• 23
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    23
    Shares

Rata-rata wanita takut untuk mendekati lelaki jenis ‘anak mak’ kerana mereka beranggapan mereka ini terlalu manja dan tiada pendirian yang teguh. Selain itu, pelbagai persepsi buruk dilemparkan kepada lelaki jenis ini hingga golongan wanita tidak mahu mempunyai hubungan dengan lelaki anak mak.

Namun, jika hati sudah terpaut dan jodoh dengan lelaki anak mak telah ditetapkan, wanita harus akur dan sebainya lakukan persediaan mental dan fizikal. Ia cukup penting untuk berdepan dengan lelaki seperti ini. Jom kita lihat 7 cara relevan dan efisyen untuk kendali lelaki jenis anak mak!

1. MENYATAKAN PERASAAN

Elak untuk berasa cemburu ketika suami memberi tumpuan yang lebih kepada ibunya. Isteri dilarang sama sekali untuk bercakap tentang keburukan ibu mertua di hadapan suami. Ia boleh merosakkan hubungan anda suami isteri dan juga hubungan dengan ibu mertua Beritahu kepada suami apa yang boleh dia lakukan kepada anda iaitu sentiasa menunjukkan kejujuran, keikhlasan dan kasih sayangnya.

2. BELAJAR MENGENALI IBU MERTUA

Sebagai seorang isteri, cuba belajar untuk mengenali siapa ibu mertua. Perhatikan bagaimana sikap ibu mertua anda. Cuba bertanya kepada suami apa yang disukai atau yang dibenci oleh Ibu mertua. Cuba untuk ikut rentak ibu mertua namun sentiasa bersopan ketika bersama ibu mertua. Anggap ibu mertua seperti ibu anda.

3. BERSIKAP POSITIF

Apabila anda berfikiran terbuka dan sentiasa positif, ia akan memudahkan semua pihak. Segala yang dilakukan oleh suami dan ibu mertua tidak akan menjadi masalah besar kepada anda. Bersikap positif membantu untuk mengelak berlakunya persengketaan terhadap perkara remeh dan rumah tangga akan sentiasa dipenuhi kasih sayang. Sentiasa berdoa supaya segala masalah dapat dilalui dengan mudah.

4. MEMASAK MAKANAN KEGEMARAN

Masakan amat penting untuk menggembirakan suami anda. Belajar cara masakan ibu mertua untuk menarik perhatian suami. Ini kerana suami membesar dengan masakan ibunya jadi tidak salah untuk anda belajar. Suami mungkin akan bertambah sayang kerana anda pandai dan sanggup belajar memasak dengan ibunya.

5. BERTOLAK ANSUR

Hubungan suami isteri perlu dilengkapkan dengan sikap tolak ansur antara anda dan juga suami. Jika suami ingin pulang ke kampung untuk menjenguk ibunya, anda perlu menuruti kata suami dan cuba memberi mereka peluang untuk meluangkan masa bersama. Sikap ini dapat menyelesaikan pelbagai masalah dan membuat kehidupan anda suami isteri lebih bahagia.

6. JANGAN BANDINGKAN

Elakkan dari membandingkan emaknya dengan ibu anda. Ini antara pantang paling besar seorang anak emak. Walau ibu anda merupakan yang terbaik, tetapi bagi suami emaknya adalah wanita yang sempurna. Jika anda kerap membandingkan mertua dan ibu anda, ini boleh menyebabkan pergaduhan besar dan mungkin mengakibatkan berlakunya keretakkan rumah tangga.

7. PIKAT HATI MERTUA

Sebagai seorang ibu, mertua mengharapkan menantu untuk menjaga anak lelaki dengan baik sepertimana dia memelihara anaknya. Isteri perlu berusaha untuk mengambil hati mentua walau agak susah. Jika kerap pulang ke kampung, anda dapat menjalikan hubungan yang lebih baik dengan ibu mertua sambil dapat mendekatkannya dengan cucu-cucunya. Suami pasti akan menyayangi anda kerana memahami perasaan dia.

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: