Selain pelamin dihias menawan, penataan dekorasi meja makan untuk para tetamu jemputan di majlis kahwin juga mampu mencuri tumpuan dengan dekorasi bertepatan tema yang dipilih. Ia memberi aura yang mengundang buat tetamu dan mereka merasakan dihargai sekali gus memberi keselesaan sepanjang majlis berlangsung.
Gubahan bunga semestinya memberikan tumpuan ke atas setiap meja. Selain itu dekorasi lain yang melengkapi ialah pilihan pasu kaca dan lilin juga mampu mengindahkan, selain menghadirkan suasana romantis di meja santapan. Seleksi sudu, gelas, pinggan dan mangkuk yang elegan juga menjadi penyeri di meja makan.
Buat anda yang mahukan gaya elegan di meja makan tetamu, 10 idea berikut boleh dipertimbangkan.
Sumber: glamweddings, razakflora, nasgreatidea_weddings
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelamin Dan Dekorasi Serba Putih Di Tepi Pantai Cipta Kelainan Di Majlis Nikah
Mengadakan majlis kahwin dengan konsep unik dan tersendiri menjadi momen terindah buat pasangan pengantin. Baru-baru tular pelamin dan dekorasi serba segar yang berlangsung di tepi pantai dengan konsep yang unik dan menarik perhatian ramai.
Pelamin dan dekorasi indah ini dihasilkan oleh Nadia Darina Wedding. Pesona Pengantin berkesempatan menemubual perancang perkahwinan yang bertanggunjawab untuk mengetahui lanjut tentang dekorasi yang dihasilkan.
*************************************************************************************
Sebelum merealisasikan dekorasi ini, pihak pengantin berbincang tiga minggu sebelum majlis ini diadakan di tepi pantai. Semestinya pengantin telah mendapat keizinan ibunya dahulu sebelum bercadang untuk mengadakan majlis di tepi pantai iaitu di D’rumoh Pata Kuala Terengganu. Alhamdulillah. bonda pengantin setuju. Selain itu Jabatan Agama Islam Terengganu juga memberi keizinan untuk mengadakan majlis nikah di situ.
Idea dan konsep tercetus dari pengantin sendiri. Syazwani minta kami sebagai wedding planner membuat outdoor wedding yang sangat simple tetapi cantik.
Pada mulanya, pihak kami melihat ramalan cuaca untuk tarikh tersebut. Bimbang andai hujan turun. Bile ramalan cuaca tidak hujan, pihak kami mula berani membuat persiapan. Waktu site visit, saya jugak ambil kira, matahari naik di sebelah mana juga mengambil kira kawasan tanah yang mana lebih rata. Maklumlah, tanah pantai sangat lembut.
Pemasangan bermula dari jam 5 petang sehingga 2 pagi. (Siap sekali dengan hantaran bunga segar). Pemasangan tidak perlukan masa yang lama. Ini kerana kami sudah tahu design yang ingin dihasilkan. Barang-barang yang berat dan stabil digunakan untuk majlis ini atas faktor angin pantai yang kuat.
Tidak dinafikan mengadakan majlis outdoor perlukan komitmen yang tinggi. Kami perlu datang dan periksa sekali lagi sebelum majlis berlangsung bimbang sekiranya ada barang yang diterbangkan angin. Backup plan, jika hujan, semuanya terpaksa dialihkan di bawah kanopi.
Tiada langsung kesukaran untuk mengadakan majlis di tepi pantai. Alhamdulillah. majlis ini dibuat di kawasan restoran yang sudah pun ada cahaya lampu. Jadi kami boleh nampak keseluruhan setup pada malam itu
Majlis ini sangat ringkas dan sweet. Tiada majlis persandingan hanya majlis nikah sahaja. Masa yang diambil sangat singkat iaitu pada jam 9 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Jemputan tetamu yang hadir lebih kurang 500 orang dan di hadiri oleh kenalan dan saudara mara terdekat.
Akui Nadia sudah beberapa kali mengadakan majlis outdoor tetapi ini yang pertama kali di adakan di tepi pantai. Sesungguhnya ia mencetuskan kelainan dan aura yang berbeza buat tetamu yang hadir ke majlis tersebut.
Sumber: ig nadia darina wedding. pic miey_photography
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gambar Kahwin Bukan Untuk Ditayang Walaupun Di Rumah Sendiri
“MALAIKAT (PEMBAWA RAHMAT) TIDAK MASUK KE DALAM RUMAH YANG DI DALAMNYA ADA ANJING ATAU GAMBAR.” YANG DIMAKSUDKAN ADALAH GAMBAR YANG MENYERUPAI MAKHLUK BERNYAWA.”
(HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI, KITAB EKSPEDISI PEPERANGAN BERSAMA NABI (5/59), NO. 338)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Serlahan Romantis Singgahsana Modern English
Majlis persandingan merupakan acara kemuncak dalam sesebuah majlis perkahwinan. Maka tidak hairanlah dekorasi sesebuah pelamin itu amat penting bagi memastikan majlis persandingan penuh dengan kemeriahan serta eksklusif.
Sungguh mendamaikan tatkala memandang dekorasi pelamin dengan rona-rona putih menepati tema Modern English yang mewah dengan elemen romantis.
Nuansa rona putih melatari segenap ruang pelamin berkonsepkan Modern English. Rona putih melambangkan kesucian dan keindahan. Selain rona putih, rona krim mahupun kuning cair juga sesuai untuk pelamin berkonsepkan Modern English.
Rona-rona lembut begini apabila diterapkan di pentas pelamin akan melontarkan imej moden yang serba ringkas tetapi tampak mewah.
Garapan ronap-rona bayu serta dan peletakan elemen-elemen hiasan di pentas pelaminan menyerlahkan keanggunan resepsi perkahwinan.
1.Injeksi lilin putih di penjuru singgahsana mencetuskan mood romantis pada dekorasi singgahsana.
2.Bantal empat segi rona putih dengan perincian renda menjadikan kerusi mempelai tampak berseri.
3. Penggunaan lampu kerangka lantera menyerlahkan nuansa mewah dan moden.
4.Hiasan tiang dengan suntikan mewah serta juraian bunga mawar putih menerjahkan magis yang tersendiri.
5.Serakan kelopak-kelopak bunga mawar di atas singgahsana adalah satu idea ringkas yang punya impak tersendiri.
6.Gabungan bunga mawar dan tulip rona putih yang diletakkan di dalam baling kaca pastinya menjentik deria pandang para tetamu.
7.Selain fabrik putih sebagai backdrop pelamin, fabrik rona kuning cair juga sesuai untuk tema Modern English.
8. Simbahan cahaya lampu chandelier kristal menghidupkan suasana redup dan tenang.
Sumber gambar: Intan Bridal House
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI