Sekuntum senyuman yang dilemparkan mampu untuk menceriakan kehidupan setiap hari. Betul, hanya dengan berbekalkan sekuntum senyuman sahaja anda mampu menceriakan hidup orang lain tanpa perlu mengeluarkan walau satu sen pun wang belanja.

Selain dapat membahagiakan orang lain, senyuman juga bagi diri anda wahai para jejaka memberikan pelbagai manfaat yang pelbagai untuk kesihatan. Senyuman bagaikan satu senaman dalaman yang dapat merangsang sistem saraf otak, hormon dan tubuh. Jadi, jika anda ingin sentiasa tampil sihat dan bertenaga, berikan senyuman yang paling manis setiap hari. Bukankah senyuman itu juga satu sedekah?

Senyuman bukan hanya sekadar tindak balas gerak muka tetapi turut menjadikan seseorang itu berasa jauh lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri. Kajian juga menunjukkan senyuman merupakan respon daripada rangsangan tertentu yang menggambarkan kegembiraan.

Bukan hanya Mona Lisa sahaja yang memiliki senyuman ‘maut’, senyuman seorang jejaka juga sebenarnya punya ‘bisa’ yang tersendiri. Berikut empat jenis senyuman jejaka yang membayangkan soal karakternya.

4 Jenis Senyuman Jejaka & Ertinya

Senyuman Dengan Bibir Tertutup

Jejaka yang selalu tersenyum dengan bibir tertutup boleh jadi menyembunyikan sesuatu, mulai daripada bentuk gigi yang tidak sempurna, nafas berbau sehinggalah karakternya yang licik. Jika kita sudah cukup lama mengenalinya dan tidak ada perubahan pada senyumannya maka kemungkinan besar dia susuk jejaka yang sulit untuk didekati. Senyuman dengan bibir tertutup juga menandakan si jejaka sedang mengalami masalah yang enggan dikongsikan bersama. Jejaka dengan senyuman bibir tertutup juga seorang yang misteri dan kuat berahsia.

Senyuman Lebar Kelihatan Gigi

Si jejaka pemilik senyuman ini memiliki keyakinan diri yang sangat tinggi. Terlepas daripada kekurangan yang dimilikinya, dia susuk jejaka yang cukup realistik. Perhatikan juga sinar bahagia pada matanya untuk mengesan bahawa jejaka tersebut sangat selesa dengan apa yang dimilikinya. Lihat sahaja aktor-aktor Hollywood ketika melintasi karpet merah. Mereka tersenyum lebar dengan menampakkan gigi mereka. Ini menandakan mereka begitu bahagia dengan apa yang mereka miliki serta kehidupan peribadi secara keseluruhannya.

4 Jenis Senyuman Jejaka & Ertinya

Senyuman Sekilas

Senyuman ini biasanya dimiliki oleh anak-anak kecil yang baharu pertama kali diperkenalkan dengan orang asing. Senyuman jenis ini kelihatan malu-malu sekali gus membuatkan empunya diri tidak tentu arah. Jejaka yang memiliki senyuman sekilas ini biasanya tergolong introvert dan agak sukar beradaptasi. Namun, seiring waktu jika sudah selesa dengan seseorang maka ia akan menunjukkan senyuman lebar yang tulus dan ikhlas.

Senyuman Palsu

Senyuman jenis ini biasanya senyuman lebar dan diikuti suara tawa, tapi kalau diperhatikan tidak menyentuh matanya. Senyuman ini sering ‘dipamerkan’ oleh jejaka yang sedang menyembunyikan sesuatu dan cenderung tidak setia. Perhatikan pula isyarat lain yang memperlihatkan kegugupan si jejaka yang sering hadir dengan senyuman palsu ini. Buat para wanita, berwaspadalah dengan jejaka dengan senyuman palsu ini! Mereka bukanlah calon pasangan yang setia.

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI