Setiap rumah tangga haruslah dilengkapi dengan resipi cinta dan kasih sayang. Suami isteri jangan pernah jemu menimba ilmu rumah tangga, selain kreatif mencipta pelbagai ramuan agar hubungan kekal bahagia.

Perkongsian rahsia hidup bahagia Dr Hamid Arshat bersama ‘orang rumahnya’ selama 47 tahun harus dijadikan panduan buat semua pasangan. Pastikan anda cedok resipi yang dikongsikan ini dan jadikan amalan.

ALHAMDULILLAH KITA BERDUA CAPAI UMOR 72 TAHUN, DIKURNIAKAN KESIHATAN, KEIMANAN DAN KEBAHAGIAAN HIDUP BAHAGIA BERSAMA SELAMA 47 TAHUN. SEMOGA TERUS DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH.

1. Bila sudah berumur, kita semakin sensitive dan mudah tersinggung, mudah marah dan konflik mudah timbul. Ini bolih mengancam kehormonian dan keutuhan hubungan suami isteri.
Sedangkan lidah mudah tergigit, ini pula suami isteri.

Ads

2. Jangan suka mengungkit hal2 yang lepas, khususnya yang negative, tak sedap didengar, mengguris perasaan serta menimbulkan kemarahan.

3. Bila pasangan kita naik suara, birang, tak mahu mengalah, lari keluar, elakkan perang mulut, jauhkan diri agar sejuk hati.
Begitu juga bila isteri berleter, larikan diri. Saya mengalah, surrender. No argument. Ha, ha, ha. Laugh it off.

4. Makanlah saja yang isteri masak, kalau sedap puji dia. Kalau tak sedap telan saja, buat tak tahu. Jangan bersuara. Tak guna bertengkar. Life too short.

Ads

5. Kalau pasangan kita tidur berdengkor, jawa kata ngorok dan ganggu kita nak tidur, lari pergi tidur diatas sofa. Ha, ha ha. Bila dia terkejut dan tengok pasangan tiada sebelah, paniklah dia mencari2. Lawak saja.

6. Saya lihat orang perempuan tak jemu2 membeli belah, kalau untuk beli keperluan dapur saya faham, tapi untuk beli lain2 saya pun tak faham. Tak apalah biar dia pergi shopping till she drops, saya tunggu sambil minum kopi dan baca newspaper atau lain2. Tak bolih komen apa dia beli. Ha, ha, ha……

Ads

7. Sebenarnya dalam umor macam kita, yang penting ialah companionship. Teman sejati, sehidup dan semati. Siapa pergi dulu Allah sahaja yang mengetahui. Dulu sudah sibuk bela dan besarkan anak2, sekarang kita perlukan privacy pula.

Walau macam mana keadaan, hidup berdua dirumah sendiri tetap seronok dan menggembirakan. Tapi suka anak2 dan cucu2 datang kerumah untuk makan bersama.

Sukar dibayangkan bila pasangan menemui Allah dulu, yang tinggal tentu kesunyian.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI