Adakah anda termasuk lelaki yang sukar untuk membuat lawan jenis jatuh cinta pada anda? Tiada keyakinan diri untuk mendekati wanita? Atau para wanita yang anda dekati malah cuba untuk menjauhi anda?
Jika anda berada dalam keadaan seperti di atas, tidak usah risau. Kerana ada ramai lelaki di dunia ini yang mempunyai masalah seperti itu.
Berikut ini tips yang boleh anda gunakan untuk membuat wanita jatuh cinta.
1. Tunjukkan diri seadanya
Apabila anda sudah merasa selesa dengan salah seorang wanita, usahakan agar boleh terlibat dalam perbualan dengannya. Anda tidak perlu memulakan dengan topik yang rumit dan berat, cukup berbicara mengenai hobi masing-masing sahaja.
Tampilkanlah diri anda yang sebenarnya. Dengan ketulusan, wanita akan lebih mudah tertarik pada anda.
2. Jangan menilai wanita berlebihan
Perlu disedari bahawa tiada wanita yang sempurna di dunia ini. Untuk itu, jangan membandingkan wanita yang anda sukai dengan wanita lain, lebih-lebih lagi jika dilakukan di hadapannya. Ini sangat sering membuat wanita menjadi kesal dan pergi meninggalkan anda.
Ads
3. Jangan terlalu agresif
Apabila anda mula menyukainya dan dia memberikan reaksi yang positif, hati-hati dan jangan terlalu berlebihan. Jika anda menelefonnya terlalu sering, menghantar mesej mesra setiap masa, atau dengan menanyakan pelbagai aktivitinya, dia akan mula rasa kurang selesa dan kehilangan rasa ingin tahu lagi.
Anda sebaiknya cuba jual mahal dengan menghadkan diri. Apabila anda tidak hadir, ini dapat menumbuhkan rasa rindu dan tertanya-tanya di dalam dirinya.
4. Tunjukan perhatian anda
Cara membuat wanita jatuh cinta selanjutnya adalah dengan cuba untuk menunjukkan rasa perhatian kepadanya. Buatlah diri anda agar menjadi bersemangat apabila mendengar ceritanya. Apabila hubungan dirasakan sudah mula lebih dekat, luangkan masa untuk mendengar luahannya.
5. Perhatian adalah kunci hubungan yang berkekalan
Sebaiknya respon pada luahannya dengan memberikan pendapat yang bijak, tanpa memberi kesan celaru. Apabila anda sudah boleh membuatnya dia rasa selesa, wanita tersebut akan sentiasa ingin bersama anda.
Ads
6. Buat dia ketawa
Senyuman adalah senjata yang sangat ampuh untuk menjalin sebuah komunikasi dengan seseorang, terutama untuk wanita. Tersenyum adalah sebuah refleksi dari mereka yang sentiasa mempunyai pemikiran positif.
7. Buat wanita selalu tertawa
Jika anda memang mempunyai humor yang baik, sebaiknya berikan humor-humor yang segar sehingga keceriaan yang anda miliki boleh disebarkan bersama. Sebuah kajian membuktikan bahawa 9 dari 10 wanita yang menyukai lelaki dengan humor tinggi.
8. Papar yang terbaik
Untuk boleh mempunyai penampilan yang terbaik, anda tidak perlu memaksakan sesuatu yang tidak anda sukai. Hanya menjadi diri sendiri sehingga tidak ada tekanan ketika berada di depannya.
Ads
Mempunyai pandangan yang bersih dan harum, nafas segar, serta tidak terlalu sudah cukup membuat wanita menyukai anda. Akan lebih baik jika anda boleh menunjukkan sikap kekeluargaan tertentu di hadapannya. Anda boleh cuba untuk bermain gitar atau memasak untuknya.
9. Biarkan dia tertanya-tanya
Membiarkan wanita pujaan untuk meneka keperibadian anda merupakan cara membuat wanita jatuh cinta yang sangat ampuh. Jangan membuka diri secara sepenuhnya, biarkan dia tahu secara perlahan mengenai jati diri anda yang sebenarnya.
