pic -pinterest

Tidak tergambar di perasaan saat untuk menghadapi majlis kahwin yang bakal tiba. Degupan jantung makin kencang menghitung hari untuk menghadapi detik manis itu. Buat bakal pengantin janganlah terlalu sibuk dengan hal yang besar dan mengenepikan perkara yang penting. Buatlah persediaan sewajarnya agar seri menyerlah dan melangkah anggun bak raja dan ratu sehari. Manfaatkan tip berguna dari AyangKamell Ibrahim, Jurusolek Perkahwinan Malaysia.

10 tip untuk bakal pengantin 

1.  Sentiasa minum air putih lebih kurang 2 liter sehari serta mendapat tidur yang cukup. Ini adalah kunci  untuk mendapatkan kesegaran kulit wajah dan berseri.

2.  Berhenti melakukan sebarang bentuk rawatan wajah dua minggu sebelum hari bahagia. Dikhuatiri kulit luar tidak sempat matang untuk membenarkan solekan melekat dengan baik. Kulit terlalu licin selepas rawatan itu akan menyukarkan solekan untuk melekat di wajah.

3.  Jangan melakukan sebarang ‘facial’ atau skrub kulit dua tiga hari sebelum majlis. Dikhuatiri luka-luka kecil akan menjadikan wajah jadi gatal dan pedih.

4.  Lakukan ‘eyebrow trim’ atau membuang bulu muka dua tiga hari sebelum majlis kahwin. Dikhuatiri jika melakukan pada hari majlis, akan terjadi kemalangan atau terluka yang menyukarkan solekan menjadi kemas.

5. Amalkan petua orang lama seperti menyental kulit dengan hampas kelapa di seluruh badan adalah cara berkesan untuk membuang daki terutamanya di bahagian leher, ketiak dan sebagainya. Elakkan melakukannya di wajah. Walaubagaimanapun, membasuh muka dengan air kelapa lalu membilasnya dengan air sejuk adalah amalan yang baik untuk mendapatkan kulit yang segar dan lembab. Bagus diamalkan beberapa bulan sebelum bersanding.

6. Rambut juga perlu dibasuh sejam sebelum juruandam/jurusolek tiba serta perlu dikeringkan dengan cara semulajadi. Ia menghindari kulit kepala agar tidak berbau dan menjadi segar bagi mendapatkan styling yang sempurna. Ini kerana kulit kepala akan aktif semula mengeluarkan minyak selepas 15 minit dibasuh, lalu menyukarkan untuk bahan dandanan berfungsi baik dan tahan lama.

7. Minta dan sarankan jurusolek menggunakan teknik mekap yang berbeza mengikut majlis. Contoh untuk bernikah, biarlah solekan itu nipis dan tidak berat berbanding majlis bersanding. Latih mata untuk memakai kanta lekap seminggu sebelum majlis (jika mahu menggunakannya). Elakkan memakainya tanpa mencuba terlebih dahulu.

8. Sediakan ruang yang lapang untuk jurusolek meletakkan peralatan solekan. Cahaya ruang perlulah terang. Kerana ruang itu juga akan digunakan bersama dengan jurufoto dan video. Urusan lalu lalang akan menjadi lebih sempurna untuk semua.

9. Melakukan ‘trial makeup’ adalah langkah terbaik, tetapi perlulah disertakan dengan baju yang telah siap serta aksesori lain yang lengkap serta membawa seorang jurufoto semasa waktu tersebut agar impak kesannya terlihat jelas. Tanpa kesemua di atas, kesan mekap tidak akan sama seperti majlis sebenar.

10. Jangan lupa bahawa solekan ‘malar segar’ adalah yang paling selamat dan terbaik untuk bakal pengantin. Hati-hati dengan stail mekap berkarakter seperti ‘doll look’ dan ‘anime’ kerana ia bakal merubah wajah asal dan tidak sesuai untuk  ratu sehari. (Foto yang akan dilihat di masa hadapan akan menjadi jelek lantaran mengikut stail tersebut) Mengapa mahu menjadi karakter lain sedangkan anda sepatutnya adalah seorang pengantin yang perlu tampil dengan menjadi diri sendiri.

10 Tip Buat Ratu Sehari Kalau Nak Solekan Menyerlah
pic-ayang kamell
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI