Nilai kasih sayang antara suami isteri harus sentiasa dipupuk agar perasaan cinta mekar buat selamanya. Ini penting bagi menjamin hubungan dan keluarga yang lebih harmoni dan sejahtera. Ada sesetengah pasangan yang membiarkan perasaan cinta semakin pudar kerana kurangnya tolenrasi dan komunikasi antara pasangan.
Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam rumah tangga anda. Semaikan perasaan cinta setiap hari agar cinta yang berputik dari mula utuh sampai bila-bila.
Jom kita lihat 5 tip dan panduan untuk semarakkan hubungan cinta suami isteri yang akan membuatkan ia bertambah mekar!
Ads
1. STATUS SUAMI ISTERI UNTUK SALING MENCINTAI
Selain menganggap status suami atau isteri adalah status yang terpikul padanya dengan tanggungjawab semata-mata, suami isteri juga mestilah menjadikan status suami dan isteri sebagai jalan untuk mencintai dan dicintai pasangan. Berikan keutamaan kepada tanggungjawab suami isteri dan jangan sekali-kali mengabaikan hak anda untuk memberikan cinta kepada pasangan.
2. HEBATKAN LAGI CINTA
Bagi yang bercinta sebelelum berkahwin, masihkah anda ingat saat-saat anda bercinta? Alangkah manisnya ketika itu. Betul kan? Segala-galanya indah belaka. Semuanya cukup ideal .Masing-masing berusaha untuk memenangi hati pasangan. Mengapa apabila sudah berkahwin, tiada lagi perkara-perkara manis dan indah seperti dulu .”Masihkah kau ingat,pada waktu itu, sekuntum bunga mekar ku selit ke rambutmu?” Ulangi detik-detik manis bersama dahulu di alam rumah tangga.
Ads
Bagi yang tidak bercinta sebelum berkahwin, inilah masa paling indah bagi anda terutamanya yang baharu mendirikan rumah tangga untuk menjadikan pasangan anda cinta pertama dan selamanya. Dialah cinta pertama dan selamanya.
3. MENGIMBAU KENANGAN MANIS
Masihkah anda ingat saat-saat anda akad nikah? Tak dapat digambarkan kegembiraan pada waktu itu. Andalah orang yang paling bahagia ketika itu. Kenang kembali saat-saat indah agar bunga cinta anda mekar kembali. Kenangkan saat-saat indah malam pertama anda sebagai suami isteri. Bagaimana semaraknya cinta anda kepada pasangan ketika itu, ditambah pula dengan kenikmatan hubungan mesra suami isteri. Sangat indah bukan?
Ads
4. KEKASIH AWAL & AKHIR
selalu yang berlaku, sangat kurang pasangan suami isteri menganggap pasangan mereka adalah kekasih hati dan mereka tidak menyedari hakikat ini. Seorang suami atau isteri adalah bukan sekadar suami isteri, tetapi mereka adalah pasangan kekasih yang sedang melayari bahtera kehidupan rumah tangga yang memerlukan kasih sayang dan cinta agar pelayaran mereka kekal hingga ke akhir hayat
5. BERUSAHA AMBIL HATI PASANGAN
Apabila sudah mendirikan rumah tangga, ramai pasangan suami isteri sudah tidak mempedulikan hati dan perasaan pasangan. Bak kata orang, “Dah dapat memang macam tu”. Anda perlu berusaha mengambil hati pasangan seperti mana sebelum anda berkahwin demi memastikan rumah tangga anda sentiasa penuh dengan perasaan kasih sayang dan kesefahaman.
Seperti mana sebelum berkahwin, anda sangat banya idea bagaimana memikat hati si dia. Mengapa sudah berkahwin anda seolah-olah kehilangan idea? Apa yang anda lakukan dahulu pun boleh dipraktikkan setelah anda berkahwin seperti hadiah, bunga, surprise (kejutan), dating, candle light dinner, kad ucapan, sms cinta dan banyak lagi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam memastikan agar hubungan suami dan isteri kekal berkekalan ke akhir usia, bajainya dengan kasih sayang dan rasa cinta yang mendalam. Hidup bersama-sama setiap hari dapat menumbuhkan rasa sayang anda terhadap pasangan, namun tidak kurang juga berlaku konflik atau tidak sefahaman. Begitulah asam garam hidup dalam rumah tangga.
Ketahui 5 janji yang perlu ada dalam hubungan suami isteri supaya terus bahagia hingga ke Jannah.
1.Sentiasa utamakan pasangan
Pasangan anda akan merasa bahagia jika anda memberikan perhatian lebih kepada daripada mengutamakan pekerjaan, hobi, pergaulan dan hal-hal lain.
2.Sentiasa cintai pasangan
Jatuh cinta adalah proses seumur hidup. Cinta anda biarlah terus mekar dari hari ke hari. Jatuh cintalah selalu kepada pasangan anda setiap hari. Pelihara kasih sayang dan cinta anda dengan selalu mengucapkan “ Saya akan terus mencintai awak”.
3.Sering bertanggungjawab
Jadilah pasangan yang bertanggungjawab, baik sebagai suami atau isteri. Dengan ini, maka pasangan akan sentiasa merasa selamat berada di sisi anda.
4.Selalu berkata”YA!”
Pasangan anda berhak mendapatkan respon positif dari anda. Jika anda berkata “YA!”, maka aura positif akan memenuhi suasana dalam keluarga anda, menciptakan kebahagiaan bagi pasangan anda dan juga diri sendiri. Pastikan selalu berkata “YA!” untuk hal yang positif.
5.Jadilah pelindung bagi pasangan dan keluarga
Dalam situasi hidup yang penuh cabaran atau bahkan dalam situasi aman sekalipun, pasangan anda berhak memiliki seorang pelindung bagi dirinya, iaitu anda. Jadilah pasangan yang mempunyai peribadi yang lembut, namun bijaksana dalam mengatasi pasang surut kehidupan keluarga anda.
Sumber:http://lifestyle.liputan6.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menyentuh hal kenduri-kendara, hal kewangan menjadi keutamaan. Semuanya memerlukan wang untuk menyelenggarakan pelbagai perkara. Jika tidak diuruskan dengan betul, silap-silap anda boleh dibebani dengan hutang selepas majlis perkahwinan berakhir.
Jika anda seorang yang kreatif dan mahu berusaha lebih, kos perkahwinan boleh menjadi murah, menjimatkan kos dan tidak semahal seperti yang digembar-gemburkan. Semua hal mengenai pemilihan dewan, vendor, jurufoto, katering, mekap dan baju pengantin boleh dikurangkan kosnya.
Ini ada 4 cara yang boleh anda buat.
1. Buat poster undangan atas talian
Sedar atau tidak, kad undangan perkahwinan cuma berakhir dan terbuang begitu saja? Anda juga pasti melakukan hal yang sama terhadap kad undangan perkahwinan teman atau keluarga. Sebaik sahaja majlis selesai, pasti kad undangan tersebut berakhir di tong sampah. Daripada anda membazir untuk hal yang sia-sia, lebih baik anda beralih menggunakan kad undangan yang disebar melalui media sosial.
Selain menjimatkan kos, cara ini juga efektif kerana tidak memerlukan waktu yang lama malah jangkauannya juga sangat meluas. Daripada teman di sekolah rendah sampailah rakan-rakan sekerja boleh anda jemput menggunakan kad secara atas talian. Walau bagaimanapun, untuk saudara-mara, ketua di pejabat atau mungkin ada tetamu tertentu yang dianggap istimewa, anda harus menggunakan kad undangan bercetak seperti biasa.
2. Idea konsep pra-perkahwinan yang unik
Dengan memanfaatkan alam ternyata anda boleh menjimatkan kos untuk gambar pra-perkahwinan. Tidak perlu banyak aksesori, keindahan alam juga mampu merealisasikan keindahan daripada konsep pra-perkahwinan yang ingin anda tonjolkan.
3. Senaraikan jemputan para tetamu
Undangan majlis perkahwinan biasanya didominasi oleh rakan orang tua dan juga keluarga besar. Usahakan dahulukan daripada keluarga besar kedua-dua pihak terlebih dahulu. Setelah itu, baharulah kepada jiran sekitar rumah, sahabat dan teman terdekat. Kalau masih dirasakan cukup, anda boleh mengundang teman-teman lama. Membuat skala keutamaan pun sangat penting kerana ini ada kaitan langsung dengan jumlah katering yang telah anda tempah.
4. Minta bantuan teman
“Banyak teman banyak rezeki” tentu istilah ini menjadi hal yang sebaiknya ketika anda ingin meminta tolong kepada mereka untuk membantu menyumbang dalam acara perkahwinan yang diselenggarakan. Kalau punya rakan yang kerjayanya sebagai jurufoto, mekap artis atau pereka fesyen, jangan ragu-ragu untuk minta pertolongan mereka. Bolehlah anda minta harga kawan-kawan. Walaupun acara ini harus menjadi momen pertama dan terakhir dalam hidup, jangan paksa diri anda untuk menghabiskan kesemua wang yang anda miliki.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nasi ayam penyet memang telah menjadi kegemaran ramai orang. Lagi-lagi kalau sambal dia tu menjadi, memang padu! Kebiasaannya, kita asyik makan kat kedai je sebelum ni kan? Jadi apa kata sempena musim PKP dan ramadan ni, jom cuba buat sendiri je kat rumah. Dengan menggunakan resepi ini memang sangat mudah!
Jom ikuti perkongsian daripada Puan Jida Jat ini. Semoga bermanfaat.
Nasi Ayam Penyet
Boleh buat menu berbuka!
Resepi Cabai Penyet..
Bawang Besar 1Labu
Bawang Putih 3Ulas
Cabai Merah 4Biji
Cabai Melaka Hijau 20biji
Tomato 3Biji
Belacan Sikit(Nak Masukkan Ikan Bilis pun Boleh…
Goreng Bhan2 Cabai penyet tuu..Mcm Dalam Gambar d atas..Dah layu.Toskan.. Boleh Belender@Tumbuk..Saya Tumbuk jaa.. Masukkan perasa sesedap Rasa