pic-pinterest

Rumahtangga yang normal pasti ada turun dan naiknya. Ada pahit, manis, masam dan masin. Cuma yang membezakan suatu rumahtangga ialah bagaimana peranan itu dimainkan oleh setiap pasangan suami isteri. Perlu diingat jangan sesekali membuat persamaan rumah tangga anda dengan orang lain. Lihat 10 petua ini untuk kebahagiaan dalam rumah tangga.

Hargai pasangan, terima kekurangan

Sebarang pertolongan, nasihat, peringatan, hadiah dan apa sahaja yang diterima, sentiasa bersikap berterima kasih kepada pasangan, walaupun hanya dengan sebuah ukiran senyuman yang ikhlas. Masing-masing dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana dan keluarga yang berbeza. Pastinya cara pasangan tidak sama dengan cara kita, baik dari segi budaya mahupun etika. Apatah lagi bab percakapan, makanan kegemaran, cara memasak, cara urus dapur, hatta cara picit ubat gigi pun sudah pasti ada perbezaan!

Yang penting sentiasa bersikap terbuka untuk menerima sesuatu yang tidak salah. Dalam masa yang sama, utamakan berbincang. Sekiranya inginkan pasangan berubah, setiap kali memberi nasihat, jangan lupa berikan masa. Biar berulang 10 juta kali pun, teruskan menasihat dan memberi masa. Jangan sesekali mengharapkan pasangan berubah serta merta.

Susah senang sendiri, elak campur tangan orang tua

Jika anda mengalami masalah kewangan, elakkan untuk terus bercerita kepada orang tua atau mertua. Anda bakal menyusahkan hati orang tua anda, mengakibatkan tekanan, yang mungkin akan mengganggu kesihatan mereka. Lebih parah, mungkin boleh mengakibatkan terbuka aib pasangan, tercetus kebencian ahli keluarga terhadap pasangan, dan pelbagai akibat lain, yang kadangkala hanya berpunca dari mulut sendiri.

Tiada rahsia

Dari sekecil-kecil keluar minum dengan kawan-kawan sehinggalah kepada sebesar-besar ingin berpoligami pun, biarlah berterus terang. Namun harus diingat, untuk tidak berahsia kena ada ilmu. Kena belajar cara berbicara hal sensitif dengan pasangan. Jangan pula disebabkan ‘tiada rahsia’, isteri sedang siang bawang tiba-tiba suami sebut, “abang tak nak berahsia, abang nak kawin lain..” Kan cari nahas tu..!

Solat bersama

Paksa diri untuk memulakan solat berjemaah. Pujuk pasangan untuk berjemaah. Elakkan marah jika pasangan enggan, tetapi teruskan memujuk di samping doa yang tak pernah putus. “Ya Allah, bukalah pintu hati pasanganku untuk berjemaah bersamaku pada setiap waktu solat…” Berusahalah untuk mengenal Allah s.w.t, insya-Allah kita akan kenal pasangan kita. Cara nak kenal Allah s.w.t, kenal diri sendiri dahulu. Kenal diri untuk dapatkan kawalan, untuk kawal waktu solat yang akan menjurus kepada kawalan hidup, yang merangkum kawalan dalam rumahtangga.

Mohon doa ibu bapa & mertua

Setiap kali berjumpa dengan mereka, mohon mereka doakan kebahagiaan rumah tangga kita sampai ke syurga. Sesungguhnya doa mereka adalah nikmat untuk kita bahagia dalam rumah tangga.

Sumber: https://soleh.net/2015/03/13/petua-suami-isteri/

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI