Setiap manusia pastinya ingin mencari pasangan sehidup semati yang tepat dan terbaik. Hormat-menghormati dan saling melengkapi merupakan nadi untuk menjamin kehidupan rumah tangga yang lebih harmoni.

Dalam mencari pasangan yang sempurna, pelbagai proses akan dilalui sepanjang tempoh perkenalan hinggalah anda akan mengatakan he/she is the one for me. Namun bagaimanakah anda akan tahu yang dia adalah pasangan terbaik untuk dijadikan teman sejiwa anda? Nak tahu jawapannya, cuba tengok tanda-tanda ini. Kalau ada tu, maksudnya anda sudah jatuh cinta dan temui cinta sejati.

1. RASAI KESAKITAN BERSAMA

Tanda-Tanda Anda Sudah Jatuh Cinta & Temui ‘Cinta Sejati’!

Apabila pasangan mengalami kekusutan jiwa, anda juga dapat merasakan kemurungannya itu. Apabila dia bersedih, anda juga turut berduka. Apabila anda berdua sama-sama dapat berhubung melalui jiwa, itu tandanya anda sudah bertemu dengan teman sejiwa. Jadi jangan lepaskan!

2. APABILA HATI MULA BERBISIK

Manusia merupakan makhluk ciptaan tuhan yang paling mulia. Kita semua dibekalkan dengan satu perasaan yang boleh terdetik andai satu perkara itu akan berlaku, lebih-lebih lagi wanita. Disebabkan anda kurang sempurna berbanding lelaki yang mempunyai sembilan akal, tuhan ada mengurniakan anda kuasa naluri yang sangat kuat untuk mengetahui apa yang orang lain tidak tahu. Jika benar si dia ditakdirkan untuk anda, hati anda akan mula terdetik dan berkata, “Yup, he/she is the one for me”.

3. MUDAH UNTUK BERKOMUNIKASI

Tanda-Tanda Anda Sudah Jatuh Cinta & Temui ‘Cinta Sejati’!

Ramai pasangan takut untuk berterus-terang, malah lebih rela sakit sendiri kerana tidak mahu pasangan berkecil hati atau meninggalkan anda. Anda SALAH! Teman sejiwa sebenar tidak akan gentar untuk bersuara dan mencari jalan penyelesaian bersama. Bukan hanya seorang yang kena mengalah, sebaliknya kedua-duanya perlu mengalah dan saling bertolak-ansur. Jadi jangan gentar untuk meluahkan apa yang salah atau betul agar pasangan tahu.

4. KONGSI MATLAMAT HIDUP

Cara anda dan dia mencapai matlamat dalam hidup mungkin berlainan namun objektifnya adalah sama iaitu untuk menikmati kesenangan dan kebahagiaan hidup yang abadi. Dari sini anda berdua boleh mencari kesepakatan untuk terus bersama.

5. BOLEH BACA FIKIRANNYA

Tanda-Tanda Anda Sudah Jatuh Cinta & Temui ‘Cinta Sejati’!

Ibarat telepati di mana seseorang mampu membaca bahasa fikiran si lawan. Jika anda mampu mengetahui isi kotak pemikirannya serta tahu kemahuannya meskipun dia langsung tidak bersuara atau meluahkannya kepada anda, itulah tanda dia jodoh anda.

6. TAHU KELEBIHAN & KELEMAHANNYA

Anda mungkin tidak tahu dalam kelemahan sebenarnya wujud kelebihan. Semua orang ada sisi positif dan negatif masing-masing. Terpulang bagaimana anda sebagai pasangan mahu mengubah keburukan itu menjadi  yang lebih baik.

7. ADA SIKAP PENYABAR

Tanda-Tanda Anda Sudah Jatuh Cinta & Temui ‘Cinta Sejati’!

Tiada manusia yang tidak pernah marah. Jika anda berdua pasangan sejati, pastinya anda akan tahu mengawal kemarahan dan bukannya melepaskan amarah secara berlebih-lebih sehingga menyakiti hati pasangan. Jika ada pasangan yang sering maki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anda, dia bukan orang yang harus anda berikan kasih sayang.

8. SENTIASA MENGALAH & MEMINTA MAAF

Bukan senang untuk menyebut perkataan maaf kepada orang lebih-lebih kepada yang disayangi. Namun, teman sejiwa sebenarnya akan tahu bila tibanya masa untuk minta maaf. Mereka tidak malu untuk mengakui kesalahan dan merendahkan diri asalkan pasangan tenang dan kembali gembira.

9. HORMATI PASANGAN

Tanda-Tanda Anda Sudah Jatuh Cinta & Temui ‘Cinta Sejati’!

Anda sering bercanggah pendapat dengan pasangan? Jika benar dia teman sejiwa, anda akan berkongsi idea dan buah fikiran yang sama. Jika bercanggah sekalipun anda dengan rela hati akan cuba menerima pendapat pasangan dan melihat kebaikan daripada ideanya itu.

10. HANYA DIA YANG SATU

Biar besar mana pun ribut yang melanda hubungan anda, anda tetap percaya hanya dia yang satu. Tiada orang lain yang mampu menggantikan tempatnya.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI