Siapa yang tidak suka pada buah mangga? Tahukah anda, buah mangga memiliki banyak manfaat untuk kecantikan.

Selain enak untuk dimakan atau dibuat jus minuman, buah tropika yang satu ini sering juga digunakan untuk rawatan kecantikan kulit. Apa manfaat buah yang tinggi serat ini? Jom ketahui khasiatnya agar ada boleh kekal cantik dengan buah mangga.

5 Manfaat Mangga Untuk Kecantikan Kulit Yang Jarang Diketahui, No 4 Anda Mesti Cuba!

Ads

1. Jika anda kurang suka makan buah ini secara mentah, jadikan ia jus dengan campur bersama sedikit gula. Kandungan vitamin C, air dan antioksidan yang tinggi membuatkan buah mangga dipercayai sebagai salah satu buah yang dapat memberikan sumebr vitamin terutamanya untuk mencerahkan kulit wajah dan memberikan daya tahan tubuh. Buah mangga juga dapat menghindarkan pembentukan kanser serta mengatur kadar kolesterol dalam tubuh.

2. Mangga dapat dijadikan masker wajah. Caranya, kisar buah mangga hingga menjadi seperti pes lalu sapukan pada wajah anda selama enam hingga 10 minit, kemudian bilas dengan air biasa. Bila anda inginkan hasil yang terbaik, lakukan bilasan pertama menggunakan kain basah yang telah direndam dalam susu. Kemudian gunakan air biasa pada bilasan kedua. Selain mencantikkan kulit, masker buah mangga dapat memberikan kesan relaks pada wajah.

Ads

3. Tak hanya buahnya sahaja, kulit buah mangga juga bermanfaat. Ini kerana lapisan bahagian dalam kulit buah mangga dapat membuatkan kulit anda lebih halus, putih serta dapat menanggalkan sel kulit mati. Beberapa artikel kesihatan kulit secara tradisional menyebut bahawa lapisan dalam kulit buah mangga ternyata mengandungi AHA (Fruit Acid) yang sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit.

Ads

4. Kotoran yang sangat mengganggu kulit di celah-celah hidung memang sukar untuk dihilangkan. Untuk mengatasinya, anda boleh membuat skrub dari buah mangga. Caranya, sediakan satu sudu teh mangga yang telah dihancurkan, setengah sudu teh susu dan madu secukupnya. Ketiga-tiga bahan ini dicampur rata, kemudian gosokkan pada celah hidung dan keseluruhan wajah.

5. Selain memiliki rasa yang manis dan menyegarkan, buah mangga ternyata kaya dengan vitamin E dan diyakini mengandungi afrodisiak iaitu bahan yang dapat berfungsi untuk meningkatkan libido atau ghairah ketika berhubungan intim. Wah! Banyak sekali manfaatnya pada buah mangga ini. Jadi manfaatkannya sebaik mungkin.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI