Niat dihati ingin berkahwin tapi apakan daya duit simpanan belum mencukupi maka membujanglah kita sampai tabungan menjadi penuh. Tambahan pula kos perkahwinan yang tak masuk akal dan bertambah rumit jika pasangan kamu yang jenis ‘ high maintenance’. Tapi jika tidak bertindak dan hanya memberi alasan yang mengunung tinggi tiada gunanya jua.
Nah kami kongsikan 13 tip panduan bagi kamu yang ingin berkahwin tapi masih tidak mencukupi wang. Mungkin artikal ini memberi manfaat dan berguna buat kamu.
1- Buatlah tabung kahwin walaupun belum ada calonnya. Dengan harapan, bila muncul saja putera idaman atau puteri kayangan, boleh terus kahwin selepas berkenalan.
2- Terlalu ramai yang menyesal sebab tak buat tabung kahwin awal-awal. Ambil iktibar, jangan ulangi kesilapan mereka. Pelik sungguh kalau couple sampai 10 tahun, tapi tabung kahwin RM5,000 pun tak pernah wujud.
3- Lelaki atau perempuan, dua-dua kena mulakannya sekarang. Kalau majlis yang anda rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000. Berani? Ajak pasangan baca posting ni sama-sama. Lagi seronok, ajak mertua sekali.
4- Barulah adil, saksama dan sekufu. Dua-dua bijak merancang kewangan. Yang lelaki kumpul duit kahwin untuk membuktikan yang dia mampu dan kuat berusaha. Lepas kahwin nak jadi ketua keluarga kan.
Ads
5- Yang perempuan, untuk buktikan yang dia sudi susah senang bersama lelaki tu. Ini kalau sebelum kahwin pun sanggup tengok lelaki bergolok gadai seorang diri, macam mana pula selepas kahwin nanti.
6- Kalau kita terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenarnya kita belum mampu memilikinya. Apatah lagi tujuannya untuk berkahwin. Berkahwinlah guna mana-mana duit yang ada saja.
7- Sebelum kahwin kita dah kata yang komitmen kita tinggi, dan tak mampu buat simpanan. Jangan ingat lepas kahwin hidup akan jadi lebih mudah. Baru sebulan kahwin, isteri dah start morning sickness. Faham-fahamlah.
Ads
8- Jika sebelum kahwin tak mampu menyimpan RM500 sebulan, jangan pula ambil pembiayaan peribadi dengan ansuran bulanan RM500. Senak nak bayar nanti. Lupakanlah pembiayaan peribadi tu.
9- Jenis yang lepas kahwin baru sedar nak beli rumah, jenuhlah nak kumpul deposit. Hutang kahwin tak habis-habis, bayangan rumah sendiri langsung tak kelihatan. Jauh dan semakin menjauh.
10- Orang kahwin, murah rezekinya insyaAllah. Tapi kita tetap perlu merancang dengan baik. Sama ada yang kita rancang tu menjadi atau tidak, itu rahsia Allah. Kita merancang, Allah jua sebaik-baik perancang.
Ads
11- Lagi 7 bulan nak kahwin, tapi belum cukup duit. Cadangan saya, nak tak nak, buatlah simpanan RM1,000 setiap bulan bersama pasangan. Atau kurangkan kos lain yang tak wajib dan tak perlu.
12- Jangan bergantung kepada satu pendapatan yang sedia ada. Buat jualan online yang memerlukan modal kecil atau yang tanpa modal, dropship, affiliate, Uber, Grabcar dan lain lain.
13- Pelamin DIY, kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer tak perlu sampai 3 orang, kalau tak mampu buat 2 majlis asing, buat 1 majlis sekali pun boleh, jimat 50% belanja. Bridesmaid tak payah wujud langsung kalau kita yang kena tanggung.
Sumber : Harith Faizal
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Agak kritikal hubungan rumah tangga kalau isteri nak ziarah dan berbakti pada mak ayahnya yang masih hidup pun suami berkira. Boleh jadi rumit dan kudis!
Jadi untuk betulkan situasi ini, suami kena renungkan perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini. Bagi seimbang dan harmoni kedua belah pihak.
