Bagi bakal pengantin, selain mengadakan majlis perkahwinan mereka di dewan ada juga yang ingin melakukannya di hadapan rumah iaitu menempah khemah. Kanopi zaman sekarang bukan calang-calang kerana semakin hari semakin kreatif dan cantik.
Tidak seperti kanopi dahulu kini bentuknya yang lebih kreatif membuatkan ia nampak lebih eksklusif. Tak percaya? Ini antara khemah yang menjadi trending masa ini.
1. Marquee Tent
Percaya atau tidak permintaan khemah begini di daerah-daerah kecil seperti Muar, Merlimau mahupun Jasin mendapat permintaan yang sangat tinggi dan ramai bakal-bakal pengantin sanggup berhabis wang ringgit untuk mendapatkanny. Namun, khemah ini memerlukan ruang tanah yang luas dan kebiasaanya disebabkan ketinggian khemah yang agak tinggi menyebabkan air mudah tempias masuk kedalam khemah.
2. Marquee Tent + Kerusi chiavari
Ads
Kebiasaanya khemah dan kerusi ini digunakan di majlis-majlis korporat dan perkahwinan VIP namun kini rakyat biasa pun ramai yang sudah menyewa nya di majlis raja sehari mereka. Memang nampak begitu mewah dan eksklusif sekali.
3. Transparent Marquee Tent + Kerusi chiavari
Ads
Khemah Marquee tent ini lut sinar dan sesuai digunakan untuk acara di belah malam dengan ditemani cahaya lampu yang bersinar dan berwarna-warni. Ia akan memeriahkan lagi suasana acara anda dan agak romantik bergantung pada pilihan warna lampu yang anda pilih.
4. Khemah Arabian Transparent + Kerusi chiavari
Khemah arabian ini adalah sama seperti khemah arabian yang lain cuma kanvas nya adalah lut sinar dan sesuai digunakan pada waktu malam. Khemah ini akan lebih berseri apabila anda menambah aksesori lampu di sekelilingnya seperti gambar diatas. Ia akan menjadikan khemah anda bercahaya dengan mewah dan menawan.
Ads
5. Khemah Arabian + Kain Lelangit
Khemah sebegini lebih mudah di bekalkan oleh pemilik kanopi dan ia sangat sesuai digunakan untuk majlis perkahwinan di Malaysia. Walaupun ia kurang cantik berbanding yang lain namun ia tetap menawan dan mampu membuatkan para tetamu mengingati majlis anda. Selain itu ia lebih murah berbanding yang lain dengan anggaran sewa untuk satu unit lengkap sesebuah khemah.
Sumber : animkateringmuar
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanpa semangat dan jiwa yang kental serta berdedikasi, Weddings By Emma tidak mampu untuk terus bertahan dalam industri. Berbekalkan usaha yang berterusan dan strategi pemasaran yang bijak, Abdul Mustaqim Mokhtar dan Emma Zuraida Jaafar terus mengorak langkah untuk maju dalam perniagaan melalui syarikat yang mereka terajui.
Biarpun semakin popular dalam bidang dekorasi pelamin dan majlis perkahwinan, mereka tidak mudah berasa selesa dengan kedudukan itu, sebaliknya terus menitikberatkan kualiti dan berusaha memuaskan hati pelanggan.
Weddings by Emma mula diilhamkan pada Disember 2012 dan sudah pun memasuki tahun keenam di dalam industri. Bermula dengan minat untuk menolong kawan-kawan dengan berbekalkan modal yang kecil, lama-kelamaan Weddings by Emma mula menerima banyak permintaan. Alhamdulillah tahun pertama mereka disuntik untuk melakukan kerja kahwin selebriti, Shukri Yahya dan dari situlah orang mula mengenali Weddings By Emma.
Bagaimanakah mendapat keberanian untuk berkecimpung dalam bidang ini?
Saya yakin dengan industri ini memandangkan perkahwinan sampai bila-bila pun ada permintaannya. Yang mendorong saya untuk memilih bidang ini ialah minat mendalam terhadap dekorasi, selain pulangan yang memuaskan dalam perniagaan yang diceburi.
Keistimewaan Weddings By Emma.
Setakat ini kekuatan Weddings By Emma ialah dari segi branding kami sendiri. Kami ada raving fans untuk memantapkan pemasaran online di media sosial. Lebih kepada perkongsian, di sosial media kami bukan hanya promosi tentang servis malah kami membina hubungan rapat (bonding) dengan klien di mana kami ada raving fans dan followers yang meyakinkan.
Dari segi hasil kerja yang membezakan kami dengan orang lain ialah kami lebih mementingkan personalised. Kami tidak mementingkan trend semata-mata tetapi lebih bersifat personalised dengan klien kami. Tidak terikut ikut trend. Contohnya jika klien mahukan konsep tradisional, yang disukai klien itu yang kami akan ikut. Tidak semestinya kita perlu ikut trend semasa, jadi kami berikan servis lebih personalised dengan kreativiti yang kami ada. Buat masa sekarang, orang lebih mengenali kami sebagai greenery expert yang menjadi signature kami.
Resipi kejayaan untuk memajukan perniagaan.
Kejujuran dan keikhlasan menjadi prinsip utama kami dalam urusan perniagaan. Terkesan dengan perancang perkahwinan yang menipu klien, dalam industri kita perlu be bold, be different dan sangat jujur dengan sesiapa sahaja. Bukan hanya klien malahan vendor dan juga orang sekeliling. Itulah prinsip yang saya pegang untuk berjaya.
Komen anda terhadap industri perkahwinan di Malaysia.
Kalau hendak dibandingkan Malaysia dan Indonesia, jurang perbezaannya sangat besar. Indonesia sangat menghargai hasil seni sebaliknya di Malaysia pasarannya masih dikawal. Sebaiknya kita yang mengawal market. Bukan lagi semata-mata bergantung pada pakej A, pakej B dan sebagainya. Kita kena hasilkan pakej yang unik. Tidak salah mencuba sesuatu tema yang baharu. Itulah antara kekuatan Weddings by Emma, di mana kami akan syorkan sesuatu yang baharu dan bukan yang sedia ada.
Antara servis yang ditawarkan oleh Weddings By Emma
Setakat ini kami memberi tumpuan terhadap dekorasi di mana pecahannya ialah pelamin, meja makan utama, laluan utama, pintu masuk termasuk bunga tangan.
Bagaimana anda mendapatkan ilham rekaan?
Rujukan dari Pinterest, melihat pereka bunga di luar negara seperti lantas memberi inspirasi buat saya. Selain itu dengan minat membaca, idea dengan sendirinya akan bertambah. Sejak dari zaman sekolah lagi saya suka dekorasi yang indah.
Tip penggunaan bunga segar dalam dekorasi.
Tidak semestinya kita perlu menggunakan semuanya dari bunga segar. Kalau agak jauh dari pelamin, gabungkan dengan bunga artifisial. Bunga artifisial yang kami gunakan dari gred A. Kami amat mementingkan kualiti bunga kerana itu antara kekuatan kami agar tidak kelihatan terlalu fake. Walaupun menggunakan bunga artifisial, gubahan itu perlu nampak lebih profesional dan bukan sekadar letak bunga begitu sahaja. Gubahan ini dilakukan oleh team dan diketuai oleh saya sendiri.
Cabaran yang anda hadapi dalam bidang ini.
Saya anggap cabaran ini sebagai satu dorongan untuk lebih maju ke hadapan. Sebenarnya cabaran saya ialah pesaing yang tumbuh bagaikan cendawan. Bagaimana saya ingin mengekalkan keunikan dalam industri? Cabaran yang lain dari segi masa kerana menjadi event dan wedding decor ini, masanya terbalik. Kami bekerja di malam hari.
Cabaran berdepan dengan klien yang pelbagai kerenah. Dalam industri kita tahu akan ada masalah yang sebegini, jadi kerja perlu ada sistem. Saya aplikasikan sistem yang betul dalam perniagaan. Contohnya ada SOP, dengan klien pun ada SOP, melibatkan beberapa perjanjian yang pihak klien perlu tandatangani. Memang dari awal kami sudah didik klien dan tidak boleh last minute changing di mana kami ada perjanjian hitam putih dan lebih mengukuhkan.
Idea diciplak, bagaimanakah anda menanganinya?
Pada mulanya memang rasa frust tetapi selepas beberapa tempoh kita fikir yang kreativiti ini bersifat tiada had. Kalau orang inspired dengan idea kita, kita buat benda yang baharu. Saya memandang perkara ini dari sudut positif.
Bagaimanakah tanggungjawab anda sebagai wedding decor?
Saya nak bantu bakal-bakal pengantin untuk mendapatkan dekorasi yang sesuai dengan bajet dan tema yang mereka inginkan. Kami menjadi penasihat buat bakal pengantin. Bukanlah keadaan di mana klien perlu mengikut kata wedding decor semata-mata. Apabila klien gembira, ia memberi kepuasan buat saya. Kami bina hubungan baik dengan klien, bila mereka selesa secara tidak langsung hasil kerja saya diperkenalkan kepada orang lain.
Apakah kekuatan Intensive Weddings Thoughts and Actions (IWTA)?
Jika dahulu kita bersendiri, jika terserempak dengan pesaing pun rasa tercabar. Namun sekarang, saya pegang apa yang mentor (Nas Great Idea) saya kata, pesaing adalah kawan. Dalam IWTA, kita mengubah mentaliti dengan membina rangkaian yang positif sesama penggiat perkahwinan. Selain itu, kekuatan mentoring. Dalam IWTA juga ada senarai vendor, kalau perlukan item tertentu kita akan berkongsi. Kami tiada masalah dengki. Pada 1 Januari 2017, IWTA dicetuskan oleh Nas Great Idea. Abang Nas buka mata untuk create pakej unik bukannya masih bergantung pada pakej A contohnya. Jika nak pakej RM50K, create sesuatu yang unik. Bila ada platform seperti IWTA, ia membuka mata mereka yang terlibat dalam industri perkahwinan.
Perkembangan terkini Weddings By Emma
Kami mempunyai program perantis di mana Weddings By Emma bakal melahirkan pelapis dan kami akan coaching selama enam bulan. Hanya 12 syarikat yang baharu dalam industri akan dipilih untuk menyertainya dengan komitmen yuran tertentu. Kita berhasrat mahu membantu mereka untuk membina kerjaya dalam industri ini. Kongsi ilmu perniagaan ini dengan cara yang betul dan bersistem. Kita akan coach mereka dari zero to hero. Fokus kita kepada start-up company.
Nasihat Weddings By Emma untuk vendor baharu dalam industri ini
Buat mereka yang berhasrat untuk membina kerjaya dalam industri perkahwinan perlulah ada ilmu dan juga mentor. Tidak boleh buat suka-suka walaupun anda sudah di tahap tertentu. Anda masih perlukan ilmu dan juga mentor serta kena tahu asas pemasaran. Ramai pemilik perniagaan yang ceburi bidang ini tidak tahu membuat pemasaran. Masalah itu yang saya ambil untuk adakan kelas buat mereka yang memerlukannya. Industri perkahwinan bukanlah industri yang suka-suka disertai dan cuba-cuba, ia bukannya untuk bereksperimen. Kena faham dengan sistem dan jumpalah dengan orang yang sepatutnya seperti yang IWTA sediakan.
FOTO : JAZLAN NANGAR & KOLEKSI PERIBADI WEDDINGS BY EMMA
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hebat, deko rumah sendiri semata-mata nak bagi kejutan untuk bakal isteri. Ini lebih dari kisah romantik ya, sangat bertuah bakal orang rumahnya.
Menerusi satu perkongsian di instagramnya, lelaki ini bukan sahaja sudah menyediakan sebuah rumah untuk bakal isterinya, malah dia menghias dan mendekorasi rumah yang bakal didiami bersama pasangannya kelak.
“Alhamdulillah hasil lima hari. Kita buat kejutan untuk bakal isteri. Harap korang simpan rahsia ni sikit je lagi untuk menunggu kehadiran dia,” demikian tulisnya pada perkongsian berkenaan.
Menurut Amirul Izman yang menjalankan bisnes kafeteria untuk kantin sekolah, dia sememangnya mempunyai asas dan serba sedikit pengalaman dalam bidang hiasan dalaman sebelum ini.
Kemahiran tersebut kemudian diterjemahkan untuk menghias kediaman jenis teres dua tingkat yang baru dimiliki.
Mengikut perancangan asal, dia sememangnya mahu melakukan kejutan buat bakal isterinya apabila mereka selamat diijab kabulkan.
“Sebenarnya sebelum ini saya dah pernah beritahu dia, nanti biar saya yang buat dekorasi rumah. Dia tak ada masalah dan serahkan kepada saya bab-bab deko ni.
“Dah sebulan plan ada dalam kepala, gambar-gambar dekorasi yang saya rujuk dekat laman-laman deko pun dah save dalam telefon bimbit. Jadi bila dapat masuk rumah, terus laksanakan saja.
“Kebetulan masa rumah kami dah boleh masuk, saya pula terpaksa jalani kuarantin. Jadi masa sorang-sorang tu saya buat ‘kerja’. Kebanyakan barang pula order dari Shopee…. bila barang sampai, terus cat, pasang perabot dan deko,” ujar pemuda berusia 29 tahun ini.
“Saya memilih konsep ala-ala Boho dari segi perabot, hiasan dan warna cat. Tapi ada juga kata ia ala-ala Nordic. Semuanya saya buat seorang diri je. Bila buat sendiri, rasa lebih puas.
“Setakat ini boleh dikatakan sudah 80 peratus siap, cuma bahagian bilik je yang belum sebab barang belum sampai. Harapnya boleh siap sebelum majlis nikah kami.
“Saya ingatkan biasa-biasa saja, tapi ramai pula yang tengok video dan viral. Hari pertama saya upload video pertama, bakal isteri saya dah tengok hasil kerja saya.
“Dia kagum macam mana saya tukar rumah kosong tu jadi macam sekarang dengan hanya buat sorang-sorang. Walaupun dah tengok di media sosial, tapi dia tetap teruja kerana tak sabar nak tengok kejutan ni depan mata sendiri saat melangkah masuk nanti.
Begitulah usaha seorang lelaki untuk bakal isteri tercinta, jadi sesiapa yang dapat calon minat deko rumah dikira bertuah, ya. Boleh jadi dapat rumah siap dideko macam ini. Rezeki sangat!
Wah…berseri-seri malam berinai Dynas yang berlangsung di kediaman ibunya di Shah Alam malam semalam.
Pagi ni majlis akad nikah telah selamat dilaksanakan dengan baik Alhamdullilah buat Dynas dan Shazrik yang sah bergelar suami isteri pagi ini.
Hantaran tujuh berbalas sembilan dengan jumlah mas kahwin sebanyak RM 10,000 ini sudah memadai bagi Dynas Mokhtar. Harapannya kali ini biarlah kasih sayangnya sehingga akhir hayat.
Sebalik himpunan hantaran ini ada kisah yang cukup istimewa buat Dynas. Salah satu hantaran tersebut cukup menyentuh jiwa Dynas. Set barang kemas itu cukup bermakna dan amat istimewa untuknya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...