Bagi memenuhi dulang hantaran, bunga rampai digubah indah sebagai pemberian kepada bakal pengantin. Bunga rampai menghadirkan aroma harum dan segar di sesuatu majlis yang diadakan. Ia juga satu terapi khusus kepada majlis persandingan dan amat baik diletakkan di dalam bilik pengantin.
Bunga rampai adalah hasil adunan beberapa jenis bunga terpilih dan daun pandan yang di hiris halus serta digaul dengan minyak wangi.Bunga rampai merupakan bunga yang dihiris halus, beserta daun pandan. Ianya juga digunakan semasa majlis merenjis atau tepung tawar di pelamin
Bahan-bahan untuk membuat bunga rampai:
- kelopak bunga mawar pelbagai warna, bunga melur, bunga jenjarum, bunga kekwa dan pelbagai bunga yang ada
- daun pandan
- daun limau perut – ia menambahkan aroma pada bunga rampai
- pachovali- pewangi bunga boleh dibeli jer dekat Maidin.
- air mawar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gambar Perkahwinan & Persandingan Orang Melayu Dulu-Dulu. Memori Sangat!
Selalu sangat kita disajikan dengan konsep perkahwinan yang mewah, moden kontemporari, hipster ataupun ringkas minimalis. Sekali-sekala bila terpandang gambar majlis perkahwinan dan kenduri kahwin zaman 80-an dan 90-an ini, sangat mengamit kenangan.
Kalau anda pernah merasa berada pada majlis perkahwinan sebegini, memang segalanya serba ringkas. Dari pakaian pengantin, ke aksesori sanding, pelamin, bunga telur, hidangan kenduri berhidang dan majlis gotong-royong yang pada hemat kami, sangat menjimatkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Sangka Bajet Kahwin RM75 Je, Dah Boleh Buat Dekat Hotel
Berjalan bergandingan menuju ke pelamin indah di dewan hotel lima bintang yang dihias cantik lagi meriah ditemani keluarga dan sahabat handai adalah impian bakal raja sehari sebaik memutus untuk mengikat janji hidup bersama.
Memang asyik, tapi ramai yang menyimpannya sebagai anganan semata-mata bila memikirkan tentang bajet.
Hakikatnya majlis perkahwinan yang indah di hotel lima bintang bukan hanya milik selebriti atau VIP sahaja. Impian semua bakal raja sehari ini boleh direalisasikan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur pada harga yang mampu milik.
Dengan harga serendah RM75 seorang melalui pakej Kenduri Style, pasangan pengantin boleh meraih majlis penyatuan yang didambakan di hotel ini yang memang cukup dikenali sebagai lokasi majlis perkahwinan terbaik di ibu kota.
PAKEJ LUAR BIASA DI SRI PACIFIC SEMPENA WEDDING OPEN DAY
Lebih menarik pakej Kenduri Style minimum 500 pax ini turut merangkumi dua pilihan menu, dekorasi pelamin, hiasan meja santapan pengantin, 5 tingkat mock up kek untuk sesi memotong kek, food tasting untuk 10 orang, bunga manggar serta sambutan paluan kompang selain dari 3 parking VIP dan juga flat rate untuk semua tetamu. Lengkap untuk sebuah perkahwinan yang meriah!
Pakej ini sebenarnya adalah antara yang turut ditawarkan dalam Seri Pacific Wedding Open Day yang akan berlangsung pada 23-24 Februari nanti.
Sempena acara itu juga istimewa buat bakal pengantin, Hotel Seri Pacific turut menawarkan rebat RM2000 dan penginapan satu malam bernilai RM1,500 di Bridal Suite untuk 100 mempelai terawal yang mendaftar.
PERTANDINGAN UNTUK ANDA YANG BERBAKAT DALAM HIASAN KEK, SIRIH JUNJUNG DAN SOLEKAN
Turut diadakan dalam acara Seri Pacific Wedding Open Day yang berlangsung selama dua hari itu adalah pertandingan menghias kek, sirih junjung dan juga pertandingan mekap pengantin serta pameran booth.
Orang ramai terutama bakal raja sehari dijemput untuk menghadiri acara ini yang turut akan mempamerkan dekorasi perkahwinan untuk kaum Melayu, Cina dan India.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelamin Impian Simbolik Cinta Ratu & Raja Sehari
Singgahsana yang diilhamkan dengan penuh rasa kasih dan sayang antara dua insan yang kini bersatu dalam ikatan suci menyuntik bahagia yang diimpikan oleh setiap pasangan uda dan dara.
Kuning dan putih menguasai singgahsana air tangan RIASMAZMIERA. Tidak terlalu sarat dengan hiasan bunga seperti kebiasaannya namun tetap tampak elegan dan mewah. Tidak dapat dinafikan bantuan pencahayaan juga menambah keserian pelamin cinta anganan uda dan dara.
Mainan rona-rona pastel dan benderang menjadikan singgahsana anyaman EYRA FADZ BRIDAL tidak kurang hebatnya. Rimbunan bunga-bunga pelbagai rona menokok seri pentas singgahsana meraikan pasangan maharaja dan maharani.
Hujan bunga. Mungkin itulah mesej dekorasi yang ingin ditampilkan oleh INTAN BRIDAL HOUSE. Berbumbungkan ‘langit bunga’ ternyata menyuntik daya tarikan yang luar biasa. Pasti mampu membuaikan perasaan mempelai.
Injeksi rona-rona suci seperti putih dan krim menjadikan singgahsana kelihatan mewah. Simbahan cahaya pada segenap ruang pelamin nyata menghidupkan suasana menjadikan pelamin ilham WEDDING GALORE SDN BHD kelihatan sempurna.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI