
Terdapat sebilangan isteri yang diminta untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah apabila disuruh suami. Suami membuat keputusan tersebut apabila kesukaran mencari pengasuh anak.
Namun, ada cabaran yang perlu anda tahu apabila menjadi suri rumah ini iaitu menjaga dan mendidik anak-anak yang kian membesar. Mari kita teliti apakah lagi cabaran lain yang harus ditempuhi jika memilih menjadi suri rumah.
1. Jam kerja yang lebih lama berbanding kerja di pejabat
Menjadi ibu atau bapa yang tidak bekerja memerlukan perhatian 24/7 setiap hari. Malah anda juga tidak mempunyai sebarang cuti tahunan, cuti sakit, dan tidak ada gaji mahupun bonus, tapi anda hanya diberikan wang nafkah dari suami dan wang perbelanjaan dapur setiap hari.
2. Penat dengan tugas rumah yang tidak pernah habis
Ramai orang menggangap suri rumah tangga tidak banyak kerja dan hanya melayan anak-anak saja. Lebih sadis, bila ada yang kata boleh goyang kaki setiap hari. Selain jaga anak, suri rumah tangga juga perlu melakukan kerja rumah seperti memasak, membasuh, membersihkan rumah, seterika pakaian anak-anak yang bersekolah dan pakaian kerja suami.
3. Tidak boleh menikmati hidangan dengan rasa selesa
Apabila bersama anak kecil di rumah kemudian dia melihat ibunya makan atau minum, mesti mereka cuba mengganggu. Kadang-kadang, ibu terpaksa makan sorok-sorok supaya tidak dikacau oleh anak.
4. Mengurangkan kehidupan sosial
Oleh kerana terpaksa memberi tumpuan kepada tugas menjadi suri rumah tangga maka anda terpaksa mengorbankan masa untuk bersosial bersama rakan-rakan anda. Namun anda selamat sebab sekarang ada Facebook, Instagram, Twitter dan Whatsapp yang memudahkan pergaulan kalian dengan teman lain.
5. Sukar menyesuaikan diri apabila bekerja kembali
Tidak mudah untuk kembali bekerja dan sedikit sukar untuk menyesuaikan diri di tempat kerja baru kerana anda perlu seimbangkan antara masa bekerja dan keluarga. Selain perlu meneliti semula kemahiran kerja yang sudah ditinggalkan dalam tempoh masa yang sangat lama kerana menjadi suri rumah tangga buat seketika cuma.
Sumber : The asian parent
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Inilah 12 Tanda Dia Jodoh Korang. Kalau Dah Jumpa, Ikat Cepat & Jangan Lepaskan!

Isi Kandungan
ToggleJodoh adalah misteri yang ditentukan tuhan. Ia melibatkan adanya kesamaan antara dua insan yang punya ikatan emosi, spiritual dan fizikal untuk hidup bahagia bersama. Walaupun mungkin anda tidak dapat mengungkapkan misteri itu, namun sekurang-kurangnya anda mampu melihat tanda-tanda bahawa dia pilihan tepat untuk anda.
Oleh itu, perlu untuk anda ketahui tanda-tandanya sebelum anda memastikan dia jodoh anda. Apabila masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan benarlah dia insan yang ditakdirkan untuk hidup bersama anda, jangan sesekali pula anda melepaskan.
“Jangan takut untuk jatuh cinta. Percayalah, ada seseorang yang akan hadir dalam hidupmu, mengubah segalanya dan membuatmu tertawa bahagia…”
1. Terima anda seadanya
Apapun anda sebelum ini atau apa yang pernah anda lakukan dahulu, dia langsung tak ambil kisah kerana yang penting siapa anda sekarang. Dia sedar bahawa setiap manusia ada kelemahan dan keburukan masing-masing. Malah siapalah dia yang ingin menghukum anda atas kelemahan anda itu.
2. Bersahaja di depan anda
Dia tidak berpura-pura menjadi orang lain, bahkan selesa menjadi dirinya sendiri dan bersikap bersahaja di depan anda. Jika anda amati tingkah laku, cara pertuturan, caranya makan dan sebagainya yang menunjukkan sikapnya yang dibuat-buat atau pelik, sah dia berlakon di hadapan anda. Tapi jika dia tampil bersahaja maka benarlah dia calon hidup anda yang tepat.
3. Rasa senang apabila bersamanya
Bukan hanya dirinya, malah apabila berada di sampingnya anda tidak akan rasa jemu. Ini menandakan yang anda miliki kesamaan dengannya. Apabila ada daya tarikan antara anda berdua secara automatiknya akan muncul perasaan tenang, gembira dan rasa tidak tertekan apabila bersama. Malah kehadirannya dalam hidup anda menjadi pengubat ketika anda senang mahupun susah.
4. Sentiasa jujur dengan anda
Kejujuran merupakan kunci utama dalam membina sebuah hubungan. Selagi kejujuran bertakhta di hati, kebahagiaan akan menjadi milik anda berdua. Dengan adanya sikap jujur, hubungan yang terjalin antara anda berdua akan menjadi lebih ikhlas. Namun jika anda miliki pasangan yang tidak jujur maka akan wujud kecurangan dalam hubungan. Sebaiknya gabungkan sikap jujur dan kesetiaan bagi menghangatkan lagi sebuah percintaan yang sejati.
5. Memahami diri anda
Dia hendaklah sentiasa memahami diri pasangannya dan berada bersama anda dalam apa jua keadaan sama ada susah atau senang. Apabila anda hadapi kesulitan, dia berusaha untuk menghulurkan bantuan dan menjadi penawar pada kesulitan yang anda hadapi. Bukan itu sahaja, dia juga sanggup mengharungi ranjau duri yang anda berdua hadapi dalam hubungan.
6. Tidak malu tampilkan kelemahannya
Tiada manusia yang sempurna di dunia ini jadi tidak hairanlah jika kita punya kelemahan tertentu. Apabila dia ditakdirkan untuk menjadi pasangan anda, dia tidak akan pernah menutup kelemahan yang dimilikinya serta bersedia memberitahu anda mengenainya. Memang benar, bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan otang yang dicintai. Namun yang baiknya apabila anda berdua tahu kelemahan masing-masing, maka dari situ anda berdua boleh berusaha untuk membaiki kelemahan tersebut menjadi lebih baik.
7. Saling mempercayai antara satu sama lain
Dalam sesebuah hubungan, penting anda dan pasangan miliki sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Ia penting bagi mengelakkan timbul rasa ragu-ragu antara anda dan pasangan. Malah apabila ada sikap percaya, hubungan yang dibina akan menjadi lebih tulus. Apabila anda berdua saling mempercayai, pastikan anda berdua akan rasa selamat memberitahu apa jua rahsia kerana anda berdua tahu rahsia itu akan tersimpan kemas dalam diri masing-masing. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.
8. Dia menginspirasikan anda menjadi lebih baik
Kehadirannya dalam hidup anda membuatkan anda sentiasa rasa bersemangat. Sokongan positif yang sentiasa didorongkan kepada anda membuatkan anda ingin menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Hubungan yang saling menyokong antara satu sama lain ini bakal menjadikan hubungan anda berdua lebih berjaya di masa akan datang.
9. Orang sekeliling menerimanya dengan tangan terbuka
Apabila keluarga terutamanya orang tua dan kawan-kawan anda boleh menerima kehadirannya, itu petanda dia jodoh anda. Sudah tentu kehadirannya disenangi oleh orang penting yang ada di sekeliling anda. Penerimaan keluarga dan kawan-kawan anda itu sebagai bukti bahawa mereka yakin dia boleh memberikan kebahagiaan kepada anda hingga akhir hayat.
10. Dapat membayangkan masa depan bersamanya
Apabila anda sudah boleh membayangkan masa depan anda untuk hidup bersama dengannya, memang dialah jodoh anda. Biasanya kalau sesebuah hubungan itu dijalin secara serius, pasangan anda tidak ragu-ragu untuk membincangkan tentang masa depan misalnya tentang tarikh untuk berjumpa orang tua anda, merisik, bertunang dan berkahwin.
11. Dengarkan kata hati
Dengarlah kata hati anda saat anda ingin membuat keputusan untuk hidup bersama seseorang. Manusia dikurniakan Allah dengan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangan. Dengan deria ini anda akan saling mengetahui perasaan, membaca fikiran dan dapat menduga reaksi serta tindak balas pada situasi tertentu. Apabila ada keyakinan dengan pilihan anda, berdoa dan berserahlah pada ketentuan Ilahi agar jodoh yang ditakdirkan ini tepat untuk anda.
12. Lakukan solat Istikharah dan bertawakal
Jodoh dan pertemuan merupakan ketentuan Allah SWT. Jika dia pilihan anda, buatlah keputusan dengan sebaiknya. Namun jika dia bukan jodoh anda, tolaklah dia dengan sebaiknya. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepada-Nya. Teruskan berdoa dan lakukan solat Istikharah agar anda diberi petunjuk untuk membuat keputusan yang sebaiknya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Digalakkan Untuk Sujud Lama Dan Baca Surah Al-Insyirah Sebanyak 10 Kali Jika Kedudukan Bayi Songsang

Kedudukan bayi yang normal adalah posisi kepalanya dibawah sementara kaki berada di atas. Hal ini sekiranya kandungan masih awal atau di bawah 34 minggu, kedudukan bayi adalah tidak menentu. Ini tidak perlu dirisaukan kerana pada ketika ini bayi masih ringan dan bebas bergerak di dalam rahim ibu. Sekiranya kedudukan bayi menyongsang apabila kehamilan melebihi 34 minggu, ia sesuatu yang perlu diambil perhatian kerana pada ketika itu, tubuh janin semakin membesar dan beranya juga bertambah. Ia akan menyukarkan bayi untuk mengubah kedudukannya dan mungkin akan terus kekal sehingga waktu melahirkan. ini bermakna bayi anda adalah songsang.
Apakah Yang Menyebabkan Berlakunya Songsang?
- Sekiranya bayi terlalu kecil (bawah 3kg) sedangkan ruang di dalam rahim ibunya besar, bayi bebas bergerak atas dan bawah.
- Keadaan pinggul ibu yang terlalu sempit sehingga menyukarkan bayi kembali memusing semula kepalanya ke posisi engages (ke bawah). Setiap kali bayi cuba berpusing ke posisi normal, kepalanya akan tersangkut menyebabkan bayi kembali ke atas.
- Mengandung anak kembar. Ia lebih mudah berlaku menyebabkan salah seorang duduk dalam keadaan menyongsangkerana ruang pinggul yang semput tidak mampu memuatkan dua kepala sekaligus.
- Faktor-faktor lain antaranya bentuk rahim ibu yang tidak normal, air ketuban yang terlalu banyak, terdapat ketumbuhan plasenta di bawah dan lain-lain turut memyumbang kepada masalah bayi songang.
Apakah Risiko Sekiranya Bayi Songsang?
3 Jenis Songsang Yang Akan Menyukarkan Proses Kelahiran
Kedudukan bayi songsang akan menyebabkan kesukaran semasa proses kelahiran. Tidak seperti kelahiran normal yang memberi masa kepada ibu untuk bersalin, bayi songsang perlu dikeluarkan segera sebaik sahaja ia memberi signal kelahiran telah berlaku. Hal ini kerana kepala bayi yang berkedudukan di atas perlu dikeluarkan segera bagi mengelak bayi daripada lemas dan risiko meninggal dunia. Selalunya bayi akan dikeluarkan tidak lewat dari 4 minit selepas proses kelahiran bermula.
Keadaan akan menjadi lebih mencemaskan apabila air ketuban pecah kerana dengan kedudukan kepala bayi di atas, ia membuka organ di bahagian bawah untuk air ketuban keluar dengan lajunya, Jika pada kedudukan normal, air ketuban akan tersekat dengan kepala bayi. Semakin kurang air ketuban, semakin dekat bayi dengan otot rahim sehingga ada kemungkinan kepala bayi tersepit dengan pintu rahim dan menyukarkan proses bersalin.
Kedudukan tali pusat bayi songsang yang berada di depan juga boleh mengundang risiko kerana apabila air ketuban pecah dan meluncur keluar tanpa halangan, ia kemungkinan menghanyutkan sekali tali pusat keluar ke mulut rahim. Apa yang dibimbangkan iialah tali pusat tersekat di situ sehingga menutup ruang oksigen untuk bayi menyebabkan bayi lemas dan mungkin meninggal dunia.
Bagaimana Mengesan Kedudukan Bayi Songsang?
Kedudukan bayi songsang dapat dikesan dengan pelbagai kaedah. Secara mudahnya , ibu sendiri dapat merasakan kedudukan bayi dengan meraba-raba perutnya. Sekiranya anda berasa bahagian atas terasa keras, kemungkinan kedudukan bayi anda adalah dongsang kerana selalunya yang keras adalah bahagian kepala.
Namun begitu, kaedah moden dengan menggunakan untrasonografi (USG) lebih mudah mengesan kedudukan bayi di dalam kandungan.
Bagaimana Keadaan Songsang Ini Boleh Kembali Normal?
Secara tradisi, ibu yang mengandungkan bayi songsang disarankkan melakukan posisi seperti orang bersujud, dengan cara ini kepala bayi akan berpusing semula ke bawah Anda juga boleh meminta bantuan bidan yang boleh membetulkan semula kedudukan bayi.
Tugas ‘memusing’ semula kedudukan bayi juga boleh dilakukan oleh doktor pakar perbidanan. Lazimnya ia lebih mudah dilakukan jika kehamilan masih belum cukup umur.
Selain itu anda juga boleh mencuba tips seperti di bawah:
- Digalakkan untuk sujud lama sedikit semasa solat sekurang-kurangnya dalam 5 minit.
- Dalam keadaan sujud rebahkan badan ke kiri dan kanan bergantung pada kedudukan badan baby dan baringkan selama 20-30 minit (di luar solat)
- Jika badan bayi ke kanan rebahkan ke kiri dan sebaliknya.
- Lakukan posisi seperti merangkak. Jangan merangkak ke depan dan lakukan dalam dalam 5 saat sebanyak 2-3 kali bergantung pada badan, baca ayat 74 dari surah Al-Hijr yang bermaksud: “maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah.”
- Ambil segelas air kosong,lalu bacakan surah Al-Insyirah sebanyak 3 kali dan hembuskan ke dlm air. Ambil air yg dah dibacakan dengan surah tersebut dan usap di perut sebanyak 3 kali atau 7 kali mengikut lawan pusingan jam beserta selawat ke atas Nabi s.a.w. Lebihan air bolehlah diminum. Lebih mustajab, jika suami juga turut lakukan perkara yg sama.
- Amalkan juga membaca surah Al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardhu beserta doa, moga Allah permudahkan proses kelahiran anak yang kita kandungkan.
- Letak pek ais di atas perut. Tujuannya supaya baby rasa tak selesa atau sejuk kat kepala dia. Jadi dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.
- Cuba bermain dengan touch light. Ambil touch light dan suluh kat bawah pusat. Tujuannya supaya bayi bergerak ke arah cahaya.
Rajin-rajin bercakap dan pujuk baby supaya berpusing dan duduk di kedudukan yg betul.
Bagaimana Cara Bersalin Bayi Songsang?
Terdapat kira-kira 1/400 kelahiran, bayi tidak dapat memusingkan kedudukan secara normal pada lewat kehamilan. Cara paling selamat ialah melahirkan melalui proses pembedahan (Ceaserian) terutama jika bayi besar dengan berat melebihi 3kg. Saiz bayi yang besar aakan memungkinkan otot leher bayibedera kerana tersangkut semasa proses bersalin normal.
Risiko lain jika melahirkan secara normal ialah kemungkinan bayi mengalami patah tulang punggung apabila dipaksa keluar. Ia juga kemungkinan berlaku radang otak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Salah Pilih Suami, Isteri Derita Seumur Hidup!

Isi Kandungan
ToggleKalau salah pilih suami, hidup anda akan dalam ketakutan, derita air mata. Anak-anak lagilah, takut nak dekat. Kasihannya…
Salah Pilih Suami
Seksa sungguh bila bersuamikan lelaki begini. Dalam hati isteri yang cuba dan usaha bertahan, konon nak bagi peluang. Moga suatu hari baran suami hilang. Bertahan sekalipun isteri, jangan sampai maki hamun suami jadi makanan harian. Kena ajar sayangkan diri sendiri.
Bertindaklah! Jadi berani.. bak kisah benar yang dilalui Firda Ashaary ini. Yang pernah melalui episod paling malang bagi seorang wanita bergelar isteri. Syukurlah.. dengan keberanian yang masih bersisa. Dapat juga melepaskan diri dari suami yang menghamba abdikan isteri sendiri.
Salah Pilih Suami, Bertahun Derita Air Mata
YES!!
Aku setuju, aku pernah dah kena kes gini. Kenal sekejap ja. Dia terus melamar dan nak jumpak famili. Ikhlaslah kata kan?
Konon dia nak berubah jadi orang. Mak aku mulanya setuju tapi lepas tu tak sedap hati mungkin. Dan mak ubah fikiran. Mak cakap, “Tak payah la. Orang tu tetap orang yang sama. Takdak nak berubah mana eh!”
Aku pulak jawab,
“Apa salah bagi peluang dia berubah. Kita pun tak baik mana Mak. Dia tu baik cuma panas baran sikit ja.” Kemain yakin aku membela.
Pendekkan kisah, aku menang. Mak mengalah. Lepas tu baru aku tahu langit tu tinggi ke rendah. Manisss sangat cinta aku tu. Tapi semua dah terlambat. Aku dah jadi isteri dia yang sah. Hiduplah aku berendam airmata dari hari pertama nikah dan begitulah hari-hari seterusnya.
Walau disimpan dalam ‘mahligai’ tapi kaki dirantai. Hidup diherdik macam bibik. Disuruh duduk, aku duduk. Disuruh berdiri aku perlu berdiri. Sedang menangis aku dipaksa senyum. Dalam sebulan boleh kira dengan jari berapa hari airmata tu tak tumpah. Sampai aku lupa bila masa aku tersenyum. Aku macam patung bernyawa.
Anak-anak Diherdik Tanpa Salah
Anak-anak juga kena tempias barannya. Pedih hati tengok anak-anak diherdik tanpa salah. Aku selalu pertahankan anak-anak walau teruk aku dimaki.
Akhirnya mujurlah Allah tu masih sayangkan aku, dibuka jalan untuk aku bukak langkah seribu. Aku tak toleh lagi dah. Aku pegang tangan anak-anak kiri kanan, sehelai sepinggang aku lari. Walau dia datang melutut, merayu, minta dimaafkan, malah diugut nak disaman dan dituduh nusyuz, aku tak peduli.
Lantak kau lah. Aku takkan ulang kesilapan aku percaya pada orang yang psiko. Cukuplah sekali. Bertahun tragedi tu berlalu, tapi sedetik pun aku tak pernah lupa. Bagai layar perak memapar satu persatu kejadian.
Aku bukan berdendam, jauh sekali nak sedih sebab benda dah lama. Cuma aku sejenis yang susah nak lupa apa orang buat kat aku. Im sorry.
Gais, kajilah dulu dalam luar sebelum terima lamaran. Kenal terus ajak kahwin belum tentu betul-betul ikhlas. Manusia sekarang banyak ja pandai berlakon.
Bukan mudah nak lepas, kalau dah terikat. Ingat tu!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI