Resepsi perkahwinan merupakan majlis yang sangat penting dan pastinya akan meninggalkan memori indah buat pasangan mempelai. Selain busana indah yang akan digayakan, gaya rambut yang bersesuaian juga harus diberi perhatian dalam menyerlahkan penampilan ratu sehari.

Pesona Pengantin menampilkan empat jenis dandanan sanggul yang boleh dijadikan pilihan di hari bahagia.

Side Bun

1. Side Bun

  • Popular bagi mereka yang berambut pendek.
  • Gaya sanggul rambut ini memerlukan anda menyisir rambut pada belahan tepi.
  • Ikat kesemua rambut anda pada sebelah bahagian.
  • Kemudian, gulungkan rambut anda seperti sanggul dan kemaskan di bahagian bawah.
  • Jika anda mempunyai rambut yang menutupi dahi, biarkan ia terjurai pada sisi yang sama.
  • Gaya ini sesuai dipadankan dengan busana moden seperti gaun labuh untuk penampilan yang elegan.

 

Top Knot

2. Top Knot

  • Sangat sesuai digayakan di negara kita yang agak panas.
  • Sisir rambut dengan rapi dan kumpulkannya di bahagian atas.
  • Gulungkan semua rambut hingga menjadi sanggul yang ketat dan ikat menggunakan pengikat rambut.
  • Ilham sanggul tinggi ini sesuai digayakan dengan busana berkolar tinggi dari fabrik renda. Aksesori melintang disematkan di bahagian bawah sanggul menyuntik elemen tradisional.

 

Low Neck Bun

3. Low Neck Bun

  • Sisir rambut anda dan satukannya berdekatan dengan leher.
  • Lilitkan sedikit rambut di bahagian belakang ke arah sisi kiri dan buatlah sanggul kecil.
  • Ikat rambut di tengah dan biarkan ia memanjang dari pertengahan ke bawah.
  • Kemaskan lebihan rambut menggunakan aksesori rambut yang cantik.
  • Gaya sanggul rambut ini sangat elegan dan sesuai dipadankan dengan gaun kembang atau dress.

 

braided Side Bun

4. Braided Side Bun

  • Gaya sanggul rambut ini boleh dibuat dalam masa yang singkat sahaja.
  • Gaya sanggul rambut ini boleh dibuat dalam masa yang singkat sahaja.
  • Kumpulkan kesemua rambut anda pada sebelah sisi dan ikat tocang di bahagian belakang.
  • Setelah ikat, gulungkan rambut anda seperti membuat sanggul dan ikat sanggul tersebut berdekatan dengan leher anda.
  • Gaya rambut dengan sisipan kemas di bahagian belakang ini sesuai digayakan untuk majlis resepsi di malam hari.