
Masker ni hanya guna bahan yang memang ada kat dapur rumah kita. ‘Confirm’ memang selamat. Korang yang selalu berjemur tengah panas atau lakukan aktiviti lasak tu boleh cuba masker ni nak hilangkan sun burn. Ia juga sesuai untuk hilangkan kulit kusam dan juga untuk kecutkan jerawat.
Bahan-bahan :
1) 5 Sudu beras pulut
2) 1/2 inci kunyit
3) 1 biji kentang
Cara-cara :
1) Basuh pulut, masukkan pulut, kunyit dan kentang ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Keluarkan dan boleh terus digunakan.
2) Gunakan sebagai masker muka dan badan. Simpan lebihan masker di dalam peti sejuk. Senang jer kan, jangan lupa guna petua ni kalau kulit lama sangat bawah matahari tau. Kalau nak Share Yana izinkan. Selamat mencuba.
Sumber : Diana Said
Lupakan Soal Bau, Makan Petai Boleh Jadikan Anda Awet Muda!

Petai dikenali sebagai jenis tanaman sayuran yang akan membuatkan bau mulut dan bau kentut kurang enak. Petai mengandungi 3 jenis gula alami iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat.
Bukan itu sahaja malah dengan memakan petai sebenarnya ia boleh buat anda menjadi awet muda! Selain itu bagus juga untuk wanita. Jika dibandingkan epal, petai memiliki protein 4 kali lebih banyak, karbohidrat dua kali lebih banyak, Vitamin A dan zat besi, serta dua kali jumlah vitamin dan mineral yang lainnya.
Walaupun petai mengeluarkan bau yang tidak enak dari badan kita, namun petai ternyata berkhasiat bagi sejumlah masalah yang sering dihadapi oleh kaum wanita. Banyak lagi manfaat bila anda makan petai ni sebenarnya. Jom lihat!
#1. PMS (Pre-Menstrual Syndrome)
Vitamin B6 mengandungi dan mengatur kadar gula darah, dan membantu menstabilkan hormon.
#2. Anemia
Kerana kandungan zat besi yang tinggi, petai membantu menstimulasi produksi sel darah merah dan membantu bila terjadinya anemia.
#3. Sembelit
Dengan kandungan serat yang tinggi, maka petai mempermudahkan dan menormalkan kembali proses pencernaan yang juga membantu mengatasi permasalahan ini.
#4. Mual di pagi hari
Jika dada anda terasa panas akibat makan terlalu banyak, cuba makan petai untuk mengurangkan sakitnya. Makan petai di antara waktu jam makan anda akan menolong mempertahankan kadar gula dan menghindari muntah.
#5. Obesiti
Satu kajian di Institute of Psychology Austria terhadap 5 ribu pesakit obesiti menyatakan tekanan pada masa kerja menyebabkan mereka sering meraih makanan yang menenangkan seperti coklat dan kerepek. Cubalah makanan tinggi karbohidrat misalnya petai sebagai camilan setiap dua jam untuk mengendalikan kadar gula dalam darah.
Banyak Kebaikan Minum Air Halia Untuk Wanita, Elok Jadikan Amalan Harian

Halia bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut serta membuka hati yang tersumbat akibat cuaca dingin dan lembap. Halia juga dapat meningkatkan kekuatan hubungan intim suami isteri, selain mengatasi angin yang berlaku pada usus dan perut.
Ternyata halia antara herba yang sangat bermanfaat untuk kecantikan dalaman dan luaran. Ia boleh digunakan untuk merawat masalah kulit dan juga membersihkan dalaman. Kalau nak tahu halia juga membantu untuk menurunkan berat badan secara semula jadi.
Ini antara kelebihan air halia yang wajib wanita ketahui:
Lancarkan pencernaan
Untuk anda yang sering alami masalah perut kembung, cirit birit atau sering kram perut terutamanya ketika sedang datang bulan, elok sangat amalkan minum air halia panas. Sebabnya, ia dapat meredakan dan merehatkan usus.
Turunkan berat badan
Bagi anda yang nak turunkan berat badan, halia boleh membantu meningkatkan metabolisme tubuh badan. Malah dengan minum air halia, dapat mengurangkan nafsu makan terutama untuk anda yang sedang berdiet. Ia akan membuatkan perut tahan kenyang lebih lama.

Imun tubuh badan jadi lebih kuat
Kandungan dalam halia dapat membersihkan limpa, mengeluarkan racun dan membunuh bakteria yang sering menjadi punca penyakit.
Dijadikan ramuan masakan
Halia juga boleh dijadikan minuman dan ramuan masakan. Malah dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan dalaman badan. Amalkan minum air halia dengan madu setiap hari. Pasti anda dapat merasai kelainan pada wajah dan miliki tubuh yang lebih segar. Ini sekali gus menyerlahkan kecantikan semula jadi.
Apa pun jika ada di antara anda yang alah dengan halia, janganlah mengamalkannya. Sebaiknya rujuklah kepada yang lebih pakar sebelum mengambil halia.

Buang angin dalam badan
Air halia bukan sahaja bagus untuk membuang angin dalam badan tetapi ia juga sesuai untuk merawat keputihan. Kalau anda alami masalah keputihan, bagus untuk amalkan minum air halia ini setiap hari.
Bantu hilangkan loya ketika hamil
Kalau anda sedang hamil, boleh juga amalkan minum air halia panas terutamanya untuk menghilangkan sakit loya dan juga muntah. Bila minum, otot-otot anda akan menjadi lebih relaks sekali gus menghilangkan rasa mual.
10 Make Up Artist Yang Sentiasa Jadi Pilihan Di Instagram

Tanpa make up, tiada serilah pengantin itu. Terpulang kepada individu, pilihan mekap tebal atau nipis yang menjadi pilihan. Ada sesetengah orang mungkin lebih sesuai dengan mekap yang tebal dan ada yang mungkin hanya secalit mekap sudah memadai.
Admin kongsi beberapa pilihan make up artist yang menjadi pilihan di Instgram.
Tiar Zainal
Syed Faizal Syed Noh
Rozlan Nassir
Khir Khalid
Nuex Rosli
Syazreeyana Shukri
Leen Zakaria
Ary Muzamer
Syadewa
Najeeb Azmi