Isteri Nak Ziarah Dan Berbakti Pada Orang Tua
Kalau kahwin dengan perempuan yang masih ada ibubapa lagi, maka suami kena berlapang dada.
Dia nak berbakti kepada orang tuanya, tolong bagi.
Dia nak memberi kepada orang tuanya, tolong bagi.
Dia nak balik, nak ziarah orang tuanya, tolong bagi.
Jangan halang.
Benda yang dia nak buat itu, adalah tanggungjawab dia sebagai anak.
Dia masih ada mak bapak, maka biar dia nak jaga, nak layan, nak bagi mak bapak dia happy.
Usah Pentingkan Diri Dan Berat Sebelah
Jangan sesekali berat sebelah. Suami sahaja boleh buat itu ini pada mak bapaknya.
Bila turn bini, kita halang, suami tak bagi. Alasan suruh taat perintah lelaki itu, alasan orang tak mengaji.
Dia bukan nak buat kemungkaran, bukan nak buat kejahatan, bukan nak buat benda yang tak berfaedah.
Jadi kenapa nak halang?
Selagi yang dia nak buat kat mak bapaknya, itu tak memudaratkan dirinya dan orang sekeliling. Maka izinkan tanpa syarat.
Itu tanda suami yang mengaji, bukan suami yang buta hati.
Jadi pilihan anda macam mana nak jernihkan hubungan suami isteri atau terus ‘keruh’kan perasaan pasangan dengan sikap pentingkan diri sendiri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa untuk melipat gandakan ibadah. Di waktu ini juga kesempatan buat anda dan pasangan menambah keharmonian dalam rumah tangga. Andai jarang berkumpul bersama sebelumnya, Ramadan merapatkan hubungan anda untuk melakukan ibadah bersama. Berikut tip buat pasangan dalam menjaga keharmonian sepanjang bulan mulia ini.
Menyiapkan makan sahur dan buka bersama
Dalam tempoh bulan Ramadan ini anda dan pasangan boleh bantu membantu dalam menyiapkan makan sahur dan buka bersama dengan keluarga. Di waktu-waktu yang lain mungkin satu keluarga jarang untuk makan bersama.
Walaupun mungkin tidak dapat dilakukan setiap hari memadai jika dapat melaksanakannya di hari minggu atau waktu yang terluang.
Di hari-hari biasanya tentu sukar untuk bersama. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam mungkin berasingan, terutama bagi mereka yang bekerja. Tentu berbeza di bulan Ramadan, sering kali sahur menjadi momen berkumpul bersama dan saling berbual. Secara tidak langsung muncul rasa bahagia dan keharmonian dalam rumah tangga.
Solat Tarawih bersama
Walaupun sebagai amalan sunnah, tarawih di bulan Ramadan sebagai pengganti adalah sangat digalakkan. Untuk itu, setiap malam setelah berbuka puasa dan solat isyak, tarawih berjamaah di masjid juga sangat digalakkan. Selain untuk solat dan ibadah menghadap Allah, tarawih bersama juga membuat anda bersilatturahim dan bertemu dengan saudara-saudara semuslim lainnya, yang jarang bertemu di bulan selainnya.
Tarawih bersama boleh meningkatkan keharmonian dan kekeluargaan di dalamnya. Tentu saja, akan semakin baik jika dilakukan secara konsisten.
Saling berkongsi Ilmu Islam
Bulan Ramadan tentunya amalan ibadah adalah hal utama yang harus dilakukan. Bergosip, bercerita keburukan orang lain tentunya menjadi perkara yang harus dielakkan dan dikurangkan sebagai bentuk latihan diri kita menjadi lebih positif. Saling berkongsi ilmu contohnya mengenai Hikmah Bulan Ramadan dan Malam Terakhir Bulan Ramadan.
Sentiasa menjaga diri dari maksiat
Keharmonian di bulan Ramadan juga boleh dilakukan dengan cara saling menjaga dan mengingatkan agar tidak berbuat maksiat. Hal ini diperlukan dalam sebuah keluarga, kerana keluarga bahagia menurut Islam adalah mereka yang mampu menjaga masing-masing agar tidak berbuat dosa atau sesuatu yang melampaui batas
Berkumpul dan bersilahturahmi dengan keluarga
Salah satu cara menjaga keharmonisan rumah tangga ialah dengan berkumpul dan silatturahim bersama keluarga yang jarang bertemu. Ramadan adalah waktu yang sesuai untul mengeratkan silatturahim kerana hati dan ketenangan beribadah sedang dilakukan. Membuka diri dan menerima saudara adalah hal yang boleh dilakukan di masa bulan Ramadan.
Sumber :https://dalamislam.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ianya sudah menjadi fitrah seorang wanita yang mempunyai hati yang sensitif berbanding lelaki. Dalam hubungan pula, tidak semestinya wanita saja yang merajuk, lelaki juga mempunyai perasaan dan akan terasa dengan sesuatu perkara, jangan ingat hanya wanita sahaja yang boleh terasa ya.
Lelaki zaman kini lebih sensitif dan mudah tersentuh, tidak bermaksud mereka ini seorang yang lembut tapi kaum adam juga miliki hati dan perasaan. Biarpun mereka sering kelihatan macho, mereka juga mahukan ruang untuk dipujuk. Kaum wanita jangan ambil mudah dengan perkara ini, kerana ini juga memainkan peranan yang penting dalam hubungan. Hari ini, kami akan kongsikan beberapa tips dalam memujuk lelaki.
1. Cari Sebabnya
Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan mengetahui mengapa punca lelaki itu merajuk. Jangan hanya biarkan sahaja. Jika anda sedar kesilapan itu berpunca dari anda, berterus-teranglah dan mengakui kesilapan anda. Lelaki seorang yang ego, jangan anda menambah dan mencabar lagi keegoaannya. Lebih baik anda meminta maaf dan mengakui kesilapan untuk meneruskan hubungan yang baik.
2. Berikan Ruang
Sekiranya anda melakukan satu kesalahan dan si dia mula merajuk, jangan terus memberikan penjelasan kepadanya. Beri dia ruang untuk ‘melayan perasaan’ dahulu. Setelah rajuknya reda, barulah anda cuba mendapatkannya dan menjelaskan keadaan yang sebenar.
3. Masak Makanan Kegemarannya
Sebagai tanda meminta maaf, anda boleh memasak sesuatu yang istimewa dan letakkan di atas meja pejabatnya untuk makan tengah hari diselitkan bersama nota ‘minta maaf’. Kemungkinan selepas membaca nota itu, dia akan menghubungi anda dan keadaan kembali menjadi normal seperti sedia kala. Tak cuba mesti tak tahu kan?
4. Buat Kejutan Untuk Dia
Jika sebelum ini dia ada mengajak anda melakukan sesuatu seperti menonton bola tetapi anda menolak, apa kata kali ini, anda pula yang mengajaknya? Cuba lakukan sesuatu yang si dia gemar dan mungkin dia akan kembali seperti biasa selepas melakukan perkara ini. Cubalah dahulukan?
5. Gunakan Kreativiti Anda
Wanita sering dikatakan kreatif dalam melakukan sesuatu. Sekiranya si dia langsung tidak mengendahkan anda, mungkin anda boleh menulis penjelasan anda dan kata-kata maaf di dalam sebuah kad yang anda buat sendiri. Ayat-ayat cinta dan usaha anda pasti membuatkan rajuknya reda. Apatah lagi dia melihat usaha anda yang bersungguh-sungguh.
6. Kelemahan Diri
Sebagai pasangan si dia, anda pasti tahu kelemahannya bukan? Apa kata anda cubanya untuk memenangi semula hati si dia? Tetapi berpada-padalah, jangan sehingga mencabar keegoan si dia. Jika berlaku, bertambah besarlah masalah anda.
7. Diamkan Diri
Sekiranya usaha yang telah dilakukan tidak berjaya dan si dia masih merajuk dengan anda, cuba mendiamkan diri. Setelah berusaha sedaya upaya untuk memujuknya, diamkan diri dan sekiranya si dia menyayangi anda, dia pasti rindu dan akan menghubungi anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!