Jika anda membuka diri secara terbuka, berkemungkinan besar dia akan menjadi mudah bosan. Oleh kerana itu, biarkan rasa ingin tahunya mengenai diri anda terus tumbuh dan berkembang seiring waktu. Dengan demikian, dia akan selalu berharap dan mempunyai keinginan untuk selalu mengenali diri anda lebih dekat.
10. Jangan terlalu akrab
Apabila anda memang benar-benar suka, sebaiknya jangan terlalu akrab. Cuba untuk menghargai privasi mereka dengan memberi ruang yang bebas.
Sebagai contoh, jangan memeluk dirinya hanya untuk menunjukkan rasa akrab anda. Apabila dia sudah nampak rimas, sebaiknya hentikanlah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk mengumpul wang demi mendirikan rumah tangga sememangnya satu agak sukar. Apatah lagi jika anda mempunyai gaji yang kecil dan cukup-cukup makan. Ia memerlukan masa untuk mengumpul wang tersebut.
Antara jalan mudah dan cepat untuk berkahwin tentunya dengan membuat pinjaman bank. Bukan setakat buat majlis kahwin, anda boleh honeymoon ke luar negara menggunakan duit tersebut. Tak perlu susah-susah nak simpan duit dan ikat perut.
Perkara ini sebenarnya sangat membimbangkan kerana kehidupan selepas berkahwin memerlukan lebih banyak wang berbanding majlis perkahwinan itu sendiri.
Jika anda berhutang, anda mungkin bakal berdepan dengan masalah-masalah ini selepas berkahwin nanti:
1. Semakin besar hutang, semakin terbeban
Ramai yang tidak sedar atau mereka sebenarnya tidak ambil peduli tentang hal ini. Apabila anda membuat pinjaman yang besar, ia akan membebankan diri anda. Mana tidaknya, anda perlu membayar hutang serta bunga yang telah ditetapkan oleh pihak tersebut. Sukar untuk anda lari dari bebanan ini. Jika anda melengahkan bayaran, semakin tinggi beban yang terpaksa ditanggung.
2. Ambil masa yang lama untuk selesaikan
Nak pinjam duit untuk majlis perkahwinan tidak cukup hanya seribu atau dua ribu. Tentunya anda akan meminjam belasan atau puluhan ribu. Tentu anda tidak mampu selesaikan dalam dua atau tiga bulan. Paling tidak, anak dah 3 pun hutang masih belum selesai.
3. Tambah hutang makin kurang keselesaan rumah
Anda pasti akan terbeban dengan hutang-hutang seperti hutang kereta, perkahwinan, rumah dan banyak lagi. Pastinya keadaan ini buat anda tidak selesa dan keadaan di rumah terabai. Mana tidaknya, wang yang sepatutnya digunakan untuk memberi keselesaan di rumah perlu digunakan untuk membayar hutang.
4. Perlu tunda keinginan dan kemahuan
Apabila berhutang, anda perlu bersedia banyak perkara. Keinginan dan kemahuan anda juga terpaksa disekat. Anda tidak boleh membeli barangan idaman anda.
5. Punca salah faham dan perbalahan
Bila anda tertekan dengan bebanan hutang, secara tidak langsung ia akan menyebabkan terjadinya perbalahan antara anda dan pasangan. Tekanan itu terpaksa anda tanggung seorang diri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zihar ialah perbuatan seorang suami menyamakan isterinya dengan mana-mana perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya.
Perempuan yang diharamkan berkahwin tersebut hendaklah yang diharamkan berkahwin buat selama-lamanya seperti ibu dan anak perempuan. Biasa terjadi menerusi percakapan, tidak dikira yang terlintas di dalam hati.
Syarat zihar ada 6, iaitu:
i. Suami mestilah seorang yang Muslim dan sudah baligh (mukalaf).
ii. Hubungan suami-isteri di antara mereka hendaklah masih sah.
iii. Gaya bahasa (sighah) lafaz yang digunakan oleh suami memang bermaksud untuk menziharkan isteri.
iv. Perumpamaan yang dikenakan oleh suami kepada isteri secara keseluruhan dirinya atau sebahagian sahaja.
v. Persamaan yang disebut di antara isterinya dengan mana-mana perempuan lain yang haram baginya nikah sama ada sementara atau selama-lamanya.
vi. Persamaan yang disebut membawa makna haramnya hubungan suami-isteri di antara mereka.
