masa Bercinta Dahulu
Ambil masa untuk imbau kembali kenangan sewaktu anda bercinta dahulu. Lakukan rutin yang biasa dilakukan bersama semasa bercinta dahulu, pasti seronok dan kelakar lebih-lebih lagi bila ingat kenangan lama.
3. Picnic Time!
Salah satu aktiviti yang boleh anda lakukan bersama pasangan adalah pergi berkelah. Lupakan segala masalah untuk seketika dan habiskan masa berdua menikmati deruan ombak serta angin sepoi-sepoi bahasa. Inilah masa anda untuk borak sepuas-puasnya.
4. Main Permainan Bersama
Bring back your childhood memories. Siapa kata permainan untuk kanak-kanak sahaja? Beli permainan papan yang anda suka untuk isi masa lapang dirumah. Pasti lebih seronok berbanding tengok TV dan tidur.
5. Buat Perancangan Bersama
Duduk dan berbincang tentang hala tuju rumah tangga anda. Cara ini akan mengingatkan kalian berdua agar terus kekal bersama demi mencapai target yang telah ditetapkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas 10 tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Raysha Rizrose akhirnya mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Nabil Jeffri yang merupakan pelumba kereta Formula 3 dalam sebuah majlis tertutup, hari ini.
Perkara itu dikongsikan sendiri Raysha, 27, menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.
“Alhamdulillah. I am officially engaged,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Raysha yang juga adik kepada pelakon, Uqasha dan Nelydia Senrose turut berkongsi beberapa keping gambar majlis pertunangannya di Instagram Story.
Difahamkan hubungan rapat Raysha dan kekasihnya, Nabil sudah terjalin sejak mereka di alam persekolahan. Malah, katanya hubungan itu juga diketahui keluarga serta kenalan rapat yang mengenali mereka.
Pun begitu, kisah cinta Raysha mula menjadi perhatian terutama di kalangan warga maya selepas perkahwinan kakaknya, pelakon Uqasha Senrose dan suami juga pelakon, Kamal Adli diumumkan selepas sebulan bergelar suami isteri.
Perkongsian Raysha mengenai majlis pertunangannya mendapat perhatian warga maya dan juga rakan-rakan artis.
Berikut antara komen-komen di kalangan rakan-rakan artis:
Pelakon lelaki, Hafeez Mikail telah selamat bertunang dengan pilihan hatinya, Noor Azira Azman pada 24 Disember baru-baru ini. Bertempat di kediaman keluarga tunangnya di Beranang Selangor, majlis mengikat tali pertunangan antara keduanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.
SETAHUN JALIN HUBUNGAN CINTA
Memetik laporan dari Mstar, Hafeez memaklumkan selepas setahun menjalinkan hubungan cinta, sudah tiba masanya dia membawa hubungan itu ke fasa yang lebih serius memandangkan usianya sudahpun menjangkau 30 tahun.
“Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya dan bakal isteri saya. Terima kasih kepada tuan rumah, menyambut kami sekeluarga. Terima kasih juga kepada keluarga saya dan kawan-kawan saya yang hadir pada majlis saya dan bakal saya,” tulisnya di ruangan kapsyen dilaman Instagram.
Mereka bermula sebagai kawan dan kemudian barulah bercinta. Malah akui Hafeez, tunangannya bukanlah orang dalam industri seni.
“Rasanya sudah tiba masa untuk saya berkahwin. Umur pun semakin meningkat. Keluarga juga sudah merestui jadi eloklah saya cepatkan untuk jadikan hubungan ini halal,” katanya.
Jelas Hafeez lagi, dia sedang berusaha mempersiapkan diri untuk menjadi seorang suami yang baik agar dapat memikul tanggungjawab baru tidak lama lagi.
“Kalau nak cakap persediaan menjadi suami orang tu dah lama sedia. Tetapi apabila sudah bertunang ini saya haruslah lebih kerja keras dan memperbaiki diri untuk jaga anak orang.
“Tarikh perkahwinan sudah ditetapkan. Nanti saya akan umumkan,” ujarnya.
Bercerita tentang serba sedikit tentang tunangannya yang berusia 26 tahun, jelas pelakon yang pernah muncul dalam drama ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’ ini memaklumkan yang tunangannya sangat memahami serta sentiasa memberi dorongan kepadanya lebih-lebih lagi dalam urusan kerjaya.
Dalam masa sama juga pemilik nama sebenar Muhd Hafiz Muhd Zaki ini juga sempat mengingatkan bakal isterinya itu supaya bersedia dengan komen-komen negatif netizen. Hal ini kerana menjalinkan hubungan dengan seorang artis banyak cabarannya.
“Dia sangat memahami kerjaya saya dan tidak pernah menyusahkan. Malah keluarga juga dapat menerima saya dengan baik.
“Saya sudah pesan kepada dia supaya bersedia dari segi mental kerana selepas ini pasti akan terdedah dengan netizen. Ada sahaja yang tidak kena nanti akan mendapat kritikan. Ia juga mungkin melibatkan keluarga saya dan dia nanti,” jelasnya.
Hafeez Mikail merupakan antara pelakon yang kerap membintangi drama di televisyen. Dia juga pernah menceburi bidang penerbangan selama dua tahun pada 2010 hingga 2012.