Ads

Debaran Berakhir Bahagia, Nurel Baharin Sah Bergelar Isteri Esmeer Mansor

Pelakon dan juara Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin, 24, membuka lembaran baharu dalam kehidupannya apabila selamat bergelar isteri kepada pilihan hati, Esmeer Mansor, dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Kelab Golf Sarawak, Kuching pada Sabtu, 25 Julai 2026.

Pasangan ini disatukan dalam ikatan perkahwinan sekitar jam 8 pagi apabila Esmeer melafazkan akad nikah dengan sempurna hanya dengan sekali lafaz. Momen penuh makna itu sekali gus menamatkan debaran Nurel yang mengakui sudah mula berasa gementar sejak beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

“Dari minggu lalu Nurel rasa gementar, dengan majlis lagi, dengan kawan-kawan dan keluarga dari semenanjung nak datang, semua itu Nurel risau dan fikir sama ada mereka okey atau tidak. Alhamdulillah, selepas nikah tadi, Nurel dapat jumpa semua dan majlis pun berjalan dengan lancar,” kata Nurel.

Debaran Berakhir Bahagia, Nurel Baharin Sah Bergelar Isteri Esmeer Mansor
Nurel anggun dalam baju kurung moden rekaan jenama Heetam Puteh

Mengangkat tema ‘English Wedding’, hari istimewa pasangan ini turut diserikan dengan penampilan Nurel dalam persalinan tajaan penuh daripada HeetamPuteh dan Sejiwa by The Gown Atelier.

Ads

Bercerita mengenai lelaki yang kini sah menjadi suaminya, Nurel menyifatkan Esmeer sebagai seorang yang matang selain bersungguh-sungguh membawa hubungan mereka ke fasa perkahwinan.

“Esmeer tunjuk penuh effort untuk ‘sah’ kan saya sebagai seorang isteri. Dia tak teragak untuk jumpa keluarga dan terus plan everything lepas keluarga saya bagi ‘greenlight’,” kongsi beliau.

Majlis tertutup tersebut turut dihadiri beberapa rakan selebriti antaranya Zarif Ghazzi, Aizat Saha, Farees Asri, Aniq Suhair dan Fimie Don. Pernikahan pasangan ini disempurnakan dengan mas kahwin berupa wang tunai sebanyak RM300.

Ads

Memulakan perjalanan sebagai isteri pada usia muda pastinya membawa pengalaman baharu buat Nurel yang dalam masa sama masih aktif membina kerjaya dalam bidang lakonan.

Debaran Berakhir Bahagia, Nurel Baharin Sah Bergelar Isteri Esmeer Mansor
Esmeer dan Nurel bagai pinang dibelah dua, sama cantik dan sama padan.

“Saya bersyukur sekarang saya sudah menjadi seorang isteri dan paling excited, nak adapt new life sebagai seorang isteri dan pelakon pada masa yang sama”.

Ads

Malah, Nurel bersyukur apabila Esmeer sentiasa memberi ruang dan sokongan untuk dirinya terus berkarya selepas mendirikan rumah tangga.

“Esmeer pun tak pernah halang saya dari terus berkarya dan menjadi seorang pelakon. InsyaAllah, saya sentiasa percaya pada rezeki Allah dan rezeki selepas berkahwin.”

Kini melangkah ke fasa kehidupan yang lebih indah, Nurel turut berharap agar peminat terus menyokong perjalanan kerjayanya selain menerima dengan hati terbuka segala nasihat dalam meniti kehidupan berumah tangga. Dalam perkembangan kerjaya, aktres itu bakal muncul menerusi filem Kacau yang dijadualkan ditayangkan pada penghujung tahun ini.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

“Terima Kasih Kerana Sentiasa Ada Di Sisi,” – Jazmy Juma Luah...

Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...