Apabila telah berlaku zihar, maka suami diharamkam bersetubuh dengan isterinya kecuali setelah membayar kifarat (denda).
Terdapat tiga jenis kifarat zihar mengikut keutamaan iaitu:
1. Membebaskan (memerdekakan ) seorang hamba Muslim.
2. Berpuasa dua bulan berturut-turut.
3. Memberi makan enam puluh orang miskin dengan secupak beras setiap seorang atau dinilaikan harga makanan tersebut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam rumah tangga, kata-kata pujian kepada pasangan merupakan salah satu pengikat kasih sayang yang perlu suami isteri amalkan. Apa yang penting, pujian untuk pasangan itu haruslah diluahkan secara ikhlas.
Bukan hanya isteri sahaja yang suka dengan pujian, suami juga perlukan pujian manja dan ikhlas daripada isteri tercinta. Walaupun kebiasaannya lelaki kurang menzahirkan perasaan gembira apabila dipuji, namun percayalah jika anda ungkapkan kata-kata pujian boleh membuatkan suami rasa dihargai.
Ok isteri, jadikan pujian-pujian ini sebagai amalan anda dan perhatikan reaksinya!
1. Tunjukkan rasa teruja anda dengan penampilannya
Seperti pakaian dan rambut, lelaki tidak akan pernah menjadi sebimbang orang perempuan, namun dia masih mengambil berat tentang penampilan luarannya. Tiada insan lain yang lebih jujur dalam memberikan pendapat tentang penampilannya selain isterinya sendiri.
Sesekali tunjukkan rasa kagum anda tentang penampilannya dan katakan yang anda nampak suami segak dengan pakaian dan gaya rambutnya yang sebegitu. Jangan lupa berikan pandangan menggoda saat anda memujinya seolah-olah pandangan ‘jatuh cinta pandang pertama’. Selain suami rasa terharu dan berbesar hati, pasti suami juga cenderung untuk memberikan anda pujian!
2. Katakan yang anda suka dengan bau suami yang segar
Wanita umumnya gemarkan bau yang segar dan harum. Beri dorongan kepada suami agar suami kekal segar dan harum dengan memberikan pujian ikhlas tatkala suami selesai mandi dan mengenakan haruman kegemarannya. Secara tidak langsung, suami akan terdorong dalam usahanya untuk meneruskan penampilan diri yang sentiasa harum sekali gus meningkatkan keyakinan dirinya.
3. Puji gaya potongan rambut terbaharunya
Tidak seperti anda, suami anda mungkin tidak pernah menghabiskan banyak masa dan wang untuk penampilan rambut. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna yang suami tidak berusaha untuk menjaga penampilan rambutnya.
Walaupun mungkin suami jarang bertanyakan kepada anda soalan, “Okay tak rambut abang?” selepas dia keluar dari kedai gunting rambut, namun sebenarnya kaum lelaki memang inginkan komen positif daripada wanita lebih-lebih lagi isterinya. Yakinkan suami yang rambutnya kelihatan elok dan menawah, malah gaya rambutnya itu kena dengan dirinya.
4. Katakan yang pandangan suami bernas
Sewaktu zaman kanak-kanak, ini adalah pujian terbaik yang seringkali diterima namun ia semakin hilang seiring dengan usia. Jika suami anda mengatakan sesuatu yang intelektual atau bijak, berikan pujian di atas hujahan suami yang bijak itu. Ia adalah satu pujian yang jarang didengari dan boleh membuatkan suami rasa bangga dengan pandangannya.
5. Beritahu suami yang anda selesa dan selamat dengannya
Suami pasti merasakan bahawa dirinya penting apabila dia mengetahui anda selamat apabila berada bersamanya. Zahirkan perasaan selamat dan rasa dilindungi apabila anda berada di sampingnya. Ini juga akan membuatkan suami rasa dirinya maskulin, gagah dan lebih yakin.
Cuba ini:Minta suami bukakan penutup balang untuk anda dan ucapkan terima kasih dengan menepuk bicepnya sambil anda memuji betapa kuatnya dia. Pasti suami rasa kuat dan seksi dalam masa yang sama!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!