SEKADAR GAMBAR HIASAN

Bertemu janji atau dating mungkin semua orang pernah merasai pengalaman sebegitu bukan? Selalunya kita memilih pasangan dari tempat dan negara yang sama. Namun masih juga ada segelintir dari kita menyukai benda yang berbeza seperti bercinta dengan orang asing lain dari negara kita Malaysia. Tidak kira mereka dikenalkan oleh rakan-rakan ataupun mereka kenal di talian. Lelaki asing juga banyak menyatakan wanita di Malaysia sangat berbeza dengan wanita dalam negara mereka

Selalu juga kita dengar wanita-wanita Malaysia terutama sekali dari golongan artis-artis, banyak menjalinkan hubungan dengan lelaki asing. Mungkin kedengaran agak janggal, namun memiliki pasangan dari negara asing selalunya mampu memberikan kebahagiaan yang luar biasa. Pada masa yang sama juga boleh menimbulkan banyak perbezaan antara kedua pasangan.

Berikut merupakan beberapa perkara yang harus anda ketahui jika ingin bercinta dengan lelaki asing.

IKLAN

1. Pelajari bahasa pasangan asing

Ini merupakan salah satu bahagian yang paling menarik selama anda bercinta dengan pasangan asing anda. Jika pasangan anda bukan berasal dari negara yang sama, anda harus memastikan diri untuk belajar bahasa mereka. Bukan itu saja, anda boleh meningkatkan mutu bahasa English ataupun bahasa asing dengan belajar secara langsung dengan kekasih anda.

2. Mengetahui budaya pasangan

Perasaan ingin tahu yang sangat tinggi juga akan dirasai untuk mengenali budaya pasangan secara mendadak. Bila perkara sebegitu terjadi, anda tidak akan mudah rasa bosan malah anda dan pasangan boleh bertukar-tukar pendapat tentang keunikan budaya masing-masing. Diamping itu, hubungan cinta anda dan si dia akan menjadi semakin mekar dan indah.

IKLAN

3. Penerimaan tipis ibu bapa

Perkara sebegini memang akan berlaku. Lebih-lebih lagi pasangan anda berbeza dengan budaya dengan anda. Sudah pasti akan berlaku penolakan dari ibu bapa terhadap pasangan anda kerana dia berasal dari negara asing. Perkara sebegini kita tidak boleh pandang remeh. Apabila berkaitan dengan agama dan adat itu punca utama bagi para ibu bapa sedikit sukar untuk menerima dengan senang hati.

4. Perbezaan dalam pemikiran

Perkara utama adalah anda dibesarkan tentang cara didikan yang berbeza dari suasana masing-masing. Kemungkinan itu membawa permasalahan yang berbeza antara anda dan si dia. Kadang kala anda harus belajar untuk memahami sikap semulajadi dari negara asal. Namun ianya masih boleh diatasi jika anda dan pasangan saling bekerjasama dan toleransi antara satu sama lain.

IKLAN

5. Memiliki kesukaran untuk bergabung dengan keluarga si dia

Paling utama sebelum melangkah ke alam perkahwinan, anda harus mengenali kesemua ahli keluarga si dia terlebih dahulu. Bukan itu saja, anda haruslah pandai mengambil hati dan belajar untuk biasakan diri untuk bergaul mesra dengan ahli keluarganya. Hilangkan segala ketakutan dengan berfikiran positif, sudah pasti mereka boleh menerima anda sebaiknya.

Setakat itu sahaja perkongsian yang boleh kami nyatakan untuk panduan anda. Perkara yang paling penting dalam setiap perhubungan ini hanya satu, anda harus bijak untuk menjaga perasaan pasangan masing-masing dan saling percaya dan jujur dalam percintaan. Sekian petikan dari KawaiiBeautyJapan.com.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI