Sempurnakan impian perkahwinan dengan iringan gubahan hantaran yang dihias istimewa buat si dia. Keikhlasan kasih abadi pasti terpancar dengan persembahan gubahan hantaran yang dihias sempurna dan digubah indah dalam meraikan penyatuan dua hati.
Romantis warna pastel pada bunga-bungaan yang menghiasi gubahan hantaran berkonsepkan moden menyerlahkan gaya eksklusif pada gubahan ini. Perincian bunga hydrangea, eustoma, mawar dan orkid menyerikan lagi persembahan hantaran terindah buat kekasih hati.
Buat bakal pengantin, jadikan 11 idea gubahan hantaran ini untuk menyempurnakan majlis berbahagia anda berdua nanti.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cetus Kelainan Majlis Resepsi Dengan Tema Night Dinner Glam Beach
Setiap pasangan mengimpikan majlis perkahwinan yang meninggalkan memori yang bermakna. Buat pasangan Tajul Aiman Aznan dan Nor Afifah Habib Mohamed memilih majlis resepsi mereka dengan tema Night Dinner Glam Beach. Majlis resepsi berlangsung dengan penuh meriah yang dihadiri oleh sanak saudara dan sahabat handai. Dianggarkan lebih kurang 2000 jemputan hadir pada malam tersebut.
Villa Kuchinta, Kuantan menjadi lokasi untuk majlis istimewa ini. Memilih waktu malam dan dihiasi lampu fairy light memberikan suasana tenang dan glamor. Azmi dari Dream Catcher bertindak sebagai perancang perkahwinan untuk majlis ini.
Idea lahir setelah pihak pengantin perempuan iaitu Fifi menetapkan lokasi majlis. Fifi menyukai akan dekorasi serba putih dan kombinasi rona hijau. Maka Azmi mencadangkan kepada pengantin untuk mendirikan pelamin berhadapan kolam. Ditambah dengan pemandangan yang indah mengadap pantai. Pokok-pokok kelapa menjadi penyeri majlis ditambah dengan hiasan lampu. Kebanyakan idea dari pengantin sendiri kerana dia mahukan kelainan.
Antara jenis-jenis bunga yang digunakan ialah roses, hydrangea dan daun-daun hijau. Tiada kesukaran yang dihadapi cuma bimbang hujan turun kerana majlis berlangsung di luar. ” Seminggu sebelum itu agak merisaukan kerana hujan asyik turun, Fifi cadang meletakkan khemah andai hujan turun berterusan sehingga hari majlis. Namun Alhamdulillah cuaca baik. Pada hari majlis, kami tidak memasang langsung kipas memandangkan angin sejuk dari laut. Cukup sejuk dan nyaman suasana pada ketika itu,” cerita Azmi.
Lihat dekorasi yang diilhamkan oleh Azmi dari Dream Catcher.
Sumber : pic Azmi Dreamcatcher
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bunga-bungaan Latari Singgahsana Fairytale
Pastinya kehebatan pelamin fairytale yang menjadi langkah permulaan kehidupan bersama pasangan raja dan ratu sehari akan terkenang-kenang buat selamanya.
Dikongsikan Lapan Tip Menghias Pelamin Fairytale
*Bunga-bunga segar yang disusun di dalam pasu besar manis sekali diletakkan di kiri dan kanan singgahsana.
*Penggunaan kerangka lampu lantera sebagai bekas hiasan bunga menyuntik elemen kreativiti yang tersendiri.
*Gabungan bunga mawar dan baby breath yang dililit sempurna antara idea kreatif yang boleh dijadikan hiasan pelamin. Tambahan botol kecil pada lilitan bunga menjanjikan hasil yang lebih menarik.
*Bunga mawar putih ilham bentuk hati boleh juga digantung selain diletakkan di atas dulang berkaki tinggi.
*Pilihan lain untuk juntaian flora di pelaminan antaranya orkid dan juga cherry blossom.
*Suntikan bunga mawar di dalam kerangka kayu berbentuk permata ini mampu mencuit jiwa tetamu jemputan yang datang ke majlis meraikan pengantin.
*Sangkar burung yang mulanya polos akan lebih mencuri deria pandang tatkala dihias dengan bunga di dalam dan di atas sangkar.
*Untuk gaya yang lebih unik, susun sekuntum bunga mawar di dalam balang kaca kecil berantai. Selang-selikan peletakan kuntuman bunga mawar dengan kelopak-kelopak bunga mawar.
Waktu Persiapan
Waktu untuk membuat persiapan majlis resepsi dengan konsep unik ini sebaiknya dilakukan setahun sebelum atau minimum enam bulan sebelum majlis berlangsung. Jadi kalau sampai terjadi hal-hal yang tidak diinginkan, masih punya waktu untuk menyelesaikannya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keliru Nak Beli Perabot Siap Atau Custom Furniture?.Pengantin Baru Sila Semak Tip Hiasan Rumah Ini
Usai sudah upacara majlis pernikahan dan resepsi kedua belah pihak. Kini, tiba masanya pasangan pengantin baru memulakan kehidupan berumahtangga sebagai suami isteri.Berpindah ke kediaman sendiri? Ya , pelbagai keperluan perlu di ambil kira baik dari segi luaran mahupun dalaman kediaman.
Interior rumah bukan hanya bergantung kepada faktor keluasan mahupun gaya interior yang diterapkan namun kedudukan perabot juga penting. Perabot di dalam sesebuah rumah turut membantu dalam memperindahkan ruang kediaman. Jika memilih kediaman apartmen atau kondominium, mungkin ruang agak terhad dan pemilihan perabot yang tidak terlalu besar adalah pilihan yang terbaik. Namun jika memilih kediaman teres dan sebagainya, soal ruang tidaklah menjadi satu masalah besar.
Antara pilihan masa kini, adakah anda mahu menggunakan perabot siap (ready stock) atau yang ditempah (custom furniture)?
Sebelum memutuskan untuk memilih yang mana satu, kenali terlebih dahulu kebaikan dan keburukan membeli perabot siap mahupun custom furniture.
PERABOT SIAP
Anda membelinya secara terus di kedai-kedai perabot. Jika anda lebih suka membeli perabot siap maka tiada masalah kerana ia boleh digunakan terus. Harganya juga jauh lebih murah jika dibandingkan dengan custom furniture. Rupa dan reka bentuknya lebih rapi.
Namun begitu, menggunakan perabot siap turut mempunyai kelemahannya. Biarpun perabot siap ini kelihatan hebat namun faktor kelemahannya juga mesti anda perhatikan agar tidak menyesal pada kemudian hari. Kelemahannya temasuklah:
1. Anda tidak mengetahui dengan lebih jelas tentang material apa yang digunakan.
2. Tidak tahu perabot tersebut akan bertahan berapa lama.
3. Ukuran perabot belum tentu sesuai dengan keluasan ruang rumah anda.
4. Walaupun reka bentuk perabot ada bermacam jenis, belum tentu sesuai dengan konsep atau gaya interior rumah anda.
CUSTOM FURNITURE
Nah, jika anda ingin menggunakan custom furniture atau dibuat khusus untuk dekorasi rumah anda terdapat banyak kelebihan yang akan diperolehi. Antaranya ialah:
Ukuran perabot sudah tentu sesuai dengan keluasan ruang rumah anda.
Bahan material yang akan digunakan juga boleh anda cari dan pilih sendiri bersama pereka hiasan dalaman demi mendapatkan kualiti perabot yang terbaik serta tahan lama.
Bermula rekaan sehinggalah kepada pemilihan warna perabot pun boleh anda ciptakan sesuai dengan konsep interior dan cita rasa anda.
Kelemahan custom furniture pula antaranya ialah;
1. Tempoh menghasilkannya agak panjang.
2. Harganya lebih mahal, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan bahan yang berkualiti tinggi.
3. Hasilnya tidak sekemas buatan fabrik.
Jadi, sebaiknya ambil tahu mengenai bahan atau material yang digunakan di dalam pembuatan sofa yang menjadi pilihan agar anda alah membeli, menang memakai. Sofa bukanlah perabot yang perlu diganti setiap tahun. Jika anda bijak memilih sofa berkualiti, ia mampu bertahan sehingga 5 atau 10 tahun. Tepuk dada, tanya selera!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI