Mengoles pemerah bibir adalah rutin harian si gadis agar tampil cantik dan menawan. Memakai pemerah bibir sememangnya memberikan kepuasan peribadi dan menjadikan lebih percaya pada diri. Bukan itu sahaja, secalit gincu bibir mampu menjadikan penampilan lebih menawan terutamanya untuk ratu sehari di majlis pernikahan mahupun resepsi.
5 Jenis Pemerah Bibir, Satu Olesan Sahaja Mampu Menyerikan Wajah Ratu SehariKebanyakan wanita memiliki sekurang-kurangnya satu warna gincu bibir kegemaran. Ada yang sukakan rona terang, ada pula lebih memilih warna lembut manakala ada pula wanita yang sukakan rona tanah. Tidak dapat dinafikan, gincu antara alat solek penting wanita kerana calitannya bukan saja mencantikkan wajah, sebaliknya menyerikan penampilan yang kusam.

Pemerah bibir dianggap sebagai sahabat baik buat si gadis. Selain bedak, pemerah pipi dan pembayang mata, gincu bibir merupakan salah satu barang yang wajib ada di dalam beg tangan. Dengan satu olesan sahaja mampu menyerikan wajah si mempelai. Jom kenali beberapa pemerah bibir pilihan:

5 Jenis Pemerah Bibir, Satu Olesan Sahaja Mampu Menyerikan Wajah Ratu SehariPemerah bibir satin
Sesuai digunakan untuk mereka yang cenderung memiliki bibir yang kering. Jenis gincu ini boleh melindungi bibir indah anda dari kekeringan dan pecah-pecah kerana pelembap yang terkandung di dalamnya adalah cukup tinggi. Pemerah bibir ini dapat menonjolkan diri anda dengan ketegasan warnanya.

5 Jenis Pemerah Bibir, Satu Olesan Sahaja Mampu Menyerikan Wajah Ratu SehariGincu bibir pensel

Sesuai bagi anda yang memiliki bibir yang tidak berbentuk. Gincu bibir pensel ini boleh menjadi penyelamat buat diri anda kerana ia mudah untuk membentuk lakaran bibir. Sifatnya seperti penggaris mata dan juga digunakan sebagai bingkai bibir.

5 Jenis Pemerah Bibir, Satu Olesan Sahaja Mampu Menyerikan Wajah Ratu SehariPemerah bibir ‘glossy‘
Pemerah bibir ini adalah bersifat lembap dan dilengkapi dengan ‘glitter’. Bibir anda akan kelihatan lebih seksi. Namun begitu, gincu bibir ini mudah hilang, jadi anda harus sentiasa membawanya setiap masa.

IKLAN

5 Jenis Pemerah Bibir, Satu Olesan Sahaja Mampu Menyerikan Wajah Ratu SehariPemerah bibir ‘matte’
pemerah bibir ini mempunyai banyak warna, dan ia berbentuk solid. Lakukan dengan mengoles pelembap bibir sebelum olesan pemerah bibir matte pada bibir. Ini kerana pemerah bibir matte mengandungi sedikit sahaja pelembap bibir berbanding gincu ‘glossy’ dan gincu ini bersifat tahan lama.

5 Jenis Pemerah Bibir, Satu Olesan Sahaja Mampu Menyerikan Wajah Ratu SehariPelembap bibir atau ‘lips balm’ tidak mempunyai warna tetapi hanya rasa. Namun ada juga produk yang didatangkan dengan sedikit warna untuk lebih menyerikan lagi bibirmu . Pelembap bibir ini digunakan untuk melembapkan lagi bibir supaya tidak kering. Sesuai digunakan kepada si jelita yang berkerjaya.

Punca bibir tidak sihat, kering dan lebam:

– Tidak gunakan pembersih bibir yang betul.

IKLAN

– Cuci bibir menggunakan sabun wajah yang tidak sesuai untuk kelembutan bibir.

– Kurang gunakan pelembap bibir.

– Tidak gunakan pupur bibir khusus.

– Menggunakan gincu yang tidak mengandungi vitamin dan nutrisi diperlukan bibir.

IKLAN

5 Jenis Pemerah Bibir, Satu Olesan Sahaja Mampu Menyerikan Wajah Ratu SehariLangkah menutup cela bibir gelap dan kembalikan keremajaan bibir:

– Bersihkan bibir menggunakan pembersih solekan mata. Ini adalah kerana kulit mata adalahsama nipis dengan bibir anda.

– Lakukan pembersihan kulit mati dan kotoran bibir menggunakan pupur khas.

– Gunakan gincu teksturnya matte atau krim untuk menutupi warna bibir yang gelap dan tidak nampak terlalu tebal.

– Elakkan pilihan gincu berkilat kerana teksturnya yang nipis akan menampakkan kehitaman bibir lebih jelas.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI