Gah dan gemilang jenama Kumpulan Media Karangkraf dibawah terajunya. Pengasas Kumpulan Karangkraf (Karangkraf), Datuk Hussamuddin Yaacub mengumumkan persaraan sebagai Pengerusi dan Penerbit berkuat kuasa 1 November ini selepas empat dekad menerajui syarikat.

 

4 Dekad Terajui Kumpulan Media Karangkraf, DATUK HUSSAMMUDIN YAACUB Ambil Keputusan BERSARA.

Turut mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa pada tarikh yang sama ialah Timbalan Pengerusi, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Susulan daripada peletakan jawatan tersebut, Hussamuddin dan Muhammad Nasir masing-masing akan berperanan sebagai Penasihat dan Penasihat Bersama syarikat.4 Dekar

Kedua-duanya juga akan melepaskan jawatan dalam Lembaga Pengarah dan syarikat akan melantik lima Ahli Lembaga yang baharu.

Mereka adalah Firdaus Hussamuddin, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi, Farah Hussamuddin, Azizi Fikry dan Izzat Izhar Muhammad Nasir.

 

4 Dekad Terajui Kumpulan Media Karangkraf, DATUK HUSSAMMUDIN YAACUB Ambil Keputusan BERSARA.
Kredit foto: Khairul Fahmi Ramli

Kekosongan yang ditinggalkan Hussamuddin akan diisi oleh Firdaus yang akan menggantikan beliau sebagai Pengerusi Kumpulan yang baharu.

Sebelum ini, Firdaus adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.

Datuk Muhammad Nasir Hamzah

Hussamuddin berkata, sejak empat dekad lalu, Karangkraf telah berkembang dengan kukuh.

IKLAN

“Syarikat telah berjaya bertahan dalam gelombang digital yang melanda dunia sejak 2013 yang menggoncangkan banyak industri media terutama media cetak.

“Kini, saya rasa sudah tiba masanya untuk kami berundur dan menyerahkan baton kepada generasi yang lebih muda kerana generasi mereka boleh membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Datuk Hussamuddin Yaacub Umum Bersara

Sehubungan dengan penyerahan itu, Kumpulan Karangkraf mengumumkan beberapa perubahan struktur dalam syarikat yang juga akan berkuat kuasa pada 1 November 2022.

Di peringkat kumpulan, Akmal Eirfan yang sebelum ini menggalas jawatan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Ultimate Print Sdn Bhd akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan (Korporat, Kewangan dan Pengurusan Risiko).

 

4 Dekad Terajui Kumpulan Media Karangkraf, DATUK HUSSAMMUDIN YAACUB Ambil Keputusan BERSARA.
Kredit foto: Khairul Fahmi Ramli

Bagi tiga bahagian perniagaan utama kumpulan, Farah akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Penerbit/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Divisi Media yang merangkumi Sinar Harian, Sinar Daily dan semua aset media milik Karangkraf.

Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd.

IKLAN

Azizi yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Ultimate Print Sdn Bhd pula akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO Bahagian Percetakan dan Pembuatan, yang merangkumi Ultimate Print Sdn Bhd dan Karangkraf Medicare Sdn Bhd.

Sementara itu, Firdaus juga akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO/Penerbit Kumpulan Buku dan Penerbitan Al-Quran yang membabitkan Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf dan anak syarikatnya.

Beliau akan dibantu oleh Izzat Izhar yang akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi (COO) bahagian.

Karangkraf bermula pada tahun 1978, sebagai sebuah perniagaan penerbitan kecil di lot kedai dengan mencetak terbitan pertamanya iaitu Mingguan Kanak Kanak. Hari ini, syarikat tersebut telah berkembang menjadi salah satu penerbitan, percetakan dan gergasi media di negara ini.

STRUKTUR ORGANISASI

KUMPULAN KARANGKRAF

Pengerusi Kumpulan: Firdaus Hussamuddin (43 tahun)

IKLAN

Pengarah Eksekutif Kumpulan (Korporat, Kewangan, Pengurusan Risiko): Akmal Eirfan Mohamed Fauzi (50 tahun)

 

GRUP MEDIA KARANGKRAF

Pengarah Eksekutif/Penerbit/CEO: Farah Hussamuddin (39 tahun)

 

ULTIMATE PRINT SDN BHD

Pengarah Eksekutif/CEO: Azizi Fikry (43 tahun)

 

GRUP BUKU KARANGKRAF

Pengarah Eksekutif/CEO/Penerbit: Firdaus Hussamuddin (43 tahun)

Pengarah Eksekutif/COO: Izzat Izhar Muhammad Nasir (34 tahun )

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI